Panduan Memilih Gym Sep23

Kongsi

Panduan Memilih Gym

Memilih gym kekadang jadi agak sukar kepada sesetengah orang. Pernahkah anda jumpa seorang yang sangat cerewet? Ada saja yang tak kena dengan gym yang dimasukinya. Sama ada, dari segi peralatan, persekitaran, kebersihan dan sebagainya.

Bagaimana memilih gym yang sesuai?

1. Lokasi

Carilah gym yang berdekatan dengan anda. Sama ada berdekatan dengan rumah atau berdekatan dengan pejabat. Walaupun terdapat gym lain yang begitu menawan hati pada jarak 1 jam perjalanan, percayalah, anda hanya bersemangat pada bulan-bulan pertama sahaja.

2. Kawasan Letak Kenderaan

Perkara pertama saya suka tekankan, lebih-lebih lagi yang memandu kereta, pastikan gym tersebut ada tempat letak kenderaan yang mudah. Saya pernah ke satu gym, pusing 10 kali kawasan tersebut pun belum jumpa tempat letak kenderaan. Akhirnya masuk gym dengan mood panas, bukan mood latihan.

3. Bayaran

Periksa bayarannya, adakah terlalu mahal atau terlalu murah, sesuai dengan kemampuan kita. Janganlah menghabiskan 30 peratus daripada gaji untuk bayar yuran gym dan akhirnya makan mee segera sahaja setiap hari.

4. Masa Operasi

Pastikan masa operasi gym kena dengan masa anda.

5. Peralatan

Pastikan peralatan sesuai dengan sasaran anda. Jika ingin menjadi ahli bina badan janganlah pilih gym dengan dumbbell terberat hanya 15 lbs.

6. Kebersihan

Sanggupkah anda berlatih di gym dengan tandas yang teruk, berbau? Sanggupkah anda berlatih di gym dengan bau ikan? Saya pernah berlatih di gym dengan lebih 10 akuarium. Rasanya dulu, tuan kedai itu nak buka kedai ikan tetapi tersilap beli mesin.

7. Persekitaran

Pastikan persekitaran sesuai dengan anda. Bayangkan anda seorang berusia 20 tahun manakala yang lain 60 tahun. Kalau boleh bergaul tidak mengapa, tetapi jika anda jenis yang tidak tahu bergaul, masak dibuatnya. Kemesraan antara ahli gym serta staf juga memainkan peranan.

8. Jurulatih

Paling penting, pastikan ada jurulatih bertauliah. Bukan masuk gym sahaja dah suruh ambil steroid.

Nota: Saya suka pilih gym yang terdapat ramai awek cun. :)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube