Otot dan Pergerakan Aug02

Kongsi

Otot dan Pergerakan

Secara am-nya, otot mempunyai sambungan yang dipanggil origin (asal) dan insertion (sambungan). Origin bermula pada bahagian tengah badan. Sebagai contoh, otot bisep (biceps brachii), originnya ada dua, iaitu di yang pertama short head (kepala pendek) bersambung di bahagian coracoid di scapula (tulang belikat), dan kedua long head (kepala panjang) bersambung di bahagian supraglenoid tubercle di scapula juga. Manakala insertion di tulang radius (tulang bahagian lengan). Dalam bahasa latin ‘bi’ bermaksud dua. Bisep memiliki dua kepala. ‘Tri’ bermaksud tiga, trisep memiliki tiga kepala.

NASC 2015

Bagaimana pergerakan otot? Otot rangka ada dua jenis pergerakan iaitu menguatkan (strengthening) dan meregangkan (streching). Pergerakan menguatkan adalah mendekatkan origin dan insertion manakala meregangkan adalah menjauhkan origin dan insertion. Sebagai contoh, biceps curl, bila mengangkat beban, kita mengangkat ke atas dan mendekatkan origin di scapula dan insertion di radius. Manakala apabila meregangkan kita cuba menarik sejauh mungkin origin dan insertion di bisep.

Side bend

Pernahkan anda buat side bend menggunakan dumbbell? Kononnya untuk mengecilkan pinggang? Cuba tengok anatomi otot di bahagian perut, external oblique menyenget ke tepi, begitu juga internal oblique. Manakala transverse abdominis mendatar. Jadi sebenarnya pergerakan side bend itu untuk otot mana? Ianya tidak mengikut arah pergerakan otot. Tahukah anda, dengan melakukan side bend boleh menyebabkan pinggang lebih besar dan sukar dibuang selepas itu? Mungkin yang melakukannya rasa seronok disebabkan tarikan yang berlaku di bahagian kulit, seolah-olah mengerjakan bahagian perut. :)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini