Otot Boleh Dibentuk? May20

Kongsi

Otot Boleh Dibentuk?

‘Adakah terdapat senaman untuk meninggikan bisep?’
‘Adakah senaman dapat melebarkan dada?’

NASC 2015

Senaman mungkin membantu memberi rupa, atau membentuk postur badan, dengan melebihkan atau mengurangkan latihan pada otot-otot tertentu, tetapi kebenarannya, anda tidak boleh membentuk otot sesuka hati anda. Anda tidak boleh melebarkan dada jika postur dada anda tidak lebar. Anda tidak boleh sesuka hati membentuk otot sama seperti sesiapa yang anda minati, mungkin Ronnie Coleman, Arnold Schwarzenegger dan lain-lain. Terdapat perbezaan genetik antara individu.

Otot hanya boleh membesar dan mengecil. Sukar untuk mengharapkan hiperplasia. Otot bekerja seperti rubber band, memanjang dan mengecut. Jadi jangan bandingkan diri anda dengan seorang yang kelihatan seperti dinosour. Apa yang boleh dibuat adalah dengan memberi tumpuan pada senaman isolasi untuk otot tertentu yang jadi kelemahan, tetapi bukan menukar bentuknya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini