Oh Sakit Mar24

Kongsi

Oh Sakit

Sejak akhir-akhir ini musim sakit agaknya, ramai yang jatuh sakit termasuk saya sendiri. Macam-macam keluhan saya baca di pelbagai tempat.

‘aduh, selsema, camna nak joging ni’
‘demam, boleh ke bersenam?’
‘sakit, rosak dietku’

NASC 2015

Boleh kah kita bersenam jika kita demam? Nasihat saya, bila sakit ikut undang-undang leher (neck rule).

* Teruskan senaman jika tanda-tanda atau gejala adalah di atas leher seperti selsema, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak dan lain-lain.
* Tangguh senaman jika tanda-tanda atau gejala di bawah leher seperti sesak dada, batuk yang teruk, sakit perut dan lain-lain. Jika ada demam selsema dinasihatkan berehat.

Jika anda memilih utuk bersenam ketika anda sakit, dengarlah isyarat badan anda. Jika tanda-tanda atau gejala menjadi lebih buruk, hentikan aktiviti dan berehat. Badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk membaiki sistem imunisasi badan. Jangan risaukan kehilangan otot, ambil masa untuk berehat. Badan akan ambil masa yang singkat untuk kembali ke tahap sebelum sakit, bahkan mungkin lagi baik disebabkan pemulihan semasa rehat. Berjumpa doktor jika perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini