Perempuan dan Protein Whey Jul20

Kongsi

Perempuan dan Protein Whey

‘Eiii takutlah nak ambil whey protein itu, nanti jadi macam lelaki’

Itu lah ayat kebanyakan perempuan apabila bercerita tentang makanan tambahan protein. Persoalannya, bolehkah perempuan mengambil protein whey sebagai makanan tambahan mereka? Kalau dulu, kita tengok produk makanan tambahan whey menggunakan model ahli bina badan dan akhirnya dikenali sebagai makanan tambahan bina badan. Kini bersepah iklan menggunakan perempuan seksi sebagai model.

Kursus Kecergasan 2017Kenapa badan kita perlukan protein?

Paras protein berkurang melalui senaman. Otot memerlukan asid amino untuk mengelakkan kemerosotan, memberi daya tahan yang baik dan paling penting untuk membina, membaiki otot yang rosak. Perempuan memerlukan protein seperti mana lelaki memerlukannya. Jangan lihat minuman protein sebagai sesuatu yang menakutkan sedangkan anda tidak takut makan desert, makanan segera dan sebagainya.

Apa itu protein whey?

Produk protein whey adalah produk daripada keju yang mana kebiasaannya daripada susu lembu. Ia pada asalnya dijumpai di dalam susu ibu dan digunakan dalam formula susu bayi. Protein whey adalah protein yang paling tinggi nilai biologinya, bermakna ianya memiliki kadar penyerapan yang tinggi berbanding protein lain.

Siapa patut pakai protein whey?

Protein whey mempunyai banyak kelebihannya termasuk untuk sistem imunisasi, kesihatan tulang, mengawal berat badan dan membina otot. Perempuan juga memerlukan protein dan protein whey antara pilihan yang baik.

Adakah protein whey boleh menyebabkan seorang perempuan membesar?

Tidak. Perempuan kekurangan hormon testosterone yang diperlukan untuk mendapatkan otot besar. Berlebihan protein bersamaan dengan berlebihan kalori. Lebihan kalori akan disimpan sebagai lemak.

Berapa banyak diperlukan?

Berbalik kepada aktiviti. Seorang perempuan sedenteri memerlukan 0.4g protein untuk setiap pound berat badan. Senaman biasa, 3-5 kali seminggu memerlukan 0.6-0.8g protein untuk setiap pound berat badan. Manakala senaman berat, biasanya jarang dilakukan oleh perempuan di Malaysia, memerlukan sekitar 1g protein untuk setiap pound berat badan. Lihat contoh di bawah;

Berat 70kg, dalam lb 157
Dengan senaman sekitar 3-5 kali seminggu, campuran senaman bebanan dan aerobik, dia memerlukan 157 x 0.7 = 109.9g protein.

Protein diperlukan tak kira anda lelaki atau perempuan. Ia tidak semestinya daripada sumber protein whey tetapi protein whey adalah antara pilihan yang baik. Seorang perempuan boleh pertimbangkan untuk mengambil protein whey sebagai sebahagian daripada dietnya.

Lihat juga entri
Protein
Nilai Biologi

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube