Perlukah Kira Kalori?

Aiman Radzi - Perlukah Kira Kalori

Bukan semua orang sesuai untuk kira kalori. Ya, ikut diet kalori adalah antara cara yang terbaik untuk membina atau menguruskan badan. Tetapi, tabiat mengira kalori memerlukan sifat ketahanan dan disiplin yang sangat tinggi. Jika anda betul-betul mampu dan ada alasan kukuh untuk mendapatkan badan yang kering seperti atlit bina badan professional, teruskan dengan pengiraan kalori!

Kalau anda mahu kira kalori yang anda makan sepanjang masa, anda kena kira sungguh-sungguh. Tak boleh bersifat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jika dilakukan dengan baik, anda akan bina otot dan bakar lemak dengan lebih berkesan. Tetapi, ramai yang tidak mendapat kesan yang sepatutnya mereka dapat kerana gagal mengira dengan betul.

Kursus Kecergasan 2024

Siapa Patut Kira Kalori?

Kenapa sesetengah orang berjaya melakukannya dan bukan pula orang lain? Bukankah kira kalori ini benda yang bagus? Anda kena tahu dahulu siapa yang patut mengira kalori dan siapa tidak perlu.

1- Orang Kurus Nak Besar

Mereka yang susah untuk naikkan berat badan dan kurang selera makan perlu mengira kalori. Selalunya, orang yang sukar untuk naik berat badan tidak pandai menjangka kalori yang mereka makan. Mereka sangka kalori mereka ambil telah cukup untuk sehari, walhal jauh daripada sasaran.

Orang kurus tidak selalunya mempunyai selera makan yang tinggi, meskipun dia kata dia sudah makan banyak! Macam saya kata, mereka ingat mereka makan sudah banyak, tetapi belum cukup lagi. Dengan mengira kalori dan mencatit apa mereka makan, pemakanan mereka akan lebih jelas. Selagi tak membesar, maksudnya belum cukup makan. Sama dengan kurus, kalau tak kurang juga berat maksudnya anda masih makan terlebih kalori.

2- Atlit Bina Badan Atau Memiliki Sasaran Spesifik

Mereka yang sering menyertai sukan bina badan ataupun badan cantik perlu mengira kalori supaya badan mereka berada dalam kondisi yang terbaik sepanjang musim pertandingan. Dengan mengira kalori, mereka dapat pastikan perjalanan ke hari pertandingan adalah lebih lancar.

Sebagai atlit, semua yang anda lakukan adalah sangat penting bagi memastikan kemenangan. Setiap tidakan haruslah tepat. Jika tidak, mereka hanya merisikokan kejuaraan mereka.

Atlit Badan Cantik

Siapa Tidak Perlu Kira Kalori?

Bukan semua orang sesuai dengan teknik kiraan kalori. Seperti saya katakan, teknik ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kalau begitu, siapa yang tidak perlu fokus pada kiraan kalori harian?

1- Orang Biasa

Kalau anda individu biasa yang ingin kurangkan sedikit berat badan atau memiliki badan yang lebih bertona, prioriti anda bukanlah pada kiraan kalori tetapi pada teknik untuk meningkatkan metabolisme badan secara semula jadi. Orang biasa maksudnya mereka tidak sebegitu aktif. Badan mereka belum lagi menyesuaikan diri dengan dunia senaman.

Sebaliknya, anda kena belajar untuk jadikan senaman sebagai satu “misi” dan bukan sekadar bersenam sahaja. Anda kena ada sasaran dengan senaman. Semua ini memberi kesan terhadap pemikiran anda. Apabila anda mula bersenam bersungguh-sungguh dengan teknik dan konsep yang betul, berat badan anda akan mula berubah.

2- Orang Yang Baru Mula Bersenam

Jika anda tidak pernah merisaukan tentang berat badan dan pemakanan, tapi kini mula timbul kesedaran, prioriti anda turut bukan pada kiraan kalori tetapi pada pembaikpulihan cara pemakanan anda. Mungkin sebelum ini anda banyak makan benda berminyak, bergula, bergaram, dan lain-lain. Apabila anda mula makan secara sihat, saya jamin anda akan nampak perubahan ketara tanpa sebarang teknik yang sulit.

Menganggar Adalah Lebih Praktikal

Rumit jika kita perlu kira sepanjang masa. Kalau anda boleh cantikkan kebolehan untuk menganggar kalori, itu adalah lebih baik! Belajar dan banyakkan membaca akan info-info berkaitan kalori dalam pemakanan orang kita kemudian belajar untuk menganggar kalori.

Apabila anda sudah tahu secara kasar akan kalori dalam makanan anda, semua kerja dan proses untuk transformasi badan adalah lebih mudah! Ini jauh lebih praktikal berbanding perlu mencatit kalori sepanjang masa. Mencari jalan yang paling praktikal sangat penting dalam dunia kecergasan kerana tidak semestinya semua teknik yang para pengkaji dakwa berkesan turut “berkesan” untuk kita.

Rujukan:

Dani Shugart, 20 May 2014, Calories: Should You Be Counting?, T-Nation

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: