Orang Kuat Sabah, Teluk Likas 2015 May25

Kongsi

Orang Kuat Sabah, Teluk Likas 2015

Orang Kuat Sabah 2015 di Teluk Likas berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2015. Keseluruhan saya mendapat tempat ke 4. 6 rutin dipertandingkan iaitu:

Hari Pertama

Farmer Walk 120kg sebelah 40 meter
Log Press 120kg
Yoke Walk 250kg 40 meter

Hari Kedua

Tire Flip 450kg
Single Dumbbell Press 70kg
Atlas Stone 90kg – 140kg

NASC 2015

Saya gagal dalam acara Log Press 120kg. Bahagian atas badan belum cukup kuat. Saya mendapat tempat pertama dalam acara kegemaran saya iaitu Farmer Walk dan Yoke Walk.

Tempat Pertama – Francis Abi (65.5)
Tempat Kedua – Andoro (62.5)
Tempat Ketiga – Affendy Mathius (55)
Tempat Keempat – Zaki Khan (53)

Perbezaan mata semakin kurang dalam setiap pertandingan. Saya belum berpuas hati dengan keputusan tetapi dapat rasakan diri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Be afraid! :)

Francis Abi Juara Orang Kuat Sabah 2015

Andoro ke dua Orang Kuat Sabah

Gambar saya tengah flip tayar tu.

Gambar saya tengah flip tayar tu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini