Natural Bodybuilder

Seperti yang saya janjikan di facebook sebelum ini untuk memperkenal seorang natural bodybuilder di Malaysia. Mungkin ramai yang mengenali beliau. Dikenali sebagai Pee. Berasal dari Rawang. Saya merupakan therapist yang menjaga bahagian pencegahan kecederaan dan pemulihan untuk beliau. Beliau merupakan jurulatih peribadi yang berkualti di satu gymnasium di Kuala Lumpur. Selalu lepak di gym saya di Rawang. Seingat saya, saya mengenali beliau pada tahun 2007/2008. Berikut adalah hasil temubual dengan beliau. Bahasa tidak diubahsuai. 100% daripada beliau.

ZK: Apa yang membawa anda ke dalam dunia binabadan sehingga menjadi seorang personal trainer? Sudah berapa lama?

Kursus Kecergasan 2024

Pee: Semuanyer bermula atas kesedaran minat dan hobi, satu pemilihan bijak yg dibuat oleh saya kerana selama dari zaman sekolah dan remaja saya kurang bersukan, bukan tak berminat tapi mungkin kerana bentuk fizikal yg berkerangka kecil dan tinggi kadar metabolisme (Mesomorph). Azam untuk ‘menampakkan fizikal tegap dan mantap’ menjadi lebih lagi setelah setahun berusaha di gym menampakkan hasil yang cukup memuaskan. Bermula dari pembelajaran teknik dari rakan-rakan serta jurulatih-jurulatih gym berdekatan dan hasil maklumat dari internet serta sumber-sumber bacaan ilmiah, saya berjaya mendapatkan teknik, cara pemakanan dan cara membina badan yg berkesan.
Saya mula berminat setelah setahun (bermula dari 2007) berjinak-jinak di gym, dari situ saya menetapkan sasaran untuk mendapatkan bentuk badan yang mantap. Jadual diperkemaskan dan hanya 1 setengah jam, 5 kali seminggu di gym, saya memperolehi tubuh badan yang boleh dikatakan membanggakan untuk diri saya. Saya cuba berkongsi minat dan pengalaman bermula dengan teman sepejabat, mengajak mereka bersama-sama menjalani latihan bersama. Kemudahan gym yang tersedia di pejabat digunakan utk berkongsi pengalaman dan menjalani latihan. Dari situ lah timbul semangat untuk menjadi ‘personal trainer‘. Rakan-rakan terdekat baru dan lama mengagumi pencapaian transformasi badan saya dan mula berminat mengikuti program latihan bersama saya.

ZK: Boleh terangkan serba sedikit tentang latihan dan pemakanan yang dilakukan sekarang?
Pee: Cara pemakanan dan latihan saya tidak banyak beza dengan cara pemakanan yang di sarankan oleh semua pembina badan diluar sana, tiada yang ‘fancy‘, cuma aper yang perlu ialah ‘tahu’ apa yang harus dimakan di dalam proses anda membina badan. Makanan tinggi protein, serat dan tinggi kalori tanpa lemak adalah harus bagi pembina badan. Tak salah jika anda mengambil sehari dalam setiap minggu sebagai hari ‘cheating‘ atau ‘cheat food day‘ untuk makan makanan yg jarang diambil selagi anda tahu yg keesokkan hari dan hari-hari seterusnya anda ‘bertanggungjawab’ untuk ke gym atau melakukan senaman secara intensif.
Saya menggemari sushi, ianya tinggi protein dan sangat rendah lemak. Untuk hari-hari biasa saya mulakan dengan sarapan pagi tinggi karbo (menu lazim rakyat malaysia) dan makanan tengah hari saya lebih kepada buah-buahan tinggi serat dan tinggi kompleks carbo seperti pisang dan raisins, kurma (raisin elok untuk membakar lemak lebihan secara semulajadi dan kurma sumber kalori kompleks carbohidrat yg sangat-sangat tinggi berserta serat). Disebelah malam saya akan kurangkan makanan karbo tinggi seperti nasi dan lebihkan protein casein sebelum tidur.
Tidur juga memainkan peranan penting dalam pembinaan tubuh badan yg sihat jadi saya akan pastikan saya tidur lebih 5 jam sehari. Saya membahagikan 2 minggu berselang seli dalam sessi rutin latihan saya. Dimana di awal 2 minggu pertama saya akan mulakan dengan latihan ‘mass builder‘ untuk setiap hari selama 2 minggu dan selebih 2 minggu diakhir bulan saya akan menjalankan latihan ‘cutting‘ kekerapan atau senaman toning untuk pemotongan.
Disini saya dapat pastikan yang otot badan akan serasi dengan kedua dua teknik selama menjalani latihan. Saya hanya memerlukan 20 minit cardio sahaja sehari memadai dengan hanya berlari di mesin treadmill. Pengambilan air minum secara teratur (6-7 gelas sehari) adalah amat penting. Dipejabat saya juga mengamalkan minum ‘teh hijau’ atau ‘green tea’ sebagai minuman kerap saya. Ianya elok untuk menghilangkan lemak dan juga antioksida yg tradisional.

ZK: Apakah maksud seorang ‘personal trainer’ yang baik bagi anda?
Pee: Selain dari memiliki sijil dan pengiktirafan yang sah seorang ‘personal trainer‘ perlu ada teknik dan skill yang banyak bukan sahaja dari sumber pembelajarannya tetapi juga dari segi pengalaman dirinya sendiri. Seorang jurulatih perlu tahu setiap analisis yg diajarkan secara sistematik, persisten dengan aper yg dikehendaki, mengajar kekuatan mental selain dari kekuatan fizikal adalah yg PALING utama, tahu membakar semangat pelajar-pelajar dengan berkongsi pengalaman motovasi diri (self motivation). Tahu mempelbagaikan jadual, latihan, dari masa kesemasa supaya tidak timbul isu bosan dengan latihan yang sama setiap hari. Seseorang tidak perlu kelihatan seperti pembina badan untuk menjadi personal fitness trainer, tetapi perlu diingat bahawa susuk tubuh yg mantap menyakinkan dan cara kehidupan (lifestyle) yang sihat akan menjadikan anda ‘role model‘ untuk setiap client yg diajar.

ZK: Apa pendapat anda tentang seorang yang menggunakan dadah sukan?
Pee: Perkataan ‘dadah’ sahaja sudah cukup untuk memberi pendangan yang negatif pada setiap pendengar. Tetapi samada “dadah’ yang digunakan di iktirafkan sebagai bahan ubatan atau tidak, itu yang menjadikannya berbeza. Pengunaan dadah sukan bukan benda baru, selain dari memberi stamina tambahan ianya juga digunakan sebagai ‘baja’ untuk tumbesaran. Pengunaan secara langsung atau tidak hanya akan menjadi isu jika ianya terbukti memberi kesan negatif kepada pengguna sukan atau jika digunakan semata mata untuk memberikan kesan maksima didalam acara sukan dalam masa yang singkat (masih ingat pelari pecut Ben Johnson Olimpik 1988 yang mengunakan dadah jenis Winstrol dan juga kes atlit-atlit lain).
Perlu diingat pengunaan yang singkat atau jangka masa panjang memang ada kesan jangka baik dan buruknya. Pengguna harus tahu setiap dos pengunaan untuk setiap latihan. Perlu juga mengetahui samada jenis dadah itu diiktiraf (legal or illegal steroid) oleh persatuan perubatan dan sukan dan tidak dibeli terus dari mana-mana pasaran gelap (black market). Penguna perlu tahu bahawa pengunaan dadah secara berlarutan akan memberikan kesan buruk terutama kepada sistem saraf dan dalaman badan.
Pada pendapat saya jika seseorang yang mengunakan ‘legal drugs‘ seperti steroid, pengguna harus membuat banyak kajiselidik dan yg paling penting tahu setiap pengunaannya untuk fungsi-fungsi tertentu bukan sekadar mengambil secara sesuka hati demi untuk mendapatkan hasil yg singkat. Saya juga berpendapat pengunaan sekadar untuk menjadi ‘peledak’ hormon badan atau penjana testosterone tidak salah kalau ianya digunakan untuk jangka masa pendek dan sementara waktu dibawah aturan dan pengawasan pihak perubatan. Apatah lagi sudah tentu pengunaan jangka masa panjang akan memberi kesan yang negatif sekiranyer penguna adalah seorang atlit sukan. Saya sendiri tidak menggunakannya.

ZK: Apa nasihat anda kepada mereka yang baru hendak membina badan?
Pee: Mulakan dengan azam untuk membina kesihatan, bukan hanya sekadar ego untuk kelihatan besar dan mampu mengangkat dengan kuantiti yg berat. Mulakan dengan pemakanan yang sihat, banyak membuat kajiselidik tentang anatomi diri, mampu memberi daya tahan mental dan fizikal. Mulakan dengan pengambilan ubatan sampingan (multivitamin dan lain-lain). Gaya hidup sihat penting (tidak merokok dan minum arak secara berlebihan), disiplin diri menyumbang kepada hasil dan penampilan yg sihat (perlu ingat dalam setiap latihan membina badan, KUALITI adalah lebih penting dari KUANTITI), perlu tahu pengunaan stamina dan teknik yg betul adalah faktor penyumbang kepada hasil yang memuaskan.

(Saya harap boleh difahami, penyusunan bahasa agak kelam kabut. :D)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

31 thoughts on “Natural Bodybuilder

  1. nurul_fatihah says:

    siapakah Pee ni? ada FB? hehe

    1. Zaki Khan says:

      haha. ada. cari sendiri

    1. Zaki Khan says:

      haha. pee. ada org minat ko ni

  2. Coxn Azhar says:

    adakah latihan bebanan..pemakanan protein atau suplement lain berbeza antara natural bodybuilder dgn bodybuilder..

    1. Zaki Khan says:

      istilah natural ni biasa merujuk pada mereka yg menggunakan bahan natural sahaja, tidak bergantung pada supplement, tidak mengambil steroid. bodybuilder kini telah dicemari. majoriti bodybuilder lebih2 lg di malaysia menggunakan steroid.

      1. whey protein pun xambik ke dato…???

        1. tidak bergantung, tp ada masanya ada amik supplement. tp no steroid for sure

  3. menarik juga 2minggu buat mass, 2 minggu buat cut..boleh try ni..

  4. semasa 2minggu but mass perlu ke masuk gym dan kardio ?..tq

  5. Zaki Khan says:

    sebarang pertanyaan tentang latihan Pee ni, saya dah minta dia sendiri yg balas. nanti dia masuk reply yer.

  6. peezeepee says:

    Terima kasih atas peluang yg diberi Zaki Khan & FIRE GYM.

    untuk soalan :- semasa 2minggu buat mass perlu ke masuk gym dan kardio ?..tq

    jawapan – dalam latihan saya, saya jdkan cardio sebagai keperluan tidak kira samada latihan minggu itu tertumpu pada mass builders atau Cutting, cardio pada am nya perlu untuk menaikkan metabolisme

  7. tq En Pee krn menjawab soalan saya…
    – tolong jelaskan pasal latihan mass builder…
    – jika ade gambar Pee sebelum jadinya badan skrg…nak tengok perbezaan latihan 1 thn ++ tuu.tq

  8. How to engage personal coacing from Mr Pee? Add & contact no?

    1. Zaki Khan says:

      hes under Zaki Khan team. can check under perkhidmatan’

  9. bila dvd video guide nak keluar ni dah lama tunggu ni 🙂

    1. Zaki Khan says:

      sabar. kerja penghasilan bukan sekejap.amik masa. 😀

  10. protein apa yg bagus bina badan

  11. salam ZK ,nk tanya . . kalau kita nk buat cutting..kita x perlu lift heavy eh . .
    kita main light weight je kan..

    1. kalau jumlah otot dah cukup, baru buat high rep.selagi x cukup, jgn la cut dulu

  12. boleh bagitau tak routine yang 5 hari tu apa?tq

  13. hahaha…ketupat pulut,lemang,,kuih samprit berapa kalori setiap satu tu?lekas sapa rajin kira di hari raya…hahahha….raya ooooooo

  14. Abg zaki sy mahu tanye..steroin pe yg ley buang lemak n naek kan otot???bahaye x???

  15. westports_gym says:

    bro pee, ade fb, share2 la..aku newbie lagi..body ko gempak arrhhh

Leave a Reply to westports_gym Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: