Oh Sakit

Sejak akhir-akhir ini musim sakit agaknya, ramai yang jatuh sakit termasuk saya sendiri. Macam-macam keluhan saya baca di pelbagai tempat.

‘aduh, selsema, camna nak joging ni’
‘demam, boleh ke bersenam?’
‘sakit, rosak dietku’

Kursus Kecergasan 2024

Boleh kah kita bersenam jika kita demam? Nasihat saya, bila sakit ikut undang-undang leher (neck rule).

* Teruskan senaman jika tanda-tanda atau gejala adalah di atas leher seperti selsema, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak dan lain-lain.
* Tangguh senaman jika tanda-tanda atau gejala di bawah leher seperti sesak dada, batuk yang teruk, sakit perut dan lain-lain. Jika ada demam selsema dinasihatkan berehat.

Jika anda memilih utuk bersenam ketika anda sakit, dengarlah isyarat badan anda. Jika tanda-tanda atau gejala menjadi lebih buruk, hentikan aktiviti dan berehat. Badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk membaiki sistem imunisasi badan. Jangan risaukan kehilangan otot, ambil masa untuk berehat. Badan akan ambil masa yang singkat untuk kembali ke tahap sebelum sakit, bahkan mungkin lagi baik disebabkan pemulihan semasa rehat. Berjumpa doktor jika perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

32 thoughts on “Oh Sakit

  1. Zaki Khan says:

    topik diringkaskan kerana ada yg complain setiap kali entri saya, terlalu panjang. ye ke?

    1. terasa =.=

      buat je mcm biasa..sbb org lain yg membaca..=P

      1. Zaki Khan says:

        haha. ni special utk cik ku nur izzati

        1. ade plak mcm tu kan..
          sian org lain tu..

  2. fitness man says:

    salam,
    Dato buat je macam biasa. update infomasi terkini. membantu orang2 dalam menjalani latihan.

    2nd. nak tanya. cemana nak buat 6 pac dlm jangkamasa 1 bulan? harap2 cpt2 keluar atikal pasal 6 pac

    1. kalau peratusan lemak masih tinggi, jgn set masa yg x munasabah, 1 bulan kalau well condition mungkin boleh. akan dtg mungkin akan ada topic pre-contest berikut ramai yg mungkin tgh prepare contest

  3. dato’ nak tanya ni. Creatine tu satu keperluan ke? Apa kesan sebenar kalau makan caretine tu? Lepas tu, ada tak bad side effect kalau makan.

    1. pertama skali, jgn set dlm mind bahawa ‘supplement’ itu satu keperluan. x kiralah supplement apa pun.

      apa cara keje creatine? creatine membawa 1 lg molekul phostat utk mengantikan adenosine triphosphat (ATP) ke adenosine diphosphat (ADP), jd ADP +CrP = ATP, ATP digunakan utk menghasilkan tenaga. jd creatine kegunaan utama ialah memberi tenaga utk anaerobic type activity, fungsi2 tambahan creatine yg biasanya ada dlm iklan sebenarnya diolah dari 1 fungsi ini utk nampak mcm byk kegunaan. jgn terpengaruh dgn iklan. creatine jika berlebihan beri stress pada kidney. detail pasal supplement ni dah siap dlm bentuk e-book. cuma tgh tunggu designer web ni masukkan. 😀

  4. xkisah panjang atau pendek. yang penting fakta n informasi. lebih panjang, lebih info, lebih banyak dapat.
    klau xhabis baca hari ni sambung esok.

    1. saya cuba ringkaskan sedikit disebabkan golongan pembaca dari pelbagai peringkat. saya cuba sedaya upaya utk padatkan isi.

  5. mohd azrin says:

    Nak tanya dato…sesuai ke kalau kalau kita ambik mass gainer ketika pre-workout (takpun ketika 3-5 jam sebelum workout) kemudian selepas workout ambik whey?

    1. Zaki Khan says:

      depend dgn tujuan. kalau utk gain saiz, xde masalah. tp kalau guna ketika diet, seeloknya diambil awal sedikit utk pre.

  6. sye hari2 pun sakit .. 😀
    tp esok bgn okay la sikit..

    sye ari2 main rugbi lpas blek skola..
    sampai rumah plak ,workout ringan2 .
    selasa n jumaat je train kt gym ..

    baru form5. ada x ape2 tip tuk sye ..xkire la tips pape pun..
    tq ZK .

    1. Zaki Khan says:

      x cukup lg ke tip? 😀

      1. hehe.. yg zk punye sume cool.. mksud sye, ada x pe sye kne bt.. bab ble blek skola msti sakit blakang ngn leher.. sampai susah plak rasenye nk brgerak..

  7. Coxn Azhar says:

    adakala arm bahagian lengan sakit sangat seperti luka rasa cam kena pisau..kekadang ada masa sakitnya nak angkat secawan kopi pun rasa punya le sakit gila..adakalanya sakit hilang camtu je.. saya ada ambik glucosamine seperti yg disyorkan oleh kekawan.. tapi sakit x hilang2 gak!

    1. huh bro.. sma la kite . aku pun gitu.. masa tgh angkat ok je ..time letak je dumble tu ….fuhhhhhhhhh.. mcam kne tikam tgn lngan aku..

      1. Zaki Khan says:

        sama seperti di bawah. jgn biarkan. makin lama akan makin teruk

    2. Zaki Khan says:

      ada byk kemungkinan.
      1. koyak
      2. imbalance muscle + inflamation

      tp kalau sakit boleh hilang, kemungkinan no 2. cuba buat ice treatment dulu, sampai sakit tu btul2 hilang. then betulkan balik otot tu, boleh jumpa fisio, tukang urut atau yg sewaktu dgnnya. jgn biarkan.

      utk lebih kepastian. check doctor dulu.
      glucosamine bantu dlm recovery, bukan sakit begini.

      1. ntah la.. tgn ni ok je. tp pantang angkat dumbell(main bicep) msti sakit.. xpun main lawan tangan ke ..sakit giler.. pas 5minit ok blek mcam biase..

        1. Zaki Khan says:

          nak buat conclusion pun pyh pasal x tgk live dpn mata, tp kebanyakan kes mcm ni biasanya disebabkan imbalance muscle. kalau koyak, lg teruk

        2. main lawan tgn??? hehe! belajar pandai2 dulu dik…pelajaran diutamakan, tanpa ilmu nak buat ape pun susah nk jadi..dgn ilmu mcm bro ZK ni..nak buat sesuatu bnda akan jadi lbih mudah.. 🙂

  8. lbh kurang aku jugak bro…^^!
    aku sakit kat arms bahagian atas dan bawah siku..masa genggam dumbbell rasa sakit tu lbh. ada masa balik rumah dah ok. kadang2 rasa ngilu tu amik masa nak hilang. elbow tendonitis ke? treatment sama dgn yg atas no2 eh? ice treatment 20minit.

    1. Zaki Khan says:

      ice dpt bantu hilangkan inflamation. tp bukan betulkan punca

  9. ok jer…. x yah ubah2…….best apa segala info dlm page/blog dato ni…syabas….

  10. salam dato.. nak tanye sikit.. kalau masa main bicep curl, tulang belikat mcm berbunyi2 kenape ye??

  11. Salam, saya jg mengalami masalah yang sama seperti saudara Coxn Azhar dan yg lain2.Sebelum ni saya ingatkan sakit ni berkaitan dgn tulang sebab lebih merasakan sakit tu di bahagian tulang. kesakitan ni betul2 menganggu latihan saya dan yg lebih menhairankan, sakit ni beralih alih, hari ni tgn kiri 2 3 minggu esok tgn kanan pula dan kesakitan ni boleh lega dgn cepat asalkan xde mengangkat beban.

    Ade tak artikel yg berkaitan dgn masalah ni atau Dato sendiri boleh mengulas lebih lanjut di entri2 akan datang supaya saya lebih faham & jelas dgn permasalahan ni. Kalau boleh saya nak tahu sgt segala info tentang permasalahan ini yang selama ini menjadi batu penghalang dalam latihan terutama latihan bicep.

    Terima Kasih

    1. sy panggilnya perubahan GRP. atau sakit misteri. nanti sy cuba ulas dlm bahasa mudah.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: