Otot dan Pergerakan 3 Jan30

Kongsi

Otot dan Pergerakan 3

Sambungan daripada
Otot dan Pergerakan 2

Entri kali ini khas untuk istilah dalam pergerakan anatomi. Terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam menggambarkan tindakan otot.Agonis – Merujuk kepada otot utama yang bergerak dalam sesuatu pergerakan. Sebagai contoh, dalam pergerakan bench press, otot agonis yang bergerak adalah pectoralis major. Ia juga biasa dikenali dengan nama prime mover dan dikategorikan sebagai otot utama atau primary.

Antagonis – Ia merujuk kepada otot yang berlawanan dengan pergerakan itu. Jika 1 otot bergerak, otot antagonis cuba perlahankannya. Sebagai contoh, dalam pergerakan bench press, otot antagonis adalah lattisimus dorsi. Jika nak spesifikkan kepada pergerakan sendi, sebenarnya banyak lagi otot boleh dimasukkan sebagai agonis dan antagonis. Otot agonis dan antagonis biasanya hadir berpasangan. Satu otot contract, satu lagi rehat. Bukan semua otot berpasangan begini.

Sinergis – Ia adalah otot yang bantu dalam pergerakan. Ia biasa digelar penstabil. Dalam pergerakan bicep curl. Otot brachoradialis dan brachialis bertindak sebagai sinergis.

NASC 2015

Pergerakan Manusia

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini