N.A.S.C. Bodyweight Fitness Instructor

Kami ingin menjemput anda untuk sertai kursus N.A.S.C. Bodyweight Fitness Instructor. Sijil kelayakan sebagai Bodyweight Fitness Instructor akan diberikan jika anda lulus peperiksaan yang diadakan pada akhir kursus. Jika tidak, hanya sijil kehadiran diberikan. Kursus kali ini, sebahagian kos (40%) ditanggung oleh Baitulummah Foundation. Kursus ini dibuat hanya di satu tempat buat masa ini iaitu di Kota Kinabalu. Kursus ini lebih kepada praktikal yang mana praktikalnya tertumpu pada pergerakan bercorak intensiti tinggi (freeletics). Jika anda ada apa-apa kecederaan, sila maklumkan kepada kami dahulu.

CBFI KK 12-14 June 2015

FAQ

Soalan: Siapa boleh sertai?
1. Mereka yang berminat jadi instructor.
2. Mereka yang ingin belajar pasal latihan, pemakanan, dan sebagainya. Tak semestinya nak jadi instructor.
3. Mereka yang masih mentah dalam bidang kecergasan.
4. Otai2, orang lama yang ingin menambah ilmu, atau berkongsi ilmu.
5. Mereka yang mencari2 peluang pekerjaan.
6. Ingin menambah peluang menjana duit.
7. Pendek kata, terbuka kepada semua.

Soalan: Berapa bayaran?
Sebahagian besar kos ditaja oleh BFM. Hanya perlu belanjakan RM 499 sebagai tanda komitmen, TERMASUK makan, minum dan TIDAK TERMASUK penginapan. Manakala diskaun 10 peratus diberikan untuk bekas peserta kursus anjuran kami. Buku manual bernilai RM50 diberikan sekali. Jika perlukan penginapan, boleh diuruskan. Terdapat hotel murah berdekatan. Kos ini adalah untuk masa terhad.

Soalan: Bagaimana nak daftar?
Bank in ke Maybank ZK Dinamik (M) Sdn Bhd 512 996 000 809. Mesej atau PM detail, Nama, IC, Alamat, Phone No, Email ke 017 3999 125 atau facebook Zaki Khan / Muscle Plan.

Soalan: Ada exam? Ada sijil?
Ada. Sesiapa yang lulus exam akan dapat Sijil Bodyweight Fitness Instructor NASC. Jika gagal, hanya dapat sijil kehadiran. Peperiksaan dalam bentuk teori dan praktikal berdasarkan apa dipelajari dalam tempoh 3 hari berkursus. Soalan senang. Jika gagal, boleh ulang kembali.

Soalan: Bagaimana dengan tempat2 lain?
Jika anda berminat jadi co-organizer, tolong carikan tempat dan boleh bantu buat sedikit promosi di kawasan anda, boleh PM. Kalau boleh dapat 1 Malaysia

Soalan: Bila hari terakhir daftar?
Sehingga penuh, cukup 30 orang pendaftaran ditutup. Jadi elok daftar segera.

Jika anda perlukan Surat Jemputan, sertakan email anda di bawah.

Pendaftaran Online boleh dibuat di
https://docs.google.com/forms/d/1X9ACMhfL2nyFGDPn-yd0USI08KuPgIxjen-VXTaan2M/viewform?usp=send_form

Apa tunggu lagi? 30 Kekosongan sahaja!
Hubungi
Jack 019-8022270
Jasdeep 016-5874469
Firdaus 011-14800611
ZK 017-3999125

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: