Pecahan Arteri

Apa itu arterialization? Pelik betul bunyinya. Terdapat kajian menunjukkan perbezaan antara mereka yang bersenam dan tidak bersenam. Beberapa subjek dalam bentuk mayat, usia sekitar 50 hingga 70 tahun telah dibedah pada  untuk melihat perbezaan antara mereka yang aktif ketika hidup dan tidak aktif.

Mereka yang aktif bersenam menunjukkan lebih banyak arteri di jantung. Ia menunjukkan proses arterialization atau penambahan arteri telah berlaku. Sejak kecil, setiap daripada kita telah membentuk blok atau plak di dalam arteri. Plak tersebut semakin bertambah setiap hari berikutan pemakanan kita yang mengandungi kolesterol.

Kursus Kecergasan 2024Bayangkan satu jalan yang terdapat banyak halangan, atau berada dalam kesesakan jalan raya. Bila berada di penghujung kesesakan, kereta memecut melepasi kesesakan tersebut. Bayangkan juga paip air, semakin sempit paip, semakin laju air yang keluar. Begitu juga dengan arteri, apabila ruang arteri semakin sempit, semakin laju pergerakan darah. Dalam bahasa mudah, ia meningkatkan tekanan darah. Apabila darah bergerak laju, plak boleh pecah dan pecahan tersebut tiba-tiba menutup arteri dan darah tidak berjalan. Keadaan ini adalah apa yang kita panggil serangan jantung.

Kajian menunjukkan mereka yang aktif membina arteri atau jalan tambahan. Apabila meningkat usia, mereka mungkin jika berdepan dengan masalah sama akan tetapi apabila jalan pertama tutup akibat serpihan plak, darah masih boleh pilih jalan yang lain. Cukup tak alasan untuk anda bersenam?

https://www.google.com.my/search?um=1&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-GB:official&channel=fflb&q=ar&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_cp.r_qf.&bvm=bv.1355534169,d.bmk&bpcl=40096503&biw=1366&bih=664&ie=UTF-8&sa=N&tab=iw&ei=QlncUJzGCMXLrQe50oC4Bw#hl=en&client=firefox-a&tbo=d&rls=org.mozilla:en-GB%3Aofficial&channel=fflb&sclient=psy-ab&q=arterialization+due+to+exercise&oq=arterialization+due+to+exercise&gs_l=serp.3…5577.8524.2.8630.16.16.0.0.0.0.180.967.15j1.16.0.les%3B..0.0…1c.1.0kvOG3nRaIo&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_cp.r_qf.&bvm=bv.1355534169,d.bmk&fp=ae78f4eb1c1b9414&bpcl=40096503&biw=1366&bih=664

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Pecahan Arteri

  1. Hafiz Rahim says:

    Assalamualaikum dato’…
    Kadar kolestrol untuk whey protein yg saya minum adalah 50mg per serving.adakah akan berlaku kesan2 negatif sekiranya mengambil berlebihan memandangkan kadar kolestrol yg diperlukan sehari cuma 30mg?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: