Semua dijemput ke IOI Mall Kulai, esok, 15hb April 2012 untuk pertandingan Orang Kuat Johor 2012. Pertandingan bermula jam 1 hingga 5 petang. Bagi yang ingin menyertai, pendaftaran pada waktu pagi. Peringkat saringan 15 haribulan dan peringkat akhir 29 haribulan April 2012.
Saya akan sertai. Wakil tunggal ZK Team. Harap-harap boleh ke pusingan akhir.
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.
semoga berjaya
trima kasih. 🙂
patut la loading 10 mash potato kfc.hahaha
haha. bg saka makan tu
Dato ada pergi bertanding ke….
selamat berjaya ye Dato ZK…!!!
Do your best Dato…
Jgn lupa upload gambarnya nanti….
good luck dato
kalah. mendapat ranking 11 daripada 40. huhu.
tuan tolong senaraikan semua acara tuu..
http://strengthsifoo.com/borak-borak-zaki-khan-siri-17/
SELAMAT BERJAYA BRO…
dah abis dah pun. x berjaya. hanya dpt no 11 daripada 40. 😀