Orang Kuat Apin-apin 2 May03

Kongsi

Orang Kuat Apin-apin 2

Lambat mengemaskini blog berhubung pertandingan yang saya masuk sebagai peserta iaitu, Pertandingan Orang Kuat Apin-apin, Keningau, Sabah pada 25 April 2015. Saya bersyukur dapat tempat kelima, cuma rasa sedikit sayang apabila nombor 3, 4 dan 5 markah tak banyak berbeza. Nombor 3, 47. Saya 45.5.

No 5, Apin-apin Strongestman Challange

No 5, Apin-apin Strongestman Challange

Bermula dengan rutin truck pull 13 tan. Rutin yang ditukar pada minit terakhir. Saya tak bawa kasut bersesuaian disebabkan pada peringkat awal, kata tiada rutin ini. Kasut yang ada agak licin. Cuma mampu buat 13 meter. Masuk rutin kedua, tire flip 450kg. Tak dijangka boleh buat 3 kali sebenarnya. Ada peningkatan daripada sebelum ini di Labuan, hanya 2 kali. Sebelum ini rasa seperti jantung nak pecah. Kali ini, tak rasa apa sangat. Mungkin kesan latihan pakai topeng. Hmm…

Truck Pull 13 tan

Truck Pull 13 tan

Tire Flip 450kg

Tire Flip 450kg

Rutin ketiga, log press 120kg. Seperti diduga sebenarnya. Rutin paling tak digemari. Tapi berjaya naikkan 3 kali, cuma gagal kuncikan siku. Satu peningkatan sebenarnya. Sebelum ini tak berjaya mengangkat. Ada sedikit kesilapan pada rutin kali ini, menyebabkan kecederaan di piriformis kiri dan pinggang kanan. Rutin ke 4, deadlift kereta proton iswara. Pinggang sangat sakit, cuma berjaya buat 5 ulangan. Tak berani teruskan.

Log Press 120kg

Log Press 120kg

Apin2 Zaki Khan Log Press

NASC 2015

Rutin kelima, yoke walk 240kg. Tiada masalah habiskan. Rutin terakhir, atlas stone, hanya mampu angkat batu 110kg. Keseluruhan, berpuas hati. Saya cedera di pinggang pada bulan Januari dan berehat berlatih deadlift selama 2 bulan. Mula berlatih kembali bulan 3. Pencapaian yang agak baik dengan latihan tak sampai 2 bulan. Terima kasih pada mereka yang hadir memberi sokongan pada saya. Daripada group CFI Keningau, Labuan dan Kuching. Anda banyak memberi semangat. You are the best!

Deadlift Proton Iswara

Deadlift Proton Iswara

Atlas Stone

Atlas Stone

Apin2 Zaki Khan Atlas Stone 2

Peserta Orang Kuat Apin2

Peserta Orang Kuat Apin2

Kumpulan Penyokong Saya

Kumpulan Penyokong Saya

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini