Pedophilia: Pencinta Kanak-kanak May06

Kongsi

Pedophilia: Pencinta Kanak-kanak

Pedophilia atau pun paedophilia adalah sejenis gangguan psikiatri di mana seorang lelaki dewasa atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak belum matang, kebiasaannya 11 tahun ke bawah. Mereka yang didiagnos dengan pedophilia mesti sekurang-kurang berusia 16 tahun atau 5 tahun lebih tua daripada kanak-kanak yang diminati. Perkataan pedophilia berasal daripada Greek dimana, pedo (pais, paidos) bermaksud kanak-kanak, manakala philia bermaksud cinta.

Fenomena ini dah wujud sangat lama, cuma namanya timbul pada tahun 1886 selepas penulisan Richard von Kraff-Ebing, seorang pakar psikiatri daripada vietnam dalam penulisan, Psychopathia Sexualis. Pedophilia boleh jadi pada lelaki, bahkan perempuan. Terdapat juga kes dikalangan homoseksual. Pseudopaephilia pula kategori dimana, seseorang dah hilang keghairahan atau libido pada seorang dewasa.

NASC 2015

Statistik kes pedophilia tidak diketahui, tetapi dijangkakan lebih rendah daripada 5 peratus populasi. Kes dikalangan perempuan jauh lebih rendah. Menurut 1 kajian, ratio 10 kepada 1 antara kes lelaki dan perempuan. Ia mungkin disebabkan, kes perempuan jarang dilaporkan. Majoriti kes dilaporkan bermula daripada menonton pornografi.

Penyebab sebenar belum diketahui. Bermula tahun 2002, para pengkaji mula merekodkan kaitan penyakit ini dengan struktur otak. Beberapa kajian menunjukkan, kaitannya dengan IQ yang rendah. Mereka yang berdepan dengan masalah ini, biasanya dapat markah rendah dalam ujian memori. Mereka juga dilaporkan lebih rendah dari sudut fizikal. Ia boleh jadi disebabkan mengalami gangguan di kepala ketika zaman kanak-kanaknya yang menyebabkan tertanamnya memori tanpa sedar ini. Melalui MRI yang dijalankan, menunjukkan karektor neurologi yang berbeza, hadir ketika kecil.

Pedophilia Pencinta Kanak-kanak

Pedophilia Pencinta Kanak-kanak

MRI juga menunjukkan lebih banyak ruang putih daripada bahagian yang mengawal otak. Funtional Magnetic Resonance Imaging (fMRI) menunjukkan kurang aktiviti di hypothalamus. Blanchard, Cantor dan Robichaud pada tahun 2006 membuat pemerhatian daripada kajian dari segi hormon. Terdapat bukti menunjukkan, lelaki yang menghidapnya kurang hormon testosterone. Belum ada kata putus lagi tentang kajian ini.

Belum ada bukti, pedophilia boleh dirawat. Melalui kebanyakan terapi, ia membantu mengurangkan keghairahan nafsu terhadap kanak-kanak. Menurut Fred Berlin, pemilik Johns Hopkins Sexual Disorders Clinic, rawatannya sesukar rawatan homoseksual atau heteroseksual. Antara terapi yang ada termasuk terapi kelakuan kognitif dan terapi pengurangan nafsu seks.

Saya menulis isu ini berikutan kes Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 yang didapati bersalah pada 30 April lepas kerana memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak. Beliau disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Southwark Crown, London atas 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak. Nur Fitri Azmeer mengaku melakukan kesalahan tersebut. Beliau ditemui bersalah bersebelahan dengan sebuah patung kanak-kanak. Beliau ditangkap dengan sekitar 30,000 video dan gambar porno, dimana 601 adalah pornografi kanak-kanak.

Nur Fitri Azmeer Sabit Miliki Pornografi

Nur Fitri Azmeer Sabit Miliki Pornografi

Pada peringkat awal, MARA buat keputusan tamatkan pinjaman pelajaran Azmeer serta-merta pada 3 Mei 2015, akan tetapi mengubah keputusan tersebut pada 5 Mei 2015 untuk memberi peluang kedua kepadanya. Pada saya, kes sebegini tidak memerlukan peluang kedua daripada Majlis Amanah Rakyat. Dia patut dapat peluang sambung belajar akan tetapi tidak sepatutnya dapat tajaan lagi.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin juga telah mengeluarkan kenyataan untuk menolak peluang kedua oleh MARA. Satu petisyen dilancarkan menerusi laman petisyen Avaaz.org bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan peluang kedua untuk pelajar Malaysia di Britain yang disabitkan bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

KJ Bantah Peluang Kedua Nur Fitri

KJ Bantah Peluang Kedua Nur Fitri

Rujukan 1: MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mara-tamatkan-pinjaman-pelajaran-nur-fitri-azmeer-serta-merta-59150

Rujukan 2: MARA ingin beri Nur Fitri Azmeer peluang kedua
http://english.astroawani.com/malaysia-news/mara-give-nur-fitri-azmeer-second-chance-59340

Rujukan 3: Kenyataan KJ kepada MARA
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/06/tiada-peluang-kedua-kepada-nur-fitri/

Rujukan 4: Petisyen batal peluang kedua pelajar miliki pornografi kanak-kanak
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/petisyen-gesa-batal-peluang-kedua-pelajar-miliki-pornografi-kanak-kanak

Rujukan 5: Maksud Pedophilia
http://en.wikipedia.org/wiki/Pedophilia

ZK: Saya miliki anak perempuan, risau sekiranya anak membesar dengan golongan sebegini dalam masyarakat. Saya mendoakan supaya Nur Fitri Azmeer pulih daripada masalah yang dihadapinya dan berjaya dalam kehidupan akan datang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini