Masturbasi Feb03

Kongsi

Masturbasi

Rasanya masturbasi kini dah jadi perkara biasa di kalangan remaja khususnya, tak kira lelaki atau perempuan. Saya taknak membincangkannya dari sudut agama, cuma dari sudut sains. Saya pernah terlihat soalan-soalan mengenai masturbasi dan bina badan sehingga ada yang bertanya, adakah kerap masturbasi boleh menyebabkan otot bahu mengecil? 😀

Definisi

Masturbasi adalah tindakan memberi keseronokan pada organ seksual dengan mengusap, membelai, menekan atau pelbagai cara lagi. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan seksual normal yang terjadi pada remaja terutamanya. Dengan kata lain, masturbasi adalah tindakan seolah hubungan seksual dengan diri sendiri. Biasanya disebut auto seksualiti yang selalunya terjadi pada hermaprodit. Hermaprodit merujuk pada haiwan yang mempunyai kedua-dua organ seksual laki-laki dan perempuan.

NASC 2015

Kebaikan

Menurut kajian masturbasi dapat meredakan tekanan. Masturbasi juga sangat berguna dalam hubungan di mana satu pasangan menginginkan seks lebih dari pasangannya. Pada tahun 2003, pasukan penyelidik Australia yang dipimpin oleh Graham Giles dari Dewan Kaunsil Australia mendapati bahawa lelaki yang kerap bermasturbasi mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk kena kanser prostat. Lelaki yang ejakulasi lima atau lebih seminggu di usia 20-an mempunyai risiko yang lebih rendah. Kajian pada tahun 2008 juga menunjukkan bahawa sering ejakulasi antara usia 20 dan 40 berisiko rendah kena kanser prostat.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 1997 mendapati kematian akibat penyakit jantung koronari berkadar songsang dengan frekuensi orgasme. Banyak lagi kajian yang mengaitkan kebaikan orgasme untuk pelbagai penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi.

Keburukan

Walaupun ada kebaikan tetapi banyak juga keburukannya. Kebanyakan orang yang melakukan masturbasi punyai perasaan bersalah melakukan sesuatu yang mereka percaya adalah buruk. Kecederaan pada organ seksual boleh berlaku ketika masturbasi, terutama jika dilakukan secara kasar atau tidak cukup bahan pelincir. Ini boleh menyebabkan banyak rasa sakit dan menyebabkan jangkitan serius jika tercermar pada kuman. Jika menjadi tabiat, agak sukar untuk dibendung. Seperti pengambilan dadah, makin lama makin seronok. Untuk lelaki, kerap masturbasi dikaitkan dengan lemah ejakulasi ketika di alam perkahwinan nanti. Masturbasi tidak mengambil kira perasaan pasangan, boleh dihabiskan awal. Lelaki berkemungkinan berdepan dengan masalah trauma di bahagian zakar, kecederaan, penile fracture atau penyakit Peyronie’s.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini