Obesiti Kanak-kanak VS Kantin Sekolah Apr22

Kongsi

Obesiti Kanak-kanak VS Kantin Sekolah

Baru-baru kecoh tentang makanan yang disediakan di kantin sekolah menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak? Benarkah? Adakah kantin sekolah harus dipersalahkan? Atau guru-guru? atau kementerian? atau balik kepada ibu bapa?

Dalam kes kanak-kanak obes ini, banyak penyebab kanak-kanak kini semakin ramai yang obes. Adakah kanak-kanak tersebut obes selepas ke sekolah? Apakah aktiviti hariannya? Apa peranan ibu-bapa atau penjaga mereka? Bagaimana makanan di rumah? Jika nak kata makanan di sekolah tidak sihat, apakah makanan di rumah sihat? Apa jenis pendidikan kesihatan yang diberi kepada kanak-kanak tersebut? Ada ibu-bapa mengajar mereka atau semata-mata berharap pada orang lain? guru? orang gaji? cikgu tuisyen?

Situasi di Malaysia…

1. Sejak anak kecil, bila makan banyak, ibu bapa akan cakap, ‘takpe, sihat’.  Bila anak membesar, ibu bapa akan puji, ‘cute-nya anak aku’
2. Bila anak-anak menangis nak makan kfc, ibu bapa yang mampu akan cuba turuti. Konon sayang anak.
3. Bila anak-anak nak ps3 atau xbox atau yang sewaktu dengannya, ibu bapa akan usaha penuhnya keperluan anak. Sehingga tahap anak-anak terperap dalam bilik main permainan. Ibu bapa kata apa? ‘baguslah anak aku, tak keluar merayap’
4. Dirumah, pelbagai makanan segera disimpan seperti maggi. Bila lapar dan malas masak. Kata ibu bapa, ‘senang’
5. Bagi ibu atau bapa perokok. Apa masalahnya merokok di depan anak-anak. Betul tak?
6. Adakah ibu bapa menunjukkan contoh yang baik. Bapanya perut boroi. Anak-anak suka bermain dengan perut bapanya.
7. Bagi ibu bapa yang sibuk, serahkan penjagaan penuh kepada orang gaji. Keluar kerja seawal jam 6 pagi, balik anak dah tidur.
8. Bila anak nak keluar beriadah. Ibu bapa kata jangan. ‘Belajar lagi penting, jangan bermain’ ‘Pagi petang siang malam kena tuisyen’
9. Bila bangun pagi, kekadang ada yang tak sempat bagi anak makan sarapan.
10. dan sebagainya…

Apakah kesimpulannya? Anda fikirkanlah sendiri. Sebagai seorang yang sudah bergelar ibu bapa, adakah ini yang akan kita bentuk pada generasi akan datang?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube