Otot Teras Mar26

Kongsi

Otot Teras

Apa itu core? Asyik bercerita pasal core tetapi ada yang tidak faham maksudnya. Dalam anatomi, core atau teras merujuk kepada badan tanpa kaki dan tangan atau boleh didefinisikan sebagainya bahagian tengah badan. Kebanyakan pergerakan bergantung kepada otot teras. Jika otot teras kuat, maka kuatlah anda.

Kursus Kecergasan 2017Bahagian teras yang utama adalah perut dan pinggang. Otot utama termasuk bahagian pelvic, transversus abdominis, multifidus, internal dan external obliques, rectus abdominis, erector spinae (sacrospinalis), longissimus thoracis dan diaphragm. Otot teras minor termasuk lattisimus dorsi, gluteus maximus dan trapezius.

Fungsi otot teras adalah untuk menstabilkan toraks dan pelvis semasa pergerakan dinamik dan ia juga memberi tekanan untuk membantu penyingkiran bahan-bahan buangan.

Boleh dikatakan kesemua jenis latihan menggunakan otot teras termasuk squat, bench press, deadlift dan sebagainya. Begitu juga dengan sukan. Kekuatan otot teras sangat penting dalam kebanyakan pergerakan kita. Apa yang melemahkan otot teras ini? Antaranya seperti memakai tali pinggang ketika bersenam. Pemakaian tali pinggang sepatutnya jika berlatih terlalu berat dan bukannya daripada awal latihan. Tekanan intra-muscular bukan lagi pada perut tetapi pada tali pinggang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube