Kepentingan Senaman Sep01

Kongsi

Kepentingan Senaman

Cuba buat 1 eksperimen mudah

1. Berdiri tegak
2. Tutup mata dan berdiri tegak
3. Tutup mata dan telinga, berdiri tegak

NASC 2015

Pertama, bila berdiri tegak, berapa lama boleh berdiri tanpa bergoyang? Bandingkan dengan yang kedua, bila berdiri tegak dengan mata tertutup, terasa tak selepas beberapa ketika seolah-olah badan bergoyang nak jatuh. Kemudian cuba bandingkan pula berdiri dengan keadaan mata dan telinga di tutup, adakah goyangan itu lebih cepat? Badan terasa melayang-layang hendak jatuh.

Keadaan ini menunjukkan seseorang apabila usianya meningkat. Apabila usia meningkat, majoriti akan mula kehilangan daya penglihatan dan diikuti dengan daya pendengaran. Betul tak? Secara tak langsung apabila daya penglihatan dan pendengaran dah merosot, badan mula terasa bergoyang-goyang. Badan tidak lagi stabil berbanding di usia muda.

Sebagai contoh seorang yang berusia dan tidak mempunyai apa-apa sakit merbahaya, masuk ke tandas. Apabila berdiri tidak berapa stabil dan kebetulan lantai licin sedikit (padahal kalau yang muda berdiri tak terasa pun licin sebab orang muda dapat menstabilkan diri dengan mudah). Keadaan licin ini menyebabkannya terjatuh. Otot tidak mampu menahan pergerakan badan yang bergoyang. Apabila jatuh, tulang pinggul patah. Tulang pun tak berapa kuat lagi berikutan peningkatan usia.

Disebabkan tulang pinggul patah, masuk ke hospital. Tulang pinggul mengambil masa yang lama untuk pulih. Jadi akan tinggal di hospital untuk satu tempoh yang agak lama. Makanan hospital diberi sama seperti orang muda. Jumlah kalorinya sama sedangkan kadar metabolisme semakin rendah mengikut usia. Akhirnya berlebihan kalori, nak bergerak bakar pun tak boleh.

Paras gula semakin meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing manis. Disebabkan baring sahaja dan ada luka di bahagian pinggul, luka lambat elok. Akhirnya menyebabkan lubang yang teruk di bahagian tersebut. Disebabkan lama duduk di hospital, tekanan darah meningkat. Akhirnya menyebabkan sakit jantung dan strok.

Apa sebenarnya punca? Jatuh di dalam tandas? Sebenarnya kerana tidak bersenam. Penjagaan makanan yang baik akan melambatkan proses kemerosotan daya penglihatan dan pendengaran. Senaman yang konsisten menguatkan otot dan menyebabkan badan berdiri dengan stabil. Seorang yang bersenam dapat mengawal badan daripada jatuh walaupun keadaan bergoyang-goyang. Cuba bayangkan keadaan yang bergoyang di dalam keretapi. Biasanya orang muda mampu berdiri dalam keretapi yang bergoyang tetapi bagaimana dengan mereka yang dah meningkat usia?

Senaman juga meningkatkan kadar serapan kalsium dan sekaligus menguatkan tulang. Jika jatuh sekali pun, tulang pinggul tidak mudah patah. Saya pernah lihat seorang perempuan berusia 84 tahun masih bersenam di gymnasium dan mampu buat squat 60 kg. Agaknya bagaimana anda pada usia 60 tahun? Mencegah itu lebih baik dari mengubati

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini