Nisbah Emas (Golden Ratio)

Setiap hidupan inginkan kesempurnaan. Mungkin kecantikan dinilai secara subjektif dan relatif. Mungkin juga kita boleh mendefinisikan secara kualitatif, tetapi bagaimana pula jika secara kuantitatif? Apakah rujukan yang barangkali boleh kita gunakan sebagai salah satu garisan panduan dalam mendapatkan badan idaman yang kita inginkan?

Disitulah satu terma yang ditakrifkan sebagai Nisbah Emas (Golden Ratio).

Apakah Golden Ratio (GR)? Dalam dunia matematik dan seni, dua kuantiti adalah dalam GR apabila nisbah mereka adalah sama dengan nisbah hasil tambah keduanya kepada kuantiti yang lebih besar antara keduanya.

Secara algebranya, boleh rujuk wikipedia.

goldenratio

Dan nilai yang diperoleh hasil derivasi ialah 1.61803398875.

Segala benda dengan nisbah antara 1 dan 1.618 cenderung menjadi sesuatu yang menarik untuk dipandang. Otak manusia telah diprogramkan untuk melihat kepada nilai simetri dan keseimbangan terhadap segalanya. GR sudah berada secara semulajadi pada seluruh badan anda tanpa mengira tahap kecergasan dan kesihatan. Sebagai contoh, jika panjang tangan ialah 1, maka panjang lengan mungkin 1.618; Jika jarak antara lantai dan pusat anda ialah 1, mungkin ketinggian keseluruhan anda adalah 1.618. Mungkin tidak tepat-tepat 1.618, tetapi mempunyai nilai yang berhampiran.

Dalam dunia kesihatan dimana kita mementingkan salah satu komponen kesihatan berlandaskan kecergasan, komposisi badan serta secara eksklusifnya dalam dunia bina badan yang lebih mementingkan nilai estetik, kesempurnaan dan kecantikan bentuk badan amatlah penting.

Manakala secara semulajadi pula, kebanyakan sistem biologi dan fizikal mempunyai struktur yang menunjukkan unsur harmonik. Sebahagian darinya berkaitan dengan nombor tidak rasional yang dikenali sebagai GR yang mempunyai ciri-ciri penting harmonik dan simetrik.

Melalui kajian Iosa et al (2013);

nisbah antara kitaran gait dan fasa berdiri ialah 1.620±0.058;
nisbah antara fasa berdiri dan swing ialah 1.629±0.173;
nisbah antara fasa hayunan dan double support ialah 1.684±0.357.

Dengan mengabaikan beberapa faktor dan pembolehubah tidak signifikan yang mempengaruhi, kajian ini menunjukkan fasa gait yang berulang untuk pergerakan berjalan berada dalam keadaan struktur intrinsik yang harmonik.

nafi2

Rujukan:

Iosa M, Fusco A, Marchetti F, Morone G, Caltagirone C, Paolucci S, Peppe A. The Golden Ratio of Gait Harmony: Repetitive Proportions of Repetitive Gait Phases. BioMed Research International. Volume 2013 (2013), Article ID 918642, 7 pages. http://dx.doi.org/10.1155/2013/918642

Wikipedia. Golden Ratio. Accessed on 24th October 2013. http://en.wikipedia.org/wiki/Golden_ratio

 

Antara pesanan dari 30 pesanan Imam Syafie:-
“Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.”

Akasa Bina

Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim Syazwan Ramli merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Bertindak sebagai Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan, dan juga merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Menjadi atlit sukan Pencak Silat dan juga sebahagian dari barisan atlit Strongman. Pernah menyertai latihan ketenteraan selama 3 tahun.

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, beliau juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara. Pernah menyertai projek antarabangsa di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010.

Facebook Twitter  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: