Paras Testosteron

Testosteron adalah hormon yang diperlukan untuk meningkatkan otot dan juga stamina otot. Sistem latihan yang baik dan disiplin yang tinggi membantu mencapai keputusan yang baik tetapi peningkatan paras testosteron meningkatkan proses itu. Disebabkan itu, ramai yang cuba mengambil atau menggunakan steroid untuk meningkatkan testosteron. Bagaimana untuk meningkatkan paras testosteron secara semulajadi?

Kursus Kecergasan 2024

1. Makan Kerap

Pemakanan yang kerap dapat membantu meningkatkan penghasilan hormon testosteron. Makanlah sekurang-kurangnya 6 kali sehari setiap 2-3 jam. Dengan pemakanan yang kerap, anda bukan sahaja menetapkan proses pengeluaran hormon bahkan meningkatkan kadar metabolisme badan.

2. Makan Lemak

Percaya atau tidak, makro nutrisi yang paling penting untuk meningkatkan testosteron adalah lemak. Lemak berpengaruh terharap semua proses hormonal dalam tubuh. Lemak bukan bermaksud kulit ayam atau lemak tidak sihat tetapi lemak sihat seperti daripada sumber kacang, avocado, minyak ikan, minyak flaxseed, minyak zaitun dan sebagainya.

3. Cukup Tidur

Dapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6 hingga 8 jam sehari. Badan kita memerlukan jumlah tidur yang cukup untuk proses pemulihan. Kurangnya tidur akan meningkatkan pengeluaran kortisol dan akan menurunkan kadar testosteron sebanyak 40%. Untuk memperbaiki mutu tidur, carilah tempat yang agak sejuk dan elakkan minum air yang banyak sebelum tidur.

4. Kurangkan Tekanan

Bila berada dalam tekanan, badan akan merembeskan hormon kortisol. Seperti yang diberitahu sebelum ini, hormon kortisol menutup pengeluaran testosteron. Kajian oleh Population Council endocrinologist Matthew Hardy mendapati bahawa hormon kortisol mengalahkan enzim-enzim yang bertanggunjawab memastikan sel-sel di testis menghasilkan testosteron. Kortisol juga meningkatkan peratusan lemak.

Belajar mengawal kemarahan, mengelakkan terlebih latihan, menjadi seorang yang positif, meningkatkan aktiviti kerohanian antara cara untuk mengawal stres atau tekanan. Jika masih tidak mampu mengawal tekanan, dapatkan bantuan kaunseling.

5. Kurangkan Lemak Badan

Semakin tinggi lemak di badan, semakin tinggi kadar estrogen. Paras estrogen meningkat disebabkan lemak mengandungi enzim yang dipanggil aromatase yang mengubah testosteron kelakian ke estrogen yang feminin yang mana membuat testosteron menurun.

Bila berdiet, jangan potong terlalu banyak kalori yang mana bila terlalu banyak kalori dikurangkan, badan akan bertukar ke mood kelaparan atau survival mood yang seterusnya menyebabkan badan berhenti menghasilkan testosteron. Disebabkan hal ini juga, kita tidak digalakkan buat penurunan yang cepat. Cukuplah sekadar 1 hingga 3 lbs penurunan lemak dalam seminggu.

Testis

6. Elak Peningkatan Estrogen

Meningkatkan pengambilan makanan daripada sayur-sayuran. Brokoli, cauliflower, lobak, kubis, brussel sprouts semuanya telah terbukti secara dramatik mengurangkan kadar estrogen sehingga meningkatkan testosteron. Mengurangkan pengambilan soya, walaupun kajian terbaik menunjukkan pengambilan soya yang ‘sangat’ banyak baru mempunyai kesan negatif pada tahap testosteron.

Gunakan bekas kaca untuk menyimpan makanan dan air daripada menggunakan bekas plastik. Produk plastik cenderung untuk menghasilkan xenoestrogens yang aka masuk ke dalam air dan makanan ketika dipanaskan. Kebanyakan makanan dalam tin juga mengandungi lapisan plastik yang mengandungi xenoestrogens. Xenoestrogens adalah estrogen buatan manusia yang ditemui dalam banyak benda seperti racun perosak, hormon pertumbuhan, steroid, penyegar udara, bungkusan plastik, pewangi yang mana meningkatkan tahap xenoestrogens anda pada hormon estrogen sambil menurunkan testosteron.

Peningkatan umur biasa dikaitkan dengan penurunan paras testosteron

7. Kurangkan Pengambilan Alkohol

Hadkan pengambilan alkohol. Alkohol mempunyai kesan dramtik pada tahap testosteron. Kurangkan juga pengambilan buah anggur.

8. Bersenam

Lakukan senaman jenis kompoun yang melatih beberapa kumpulan otot besar seperti power clean, squats, bench press, deadlift, chin-up, dip, military press dan sebagainya. Mengikut kajian yang dijalankan di Sweden, hormon testosteron meningkatkan tinggi dengan latihan jenis kompoun berbanding jenis isolasi. Elakkan latihan kardio yang terlalu lama.

Dip

9. Aktiviti Seksual

Tingkatkan aktiviti seksual. Paras testosteron boleh meningkatkan jika kerap teransang secara seksual. Anda perlu melakukan hampir apa cara untuk mendapatkan ereksi seksual. Mereka yang bereksi menyebabkan peredaran testosteron meningkatkan secara signifikan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Ludwig Boltzmann Institute for Urban Ethology di Vienna menunjukkan 10 orang lelaki melihat filem porno selama 15 minit dan kadar testosteron meningkat 100 peratus selepas itu. Saya tidak menyuruh melihat filem porno, seeloknya dapatkan hubungan yang sah dengan pasangan anda.

Aktiviti seksual

10. Seluar Ketat

Testikal anda perlu berada pada suhu 94 hingga 96 darjah atau sekitar 2 darjah lebih sejuk berbanding suhu badan anda untuk berfungsi lebih baik dan menghasilkan testosteron. Elakkan memakai seluar yang terlalu ketat seperti seluar jean, seluar dalam yang ketat. Elakkan juga mandi air panas terlalu lama. Pakailah seluar yang agak longgar dan berangin.

Tambahan

Zink sangat penting untuk pengeluaran testosteron keran zink mencegah testosteron ditukar ke estrogen dengan membuat enzim aromatase tidak berfungsi. Zink sendiri juga mengubah estrogen ke testosteron dan membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan tinggi jumlah sperma. Makanan tinggi kandungan zink seperti tiram, hati, makanan laut, unggas, kacang-kacang dan biji-bijian.

Jika perlu ZMA adalah peningkat testosteron yang menggabungkan zink, magnesium aspartate dan vitamin B6. Tribulus terrestris juga boleh meningkatkan paras testosteron. Terestris secara teknikalnya meningkatkan hormon leutenizing (LH) yang merangsang pengeluaran testosteron di testis.

Perempuan dan latihan bebanan

(Info tambahan: Perempuan tidak ada kilang penghasilan testosteron tetapi ada hormon testosteron dalam badan dalam jumlah yang sedikit jika dibandingkan lelaki. Mungkin ada sesetengah kes ada perempuan memiliki paras testosteron yang tinggi. Kebanyakan perempuan yang main sukan bina badan ada kemungkinan menggunakan testosteron sintetik. Perempuan juga memerlukan testosteron.)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

52 thoughts on “Paras Testosteron

  1. Shamsul Anuar Aliash says:

    precursor testosteron adalah lemak!!

    lelaki juga ade hormon wanita tp dlm jumlah yg sgt sedikit!!

    kadang2 keletihan dlm lelaki adalah kekurangan hormon testosteron….

    1. Zaki Khan says:

      btul. dah byk kali ulang pasal lelaki dan prempuan ada dua2 hormon ni.

  2. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, terima kasih atas penerangan semalam dlm mitos dan artikel ini. Saya rasa agak lambat bermula utk bermain besi nie dalam umur yang dah 37 tahun, tapi apa pun, saya cuba mengikuti tip2 yang tuan tuliskan dalam blog tuan ini. Saya lebih percaya pada kaedah natural berbanding dengan suapan berbagai benda sintetik yg pasti ada kesan sampingan. Insyallah, w/pun kekangan drpd usia dan segala alatan(saya masih sampai hari nie belum masuk mana2 gym pun), tapi saya berlatih di rumah dengan hanya alatan yang basic dan simple, harapan agar dapat lah badan sekurang2 nya mcm “Merong Mahawangsa”pun takpe, hehehhehehe……….

    1. Zaki Khan says:

      harap2 penerangan cara natural ni agak cukup dan membantu. byk lg kalau nak detailkan, tp cuba yg ni dulu

  3. Banyak cara untuk meningkatkan testosteron ni rupenyer…ramai org yg sy nmpak kt gym yg xsuka main kaki..tpi dorang xtau buat squat juga dpt meningkatkan testosteron mcm yg sifu zaki ckp kt atas dlm senaman jenis kompaun..kdg2 sy xfaham kenapa sesetengah org cuma melatih otot yg dorang rase perlu jer, bkn ker untuk mndapatkan simetri yg baik kiter prlu melatih semua otot..

    1. Zaki Khan says:

      susah nak kata, ada org minat biceps je besar. ada org nak shoulder besar. tp sgt jarang org hendak kaki besar. sedangkan kaki tu part paling penting. kaki ibarat tiang rumah. kalau kaki kecik atas besar, besar tanggungan tu. dan peredaran darah di kaki byk membantu dlm peningkatan testosteron.

  4. penerangan yg mantap…patut la streoid dr hormon testosteron + drug itu yg cepat naik.
    Supplement utk tambah testosteron spt tongkat ali,gingko ape tah dll dpt menbantu juga ker tuan?

    1. Zaki Khan says:

      seperti yg saya cerita sbelum ini, bab supplement xde full support yg mengatakan betul2 berkesan. ada research ckp ok, ada research sebaliknya. ada research ckp tongkat ali x elok, ada ckp elok. tongkat ali pure senang dpt lg ke? nak hadam tongkat ali tu dah 1 masalah kat bdn. jika boleh, tumpu pada natural source dahulu. kalau betul2 x boleh, baru cari alternatif

  5. salam dato..br2 nie sy br tnya otai2 lma dkt tmpt gym sy..diorg ckp nk wat size kn men superset..xyah angkt brt2 sngt..tp biar smpai lth?btul ke dato?mnta pndangan dato yer=)

    1. Zaki Khan says:

      bila tanya mamat A, dia akan bgtau cara A, bila tanya mamat B, dia akan bgtau cara B, dan seterusnya. itulah situasi di gym. seeloknya tanyalah yg bertauliah. ikut sistem latihan. itu yg asas. http://www.strengthsifoo.com/sistem-latihan/
      superset x sesuai utk org baru disebabkan beberapa faktor seperti otot x ready dll. nasihat saya, stick to basic dulu. dari segi training, makan dan sbagainya. teringin plak nak ulas topik pasal ni lebih lanjut. 😀

      1. klu da men dkt 2 thn cmna dato?ok x?

        1. Zaki Khan says:

          depend ngan condition bdn. saya x dpt nak tgk bdn skrang camna. saya selalu suggest kalau nak ubah program, at least 3 benda ni, bench press, deadlift, ngan squat boleh buat berat bdn sendiri

          1. Nak Belajar says:

            ni x berapa faham ni… berat badan sendiri maksud … kalu berat org tu 80kg maknanya dia kena angkat 80kg…

            contoh… kalu dier nak buat bench press.. dier kena sampai boleh angkat 80kg baru dier boleh tukar program.? 🙂

  6. ooo lemak makin bertambah… makin letih… makin tertekan… kekurangan hormon kali nie…

  7. salam
    nak tau macam apakah tanda seseorang lelaki itu kekurangan hormon testosteron dan berapakah paras normal hormon tersebut dalam badan lelaki

    1. paras testosteron perlu ujian klinikal, tp antara syntom yg nampak, ciri kelakian kurang, ‘mungkin’ kekurangan penumbuhan bulu, suara lembut dll. kekurangan testosteron kebiasanya disertai dgn lebih estrogen. tetapi tidak semestinya. ‘mungkin’ juga disebabkan kilang memproses ada masalah (testis). jika ada sintom2 lain yg berkait dgn penyakit seperti prostat dan sebagainya, elok dptkan pengesahan doktor. tetapi jika peningkatan umur, ‘mungkin’ normal. antara rawatan yg biasanya diberi adalah pemberian testocap dll jenis steroid perangsang

  8. fazli rozi says:

    menarik ..sy baru mencuba testoron booster utk meningkat lg saiz bdn sy..lau ikut at nk amik streoid tp takmau sbb ada side efffect..so amik test booster jer lah..huhu

  9. fazli rozi says:

    ye betul bro..takpe tekad utk jadi stay clean hehe

  10. ada kenalan mengatakan suami die berbadan besar, tapi daya ketahanan diranjang agak lemah..tidak seperti sebelum si suami membuat badan..apakah masalah yang dihadapinye sehingga sukar bertahan lama.. dan die dapati si suami pernah mengambil steroid sukan, adakah sebab2 itu berlakunya kurang ketahanan? atau ada bahan2 lain yang tidak diketahui?

  11. investigation in progresing… ghee.

  12. dato,mcm kat gnc kan ade jual supplement untuk mens viltality.. yg kita tau produk2 mcm ni adalah untuk menguatkan ehem2 ni.. hehe.. tp if kita ambek produk2 ini untuk bina badan, adakah dia akan membantu untuk mempercepatkan lg proses membesar kan otot ni dato? sbb produk2 ni
    ” x silap saya ” menaikkan paras hormon testosteron? betol ke dato? saya mmg xtau ni.. main hentam buta je ni… heheh

    1. ya, dlm membina otot, testosteron sgt penting dlm membina otot. jd kebanyakan product yg berkait rapat dgn seksual baik utk bina badan.

  13. Assalamualaikum Dato , 1)testosteron booster brksn ke utk tgkt saiz bdn ,cth: ktggian, mne nk bli supplementnt tu? 2)btulke jka start body building pda umur awl cth bwh 15 thn ble mnyebabkan tmbsrn trbntut?

    1. waalaikumsalam

      1. testosteron booster menaikkan testosteron. testosteron diperlukan dalam membina otot. manakala utk ketinggian perlukan growth hormone. ketinggian cecah limit apabila mencecah usia matang.

      2. arnold scwarchzenegger mula pada usia 11 tahun. x nampak pun mana yg bantut. 🙂

  14. 3)produk spt vimax ble bntu utk gain muscle jgk ke Dato? 4)btulke mtos mengatekan body building menyebabkan seseorang itu pendek? 5)ble Dato nk bt video teknik2 senaman cth miliatary bench press ? sbb sye rse rmai yg thu nme2 utk jnis2 snmn ttp x thu cara btul utk buat

    1. 3. vimax melancarkan peredaran darah. secara logiknya apabila peredaran darah lancar, nutrien senang dialirkan. untuk membesar perlukan nutrien. jd ianya membantu.

      4. nama pun mitos. mitos ni bermula apabila ada org yg dah semulajadi pendek main gym, org lain menilai seolah2 dia tinggi dulu. padahal tinggi sama cuma dia menjadi lebar, nampak pendek.

      5. video senaman dlm proses. tp bg masa sikit. ada beberapa masalah teknikal.

  15. salam dato, saya nak tanya tentang produk Ultimate Nutrition – TESTOSTROGROW 2 HP… adakah ia sesuai untuk besarkan badan? lau amek, ada kesan x terhadap penumbuhan bulu… cntohnya janggut, tringin jgk nak berjambang… huhu..

  16. salam..dato nk tnya..ketika melakukan prstubuhan dgn psngan…pras testesron meningkatkn..tpi bla pancutan sperma kuar..adakh pras testonsron mnurun atau kekal????

    2)zma tu pa??mna nk dptnya dato???

    3)jika testonsron booster cmpur dgn tribulus terrestris blh x dato??x da pa2 kesan x???

    tq dato??

  17. Awang Isa says:

    Slm dato. Nafsu sex saya menurun bermula umur 30 tahun. Sekarang senjata sulit pun payah nak tegang. Selera sex di ranjang bersama isteri sudah menurun. Ubat apa yang patut saya makan

    1. ada apa2 masalah kesihatan? diabetis? darah tinggi?
      boleh cuba vimax

  18. 20 rep squat cycle tu camna dato? org kata amat baik utk meningkatkan testosteron..

  19. mie besibaru says:

    Alhamdulillah saya dh bykkan training jenis kompaun..kesan nya sendiri yg feel..

  20. salam dato.. dah dkat 2 thn saya main gym ni, andaikata saya nak ambek supplement testosteron, ada x brand yg blh dato cadangkan..? thnkz..

      1. owh ok.. thnkz dato’.. lagi 1, sama x supp GH dgn perangsang hormon cth tribulus?

  21. jika seorang lelaki itu ada masalah gyno dan kadangkala otot susah nak besar adakah ia kurangnya testosterone

  22. apa semua jenis lemak bisa dikonsumsi?ada makanan yang harus dipantang tidak?

  23. Dato’, btol ke squat dpt tingkatkan testosteron?

  24. dato..saya ada masalah estrogen pada dada. apa yang perlu saya buat. bila chest dah cantik puting pulak macam perempuan. mohon pencerahan dan langkah mengatasi.

    1. bila disebabkan genetic x boleh buat apa. tapi kalau fat tinggi, dropkan bodyfat lagi.

Leave a Reply to Dod Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: