Nilai Biologi Feb01

Kongsi

Nilai Biologi

Nilai biologi atau biological value (BV) adalah satu unit pengukuran untuk menentukan peratusan sumber nutrien yang diambil digunakan oleh badan. Biasanya digunakan untuk protein. Semakin tinggi nilai BV, bermaksud semakin baik, atau semakin cepat badan akan menggunakan protein yang dimakan.

NASC 2015

BV dalam protein ditentukan melalui kiraan mengikut asid amino dan tidak boleh ditambah begitu sahaja. Terdapat satu lagi cara untuk menilai protein iaitu melalui protein-digestibility amino acid score (PCDAAS). PCDAAS adalah berdasarkan keperluan asas manusia terhadap asid amino.

Dibawah adalah contoh BV protein daripada kebanyakan makanan harian kita, dan angka mungkin terdapat perbezaan sedikit daripada pelbagai rujukan berikutan anggaran asid amino yang berbeza mengikut jenis. Mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana gunanya BV ini? Sebagai contoh, selepas latihan, badan memerlukan protein dengan segera, jadi ambillah protein daripada BV yang tinggi. Jika tidak menggunakan makanan tambahan, antara pilihan yang baik seperti susu dan putih telur.

Nota: Rujuk juga entri Protein.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini