Off-season Sukan Kompetatif May10

Kongsi

Off-season Sukan Kompetatif

Latihan ketika off season adalah fasa penting dalam setiap peridisasi sukan. Latihan ketika ini tidak hanya membantu atlet memulih secara fizikal dan psikologi tetapi juga menyediakan diri untuk latihan dan perlawanan seterusnya. Untuk sesuatu latihan adalah penting menentukan peridisasi latihan untuk sekurang-kurang tempoh setahun dengan mengetahui bila perlawanan, perlawanan mana yang diberi keutamaan dan yang kurang utama, bila masa rehat, bercuti dan sebagainya.

Sebagai contoh, untuk sukan badminton, tenis, squash atau yang lain-lain menggunakan raket juga sukan-sukan kompetatif yang lain. Ini cuma contoh mudah periodisasi dengan tidak memasukkan tarikh pertandingan yang mungkin banyak. Jika melihat contoh peridisasi seorang atlet dunia, berpusing-pusing.

Mempertahan Kecergasan

Ketika berubah dari latihan biasa ke latihan off-season, adaptasi fisiologi mula kembali ke tahap sebelum latihan. Ini apa yang dipanggil detraining. Ketika berada pada tahap ini, jika tiba-tiba melakukan latihan berintensiti tinggi, boleh menyebabkan timbul kesan terlebih latihan dan keletihan mental.

Kuncinya adalah mencari keseimbangan antara pemulihan dan penyelenggaraan kecergasan. Lintas-latihan boleh digunakan untuk membolehkan pemulihan aktif sambil menjaga tahap kecergasan.

Regenerasi Setelah Musim Kompettitif

Seperti diketahui, dengan sukan begini, beban tidak sekata di hampir setiap bahagian tubuh. Dengan kata lain, satu kaki atau tangan lebih kerap digunakan berbanding yang lain. Sebagai contoh, seorang pengguna tangan kanan, akan lebih mengunakan bahagian kanan, atau seorang yang bermain di posisi kanan, cenderung menggunakan bahagian kanan badan.

Agonis seperti di quadriceps akan menekan bahagian yang lebih besar dan otot besar menjadi lebih kuat berbanding otot kecil. Keadaan ini seterusnya akan menggalakkan kecederaan. Sebuah program off-season yang baik akan mengatasi ketidakseimbangan otot demi mencegah kecederaan akut dan kronik pada masa depan.

Latihan Kardiovaskular

Tujuan latihan kardiovaskular adalah untuk menjaga tahap kecergasan. Ini adalah masa yang baik untuk mencuba pelbagai jenis latihan kardiovaskular. Jangan terikat dengan aktiviti joging dan sebagainya. Boleh cuba berenang, berbasikal, tarian senamrobik dan sebagainya. Lakukan 2 hingga 3 sesi seminggu dan 20 hingga 40 minig seminggu pada tahap 60 hingga 70 peratus daripada kadar nadi maksima.

Latihan Bebanan

Beberapa atlet boleh mendapatkan manfaat dengan berehat penuh daripada latihan bebanan seperti atlet yang sentiasa terlibat dengan latihan bebanan, pemain bola sepak, ragbi dan sebagainya. Latihan bebanan semasa off-season sepatutnya rendah intensitinya sekitar 50% daripada 1 repetisi maksima dengan 2 hingga 3 kali seminggu sudah memadai. Penggunaan bola stabiliti dan band rintangan boleh membantu menyasarkan otot-otot yang memerlukan.

Latihan Kelenturan

Banyak latihan kelenturan atau fleksibiliti yang dapat membantu membetulkan kembali ketidakseimbangan otot yang berlaku semasa on-season. Latihan regangan statik boleh dilakukan setiap hari dan seeloknya mendapatkan bantuan seseorang untuk PNF, atau boleh tambahkan latihan myofacial.

Contoh Latihan Off-Season

Sebelum saya memulakan cerita pasal latihan tertentu untuk satu jenis sukan, rasanya elok dicerita asas off-season untuk kebanyakan jenis sukan. Bukan semua jenis sukan sama caranya. Tetapi cara ini boleh digunakan untuk kebanyakan sukan kompetatif. Secara amnya dalam satu periodisasi asas sesuatu sukan, kita ada off-season, on-season, pre-season, rehabilitasi dan sebagainya mengikut keperluan. Contoh periodisasi ini agak mudah jika dibandingkan periodisasi yang digunakan oleh atlet-atlet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube