Pembentukan Remaja Jan11

Kongsi

Pembentukan Remaja

Kita marah, kita geram apabila remaja buat sesuatu di luar dugaan, menyakitkan hati dan mungkin merbahaya. Akan tetapi berapa ramai yang faham, kenapa mereka jadi begitu? Remaja berbeza dengan dewasa dari sudut kelakuannya, kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Pembentukan Remaja

Terdapat bahagian di otak yang dipanggil amygdala yang mana bertanggungjawab mengawal tindakan mengikut emosi. Bahagian ini dibentuk awal berbanding frontal cortex, bahagian yang mengawal kita untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Bahagian ini mengambil masa untuk dibentuk. Ia dikatakan dibentuk sepenuhnya pada usia 25 tahun ke atas.

Pada zaman remaja juga, terdapat perubahan perhubungan antara sel-sel otak. Ia mula berhubung. Sel saraf membentuk myelin, lapisan yang membantu sel-sel berkomunikasi. Perubahan-perubahan ini mengambil masa dan penting dalam pembentukan koordinasi pemikiran selaras dengan aksi dan kelakuan.

Terdapat beberapa faktor yang merencatkan pembentukan otak, perlahan seperti ibu menggunakan dadah dan minum alkohol. Selain itu, trauma di kepala dan kecederaan lain semasa kecil juga boleh melambatkan pembentukan otak.

NASC 2015

Dalam bahasa mudah, remaja cenderung bertindak mengikut emosi. Emosi cinta, boleh mendorong remaja melakukan sesuatu di luar dugaan. Faktor-faktor sekeliling seperti kurang kasih sayang, persekitaran tak sihat dan sebagainya juga boleh mempengaruhi remaja.

Marah pada remaja ini, tidak menyelesaikan masalah. Kita sebagai ibu bapa, guru, pendidik dan sebagainya memainkan peranan membentuk persekitaran yang baik untuk remaja membesar.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini