Patellofemoral Syndrome May15

Kongsi

Patellofemoral Syndrome

Patellofemoral pain syndrome adalah istilah yang digunakan untuk kesakitan di hadapan lutut dan sekeliling patella atau kepala lutut. Ia juga dikenali sebagai runner’s knee berikutan ia merupakan kesakitan biasa pada mereka yang berlari, seperti marathon dan sebagainya. Sakit sehingga terasa ketika menaiki tangga, melutut atau squat, melompat dan juga mungkin aktiviti-aktiviti lain.

Patellofemoral Syndrome 2

Masalah ini boleh terjadi disebabkan kecederaan seperti terjatuh di atas patella, kegunaan melampau, berlebihan berat badan, masalah alignment badan di mana pattela tidak berada di tempat sepatutnya, patellar tracking disorder. Saya berdepan masalah ini, dan berada di tahap ketiga kerikutan kecederaan 2 tahun lepas, terjatuh ketika aktiviti menarik kereta.

Simptom paling jelas, adalah kesakitan itu sendiri. Sakit ketika membengkokkan lutut, squat, lompat, menggunakan tangga, berlari di permukaan keras dan sebagainya. Ada kes sehingga hilang kawalan lutut sementara dan jatuh.

NASC 2015

Bagaimana ianya dikesan dan diagnos? Ianya boleh dikesan melalui ujian fizikal. Sesetengah kes menggunakan x-ray atau magnetic resonance imaging (MRI).

Bagaimana Merawatnya?

Ianya boleh dikurangkan dengan mengurangkan aktiviti yang menggunakan lutut seperti squat. Saya sendiri tidak squat lebih 8 bulan atas nasihat doktor. Elakkan senaman mesin jenis isolasi seperti leg extension. Dah 2 tahun saya tak buat leg extension.

Kaedah perubatan, boleh guna nonsteroidial anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen dan naproxen untuk menggurangkan bengkak dan kesakitan. Akan tetapi tak digalakkan berikutan ia akan jadi ketagihan. Setiap kali sakit, nak guna. Selain itu, boleh buat terapi fizikal. Jumpa mana-mana pakar terapi seperti fisio terapi di tempat anda. Mereka akan bantu kurangkan keketatan di keliling lutut, dan beri senaman lain untuk kuatkan quadriceps berikutan banyak pergerakan yang limit. Taping atau gunakan brace untuk elakkan patella bergerak.

Keadaan yang teruk, boleh lakukan pembedahan. Ada satu lagi kaedah, iaitu memaksukkan hyaluronic acid ke dalam lutut. Saya pernah dicadangkan untuk kaedah ini berikutan keadaan yang agak teruk. Akan tetapi, jika menggunakan kaedah ini, badan akan bergantung padanya juga. Ia mampu bertahan untuk tempoh 2 tahun untuk orang biasa, dan atlet mungkin 6 bulan. Kos di Malaysia, setakat ini saya pernah jumpa paling murah rm 950.

Sakit Lutut Berlari

Adakah glucosamine membantu? Mungkin ya atau tidak. Tak semua beri kesan positif pada glucosamine. InsyAllah, saya akan masukkan 1 entri berkenaan glucosamine nanti.

Rujukan
http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00680

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini