Perempuan Melayu Aug11

Kongsi

Perempuan Melayu

Perempuan Melayu kata, “Jangan berlatih berat-berat, nanti peranakan jatuh”

ZK kata, “Senaman berlebihan dengan tidak teratur yang mana membuatkan seseorang perempuan itu tidak mempunyai asas atau teras yang baik mungkin memberi tekanan pada sistem peranakan. Tidak menjadi isu jika senaman dilakukan dengan betul. Terdapat pelbagai kebaikan senaman untuk perempuan jika dilakukan secara berkala”

Perempuan Melayu kata, “Senaman boleh mengurangkan kesuburan”

ZK kata, “Senaman berlebihan mungkin menyebabkan amenorrhea atau masalah haid yang tidak teratur. Perempuan yang sangat kurus dan sangat gemuk mempunyai masalah ketika melahirkan anak. Peratusan lemak juga main peranan dalam kesuburan. Terdapat kes dimana mereka yang tinggi peratus lemak sukar mendapatkan anak. Mereka yang terlalu kurus, mungkin disebabkan kekurangan estrogen. Bagi mereka yang merembeskan lebih insulin juga boleh menyebabkan ovari tidak menghasilkan ovum. Senaman membantu menurunkan paras gula dalam darah. Senaman juga jika dilakukan tidak keterlaluan sebenarnya mengatur kitaran haid menjadi lebih stabil. Mungkin terdapat beberapa kes dimana senaman tidak berapa membantu dalam mengatur kitar haid”

Perempuan Melayu kata, “Senaman semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran”

ZK kata, “Pada peringkat awal mengandung, kalau boleh elakkan daripada senaman atau kerja berat sehingga janin kukuh di dalam rahim. Terdapat latihan yang berbeza untuk setiap tri-mester. Anda tidak boleh melakukan sesuka hati dan sesedap rasa. Dapatkan nasihat pakar, senaman apakah yang sesuai”

Perempuan Melayu kata, “Dalam pantang tak boleh bersenam”

ZK kata, “Kalau semua masa tidak boleh bersenam, adakah ini menunjukkan perempuan Melayu itu malas dan mencari alasan untuk tidak bersenam? Dapatkan nasihat doktor samada anda cukup fit untuk bersenam atau tidak. Setiap individu berbeza masa pemulihannya”

Perempuan Melayu kata, “Tak boleh main besi, nanti berketul macam jantan”

ZK kata, “Paras hormon testosteron dalam badan perempuan sangat rendah kecuali kes-kes tertentu jika dibandingkan dengan lelaki. Hormon testosteron diperlukan dalam proses membina otot. Jangan terpengaruh dengan gambar perempuan bina badan. Kebanyakan mereka mengambil hormon tambahan daripada luar”

Perempuan Melayu kata, “Jangan makan nasi, nanti gemuk”

ZK kata, “Jangan takut dengan nasi. Nasi bukannya racun. Amalkan kesederhanaan dalam pemakanan. Makan apa yang perlu. Apa sahaja kalori berlebihan, tidak semestinya nasi akan disimpan dalam bentuk lemak jika tempat simpanan glikogen telah penuh”

Perempuan Melayu kata, “Ada gemuk air, gemuk angin, gemuk daging, gemuk tepu dan sebagai”

ZK kata, “Saya pernah ulas tentang gemuk air di entri Gemuk Air. Saya tak pernah dengar lagi gemuk angin? Adakah disebabkan sendawa? atau seseorang itu pernah tersedut angin pam kereta? Saya tak pernah dengar juga istilah gemuk daging. Apa kaitannya lemak dan daging? Gemuk tepu adalah istilah yang digunapakai untuk sel lemak sakit atau rosak. Cuba lihat entri Tisu Lemak Sakit

Perempuan Melayu kata, “Senaman boleh merosakkan dara”

ZK kata, “Ya, kebanyakan jenis sukan yang dilakukan secara ekstrim ada kemungkinan memecahkan dara. Dara yang pecah tidak seperti pecah dicucuk, tapi mungkin hanya koyak sedikit. Ada kes yang koyak sepenuhnya, tetapi jangan risau kerana masih terdapat perbezaan antara dara yang diterobos dan dara pecah kerana aktiviti berat”

Nota: Jangan ada perempuan Melayu yang terasa. Kebanyakan yang tanya soalan begini adalah perempuan Melayu. Pelbagai alasan diberi untuk tidak bersenam.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube