Penipuan Protein? Dec08

Kongsi

Penipuan Protein?

Adakah supplement protein yang kita minum ini benar-benar protein yang kita perlukan untuk bina otot? Jika kata ada protein, mee segera pun ada protein. Persoalannya, protein apa? Secara amnya ada 20 jenis protein yang terbahagi kepada 2, iaitu essential dan non-essential. Bukan semua protein digunakan untuk bina otot.

 

NASC 2015

Jika anda perasan, sesetengah produk, mencampurkan taurine, glycine, glutamine dan creatine di dalamnya. Dengan mencampurkan, ianya lebih menguntungkan mereka disebabkan amino ini murah. Mengikut FDA, mereka menguji kandungan nitrogen di dalam sesuatu produk, bukan spesifik kepada jenis. cGMP certified pun mengikut jumlah nitrogen yang diuji. Glycine, taurine, glutamine, creatine jika diuji, hasilnya dalam bentuk nitrogen.

Kos mentah WPC-80 (Whey protein concentrate) sekitar RM 9.60 – RM 10.90 / lb
Kos mentah taurine sekitar RM 2.40 / lb

Disebabkan harga bahan mentah lain lebih murah, ia dicampurkan dalam produk protein. Jika anda perasan, whey protein isolate lebih mahal daripada whey protein biasa. Menurut kaedah yang digunakan untuk ujian, creatine menunjukkan bacaan 143% protein daripada jumlahnya. Menurut Kjeldahl Method 1 g protein jika diuji bersamaan dengan 1.8 g nitrogen. AOAC/FDA menetapkan formula, jumlah nitrogen x 6.25 = jumlah protein.

Kjeldahl Method
1 g creatine = 1.8 g protein
1 g glycine = 1.19 g protein
1 g taurine = 0.714 g protein

Buat masa ini, belum dibuktikan. Ada kemungkinan tak menggunakan kaedah Kjeldahl, tapi mengunakan kaedah Dumas. Akan tetapi, jika dikira, masih merugikan.

Ada beberapa produk yang dikira dan berada dalam pasaran Malaysia seperti Inner Amour dan Mutant. Ia belum dibuktikan tetapi dah difailkan complaint.

Protein Scam 1

Protein Scam 2

ZK: Apa yang boleh dibuat kini, jika membeli produk supplement protein, elakkan yang dicampurkan dengan creatine.

Rujukan
https://blog.priceplow.com/protein-scam-amino-acid-spiking
https://blog.priceplow.com/supplement-news/inner-armour-mass-peak-lawsuit
https://blog.priceplow.com/supplement-news/pro-supps-ps-whey-lawsuit
https://blog.priceplow.com/supplement-news/fit-foods-mutant-whey-lawsuit

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini