Otot Maksima Semulajadi Apr21

Kongsi

Otot Maksima Semulajadi

Bersambung daripada entri sebelum ini, Berapa Besar?

Berapa besar seseorang boleh besarkan badan secara natural atau semulajadi? Faktor besar di sini adalah genetik. Menurut kajian, sekitar 70 peratus daripada mereka yang membina otot adalah dikategori sebagai genetik purata. Manakala 15 peratus genetik luar biasa dan 15 peratus di bawah paras normal. Mereka di bawah paras normal ini mungkin ada masalah-masalah tertentu seperti hyperthyroidism dan sebagainya.

Natural Bodybuilder

70 peratus yang normal ini akan bina otot jika dapat latihan dan pemakanan yang betul. 15 peratus di bawah paras normal mungkin sangat sukar bina otot. 15 peratus genetik luar biasa ini senang bina otot.

Lean Body Mass (LBM) Maksima = [Tinggi (inci) – 70] x 5 + 160

Guna formula di atas sekiranya anda dalam kategori normal 70 peratus. Ada banyak formula yang boleh didapati di dalam internet berikutan setiap pengkaji mengeluarkan formula sendiri. Mengikut formula ini, anda akan dapat jumlah otot tanpa lemak. Tambahkan lemak mengikut kesesuaian tinggi. Mustahil badan manusia tanpa lemak. Anggaran lemak 6 hingga 12 peratus untuk kelihatan otot di perut bergantung pada berat badan.

Kiraan Otot Maksima

Ada juga yang lebih kompleks di mana H adalah tinggi dalam inci, A adalah ukur lilit buku lali paling kecil, W adalah ukur lilit pergelangan tangan dan %bf adalah lemak yang disasarkan. Formula oleh Casey Butt.

Berat Tinggi Otot

NASC 2015

Kiraan-kiraan ini adalah anggaran, berikutan mungkin kita tak tahu genetik kita bagaimana. Adalah normal, adakah bawah normal atau luar biasa?

Rujukan
http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/normal-ranges-of-body-weight-and-body-fat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini