Paras Testosteron May13

Kongsi

Paras Testosteron

Testosteron adalah hormon yang diperlukan untuk meningkatkan otot dan juga stamina otot. Sistem latihan yang baik dan disiplin yang tinggi membantu mencapai keputusan yang baik tetapi peningkatan paras testosteron meningkatkan proses itu. Disebabkan itu, ramai yang cuba mengambil atau menggunakan steroid untuk meningkatkan testosteron. Bagaimana untuk meningkatkan paras testosteron secara semulajadi?

NASC 2015

1. Makan Kerap

Pemakanan yang kerap dapat membantu meningkatkan penghasilan hormon testosteron. Makanlah sekurang-kurangnya 6 kali sehari setiap 2-3 jam. Dengan pemakanan yang kerap, anda bukan sahaja menetapkan proses pengeluaran hormon bahkan meningkatkan kadar metabolisme badan.

2. Makan Lemak

Percaya atau tidak, makro nutrisi yang paling penting untuk meningkatkan testosteron adalah lemak. Lemak berpengaruh terharap semua proses hormonal dalam tubuh. Lemak bukan bermaksud kulit ayam atau lemak tidak sihat tetapi lemak sihat seperti daripada sumber kacang, avocado, minyak ikan, minyak flaxseed, minyak zaitun dan sebagainya.

3. Cukup Tidur

Dapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6 hingga 8 jam sehari. Badan kita memerlukan jumlah tidur yang cukup untuk proses pemulihan. Kurangnya tidur akan meningkatkan pengeluaran kortisol dan akan menurunkan kadar testosteron sebanyak 40%. Untuk memperbaiki mutu tidur, carilah tempat yang agak sejuk dan elakkan minum air yang banyak sebelum tidur.

4. Kurangkan Tekanan

Bila berada dalam tekanan, badan akan merembeskan hormon kortisol. Seperti yang diberitahu sebelum ini, hormon kortisol menutup pengeluaran testosteron. Kajian oleh Population Council endocrinologist Matthew Hardy mendapati bahawa hormon kortisol mengalahkan enzim-enzim yang bertanggunjawab memastikan sel-sel di testis menghasilkan testosteron. Kortisol juga meningkatkan peratusan lemak.

Belajar mengawal kemarahan, mengelakkan terlebih latihan, menjadi seorang yang positif, meningkatkan aktiviti kerohanian antara cara untuk mengawal stres atau tekanan. Jika masih tidak mampu mengawal tekanan, dapatkan bantuan kaunseling.

5. Kurangkan Lemak Badan

Semakin tinggi lemak di badan, semakin tinggi kadar estrogen. Paras estrogen meningkat disebabkan lemak mengandungi enzim yang dipanggil aromatase yang mengubah testosteron kelakian ke estrogen yang feminin yang mana membuat testosteron menurun.

Bila berdiet, jangan potong terlalu banyak kalori yang mana bila terlalu banyak kalori dikurangkan, badan akan bertukar ke mood kelaparan atau survival mood yang seterusnya menyebabkan badan berhenti menghasilkan testosteron. Disebabkan hal ini juga, kita tidak digalakkan buat penurunan yang cepat. Cukuplah sekadar 1 hingga 3 lbs penurunan lemak dalam seminggu.

Testis

6. Elak Peningkatan Estrogen

Meningkatkan pengambilan makanan daripada sayur-sayuran. Brokoli, cauliflower, lobak, kubis, brussel sprouts semuanya telah terbukti secara dramatik mengurangkan kadar estrogen sehingga meningkatkan testosteron. Mengurangkan pengambilan soya, walaupun kajian terbaik menunjukkan pengambilan soya yang ‘sangat’ banyak baru mempunyai kesan negatif pada tahap testosteron.

Gunakan bekas kaca untuk menyimpan makanan dan air daripada menggunakan bekas plastik. Produk plastik cenderung untuk menghasilkan xenoestrogens yang aka masuk ke dalam air dan makanan ketika dipanaskan. Kebanyakan makanan dalam tin juga mengandungi lapisan plastik yang mengandungi xenoestrogens. Xenoestrogens adalah estrogen buatan manusia yang ditemui dalam banyak benda seperti racun perosak, hormon pertumbuhan, steroid, penyegar udara, bungkusan plastik, pewangi yang mana meningkatkan tahap xenoestrogens anda pada hormon estrogen sambil menurunkan testosteron.

Peningkatan umur biasa dikaitkan dengan penurunan paras testosteron

7. Kurangkan Pengambilan Alkohol

Hadkan pengambilan alkohol. Alkohol mempunyai kesan dramtik pada tahap testosteron. Kurangkan juga pengambilan buah anggur.

8. Bersenam

Lakukan senaman jenis kompoun yang melatih beberapa kumpulan otot besar seperti power clean, squats, bench press, deadlift, chin-up, dip, military press dan sebagainya. Mengikut kajian yang dijalankan di Sweden, hormon testosteron meningkatkan tinggi dengan latihan jenis kompoun berbanding jenis isolasi. Elakkan latihan kardio yang terlalu lama.

Dip

9. Aktiviti Seksual

Tingkatkan aktiviti seksual. Paras testosteron boleh meningkatkan jika kerap teransang secara seksual. Anda perlu melakukan hampir apa cara untuk mendapatkan ereksi seksual. Mereka yang bereksi menyebabkan peredaran testosteron meningkatkan secara signifikan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Ludwig Boltzmann Institute for Urban Ethology di Vienna menunjukkan 10 orang lelaki melihat filem porno selama 15 minit dan kadar testosteron meningkat 100 peratus selepas itu. Saya tidak menyuruh melihat filem porno, seeloknya dapatkan hubungan yang sah dengan pasangan anda.

Aktiviti seksual

10. Seluar Ketat

Testikal anda perlu berada pada suhu 94 hingga 96 darjah atau sekitar 2 darjah lebih sejuk berbanding suhu badan anda untuk berfungsi lebih baik dan menghasilkan testosteron. Elakkan memakai seluar yang terlalu ketat seperti seluar jean, seluar dalam yang ketat. Elakkan juga mandi air panas terlalu lama. Pakailah seluar yang agak longgar dan berangin.

Tambahan

Zink sangat penting untuk pengeluaran testosteron keran zink mencegah testosteron ditukar ke estrogen dengan membuat enzim aromatase tidak berfungsi. Zink sendiri juga mengubah estrogen ke testosteron dan membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan tinggi jumlah sperma. Makanan tinggi kandungan zink seperti tiram, hati, makanan laut, unggas, kacang-kacang dan biji-bijian.

Jika perlu ZMA adalah peningkat testosteron yang menggabungkan zink, magnesium aspartate dan vitamin B6. Tribulus terrestris juga boleh meningkatkan paras testosteron. Terestris secara teknikalnya meningkatkan hormon leutenizing (LH) yang merangsang pengeluaran testosteron di testis.

Perempuan dan latihan bebanan

(Info tambahan: Perempuan tidak ada kilang penghasilan testosteron tetapi ada hormon testosteron dalam badan dalam jumlah yang sedikit jika dibandingkan lelaki. Mungkin ada sesetengah kes ada perempuan memiliki paras testosteron yang tinggi. Kebanyakan perempuan yang main sukan bina badan ada kemungkinan menggunakan testosteron sintetik. Perempuan juga memerlukan testosteron.)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini