Obesiti Kanak-kanak VS Kantin Sekolah

Baru-baru kecoh tentang makanan yang disediakan di kantin sekolah menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak? Benarkah? Adakah kantin sekolah harus dipersalahkan? Atau guru-guru? atau kementerian? atau balik kepada ibu bapa?

Dalam kes kanak-kanak obes ini, banyak penyebab kanak-kanak kini semakin ramai yang obes. Adakah kanak-kanak tersebut obes selepas ke sekolah? Apakah aktiviti hariannya? Apa peranan ibu-bapa atau penjaga mereka? Bagaimana makanan di rumah? Jika nak kata makanan di sekolah tidak sihat, apakah makanan di rumah sihat? Apa jenis pendidikan kesihatan yang diberi kepada kanak-kanak tersebut? Ada ibu-bapa mengajar mereka atau semata-mata berharap pada orang lain? guru? orang gaji? cikgu tuisyen?

Kursus Kecergasan 2024

Situasi di Malaysia…

1. Sejak anak kecil, bila makan banyak, ibu bapa akan cakap, ‘takpe, sihat’.  Bila anak membesar, ibu bapa akan puji, ‘cute-nya anak aku’
2. Bila anak-anak menangis nak makan kfc, ibu bapa yang mampu akan cuba turuti. Konon sayang anak.
3. Bila anak-anak nak ps3 atau xbox atau yang sewaktu dengannya, ibu bapa akan usaha penuhnya keperluan anak. Sehingga tahap anak-anak terperap dalam bilik main permainan. Ibu bapa kata apa? ‘baguslah anak aku, tak keluar merayap’
4. Dirumah, pelbagai makanan segera disimpan seperti maggi. Bila lapar dan malas masak. Kata ibu bapa, ‘senang’
5. Bagi ibu atau bapa perokok. Apa masalahnya merokok di depan anak-anak. Betul tak?
6. Adakah ibu bapa menunjukkan contoh yang baik. Bapanya perut boroi. Anak-anak suka bermain dengan perut bapanya.
7. Bagi ibu bapa yang sibuk, serahkan penjagaan penuh kepada orang gaji. Keluar kerja seawal jam 6 pagi, balik anak dah tidur.
8. Bila anak nak keluar beriadah. Ibu bapa kata jangan. ‘Belajar lagi penting, jangan bermain’ ‘Pagi petang siang malam kena tuisyen’
9. Bila bangun pagi, kekadang ada yang tak sempat bagi anak makan sarapan.
10. dan sebagainya…

Apakah kesimpulannya? Anda fikirkanlah sendiri. Sebagai seorang yang sudah bergelar ibu bapa, adakah ini yang akan kita bentuk pada generasi akan datang?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

17 thoughts on “Obesiti Kanak-kanak VS Kantin Sekolah

  1. Zaki Khan says:

    topik santai untuk renungan bersama

  2. Shamsul Anuar Aliash says:

    persalahkan ibu bapa dulu sbb kalo diorg duk sumbat anak2 ngn fast food n beverages tak le jadi camtu..n kalo diorg tak set example teruk le…pastu kementerian tak buat panduan penjualan makanan2 sihat kat kantin….so guru2 n kantin tak salah sgt

    1. Zaki Khan says:

      btul. kalau dari rumah dah beri tunjuk ajar yg baik, xde jd masalah ni

  3. Shamsul Anuar Aliash says:

    ibu bapa, guru2 tak tunjuk contoh sihat…camne diorg nk ikut….rokok, makanan ringan, makanan tak sihat….smua2 tu ibu bapa, guru n masyarakat buat….zmn dulu lagi best…

    1. Zaki Khan says:

      x sempat hidup kat zaman dulu. 😀

  4. farhanajafri says:

    masing2 salah didik anak2.. bila anak2 jdi yg lain dri spatutny mule la nk tuding jari.. rmai parents yg xsdar dri.. ptutny gov kne amik tndakan wt program tuk ibu bapa cm mn nk didik anak..it should start from now cs prkara ni dh mkin srius..

    jemput singgah ANASAURUS 🙂

    1. Zaki Khan says:

      susah nak diajar ibu bapa skrang ni. terlalu manjakan anak.:D

  5. semua benda nak harapkan cikgu, payah juga. nak ukur bmi, seolah2 cikgu tiada keje lain. bagaimana peranan parent? lepas tgn?

    1. Zaki Khan says:

      itu la pasal. semua nak lepas tgn. anak nak, tp x reti nak jaga

  6. pemakanan yang sihat bermula di rumah.mjadi tanggungjawab ibu dan ayah utk menunjukkan cth yg baik,jika ibu dan ayah tidak mengambil berat hal pemakanan anak..jadilah anak2 spt skrg ni..gebu ,gemuk,gempal ,gendut!!iskh…x comel la bebudak camtu

    1. Zaki Khan says:

      tp kebanyakan asyik puji comel. tu yg anak2 makin suka. pastu dimanjakan, makan fastfood dll.

      1. satu lagi,jika kerap makan kat luar pun,boleh tmbh berat gak kan.sbb susah nak kontrol kalori.anak2 pun blh makan saiz hidangan yg sama ‘besar’ ngan ibu ayah..sbb tu le anak2 pun membesar bagai johann

        1. Zaki Khan says:

          haha. i lioke~. betul. hidangan sama besar. silap2 lg besar. 😀

  7. klau kita sebagai ibu bapa x bendung dan dikawal sekarang, nti takut bila anak2 kita dah berumahtangga, pun mengamalkan diet dan cara hidup yang tidak sihat disebabkan dah jadi kebiasaan atau habit. dan cucu2 kita juga mungkin akan follow.

    dan ini akan go on and on and on and on sehingga ada ahli keluarga yang mempunyai kesedaran, dan mengamalkan cara hidup dan diet dan sihat.

    tapi pada masa itu keluarga kita dah menghasilkan berapa ramai ahli yang obes?

    yang kita mahu ahli keluarga yg OH! BEST! bukan OBES. 🙂

    bertindaklah sekarang semasa kita masih kuat dan “sihat” walaupun obes. nti klau dah ada penyakit. itu xblh, ini xblh. silap2 nak bersenam utk kesihatan pn x blh sbb ada penyakit jantung. adei…..

    1. Zaki Khan says:

      haha. menarik perkataan OH BEST tu.

      apa2 terjadi, apa jua bentukan ke anak2 itu bermula dari ibu bapa. bukannya guru atau kantin skolah. jika dah dididik cara hidup dan makan x menentu, dah pasti pemilihan makanan pun mcm tu. xde kantin skolah, tempat lain pun boleh cari.

  8. masa kecik, bolehlah salahkan ibu bapa, dah besar? salahkan diri sendiri.

    1. kalau membesar time dah besar tu. mmg x patut la salahkan ibu mengandung. 😀

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: