Persiapan Badang 2

 

Pihak Jabatan Belia dan Sukan Putrajaya telah mengesahkan tarikh kejohanan Mr Badang 1 Malaysia pada 19 November 2011 di Kompleks Futsal, Precint 18, Putrajaya. 3 rutin akan dipertanding iaitu menarik lori 1.5 tan, angkat kereta (ulangan), dan mengangkat tayar jentolak.

Kursus Kecergasan 2024Masa yang ada tidak sampai sebulan, jadi latihan peringkat akhir yang saya buat agak sama seperti bulan sebelumnya;

Hari Pertama

Squat 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Leg Press 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Kedua

Rehat

Hari Ketiga

Incline Bench Press 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Bench Press 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Biceps Curl 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Keempat

Rehat

Hari Kelima

Deadlift 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Dumbbell Row 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Keenam

Rehat

Hari Ketujuh

Shoulder Press 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Dip 6-8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Kelapan

Rehat

Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, latihan pada bulan ini agak santai dengan dikurangkan permainan, cuma ditambah bebanan. Dalam seminggu ada dimasukkan tambahan beberapa pergerakan seperti;

Clean and Press
Walking Lunges memegang dumbbell tanpa strap
Deadlift tanpa strap
Melatih kekuatan forearm dengan memegang dumbbell selama mungkin tanpa strap
Latihan memegang plate selama mungkin
Deadlift kereta di bawah gym
Pumping menggunakan jari

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

30 thoughts on “Persiapan Badang 2

  1. orang kuat says:

    borang dah kluar ke bro?

  2. muscular-girl says:

    kitaorang akan turun support nanti. 🙂

  3. dah dekat tu..pasti dato berjaya kali nie..dengan persiapan rapi…tiada yang mustahill….

  4. all da best dato!..insyaAllah kalo xde ap2 hari tu maybe sy g support dato! 😀

  5. Dato saya ingin menanyakan soalan,

    1)Berat saya dalam lingkungan 58 hingga 60 adakah berat saya normal?
    2)Jika Berat saya normal kenapa badan saya kurus?adakah tulan saya yang berat?
    3)saya selalu jgak pergi gym tetapi still tangan saya kecil ?Kenapa?
    4)Makanan Harian apakah yang boleh saya guna untuk menggantikan makanan tambahan?
    5)Last,selalunya saya berjoging akan gatal di peha ?kenapa ?

    1. 1. soalan terlalu general, tgk pada ketinggian, tgk pada lemak dan lain. byk gak org berat 50+ tp sesuai ngan ketinggian dia.
      2. org yg still kurus ni biasanya high metabolisme, kalau nak tambah otot, byk gak kerja, kena makan, kena training
      3. byk sebab, mungkin sebab selalu sgt ke gym training tp makan x cukup utk cover, makan kena lg byk
      4. boleh check http://www.strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
      5. peha berlaga peha? peluh? gatal camna tu?

      1. peha tak berlaga ,tapi bila jog otot kita di peha akan bergegar then rasa gatal

  6. Bro beri pendapat mcm mana workout kat rumah?,saya menggunakan dumpbell, sit up dan bumping …

    1. byk boleh dibuat di rumah menggunakan dumbbell seperti
      squat with dumbbell
      standing n sitting calf raise
      shoulder press
      biceps curl
      dumbbell row
      triceps extension
      kick back
      chest press
      dll, cuba tgk di page http://strengthsifoo.com/data/cara-bersenam/
      tgk yg mana sesuai dilakukan tanpa peralatan
      saya merancang utk topik tanpa peralatan, tp mungkin amik masa sikit

  7. Bang nk tanye,sy berumur 16 tahun,berat saya dalam 60 kg dan tinggi 169cm to 170cm,dulu sy selalu jgak workout tp takde effect kat badan sy pon.Why?

    1. byk faktor kena tgk tu.
      dari segi pemakanan, training, rehat dll.
      jika perlukan consultation bleh email ke jaytiraa@yahoo.com
      masukkan detail menu, training dll

  8. bro ,apakah Maksud metabolisma tinggi?ada article dia tak?

  9. salam.abg nalk tanye,selepas workout kene mkan telurkan so?telur tu nk rebus ke goreng?or makan mentah2?==

    1. boleh amik separuh masak. full pun boleh. mentah kalau nak gak, campurkan dgn madu asli, n malta. bukan semua org dpt tahan

  10. Abg Nak workout forearm mcm mana?

    1. byk, cam wrist curl
      reverse wrist curl
      reverse barber curl
      utk wrist curl, buat slightly tinggi skit ulangannya.
      forearm ngan calf lain sikit cara utk trigger

  11. Bro saya selalu juga la pergi Gym tetapi kenapa bila saya lawan lengan dengan my friend saya kalah dan beliau dia tak pernah pergi gym pon dan berat saya lebih dari dia,

    1. mungkin aktiviti harian dia heavy, more active muscle fibre,
      then check balik training skrang camna, train power n fat burning lain
      pergi gym x semestinya kuat kalau training sistem tak mengarah ke situ

  12. FIRDAUS MAULA says:

    salam dato…19/11/2011 nanti saya bertugas petang lar…x dapat nak pergi tengok dato bertanding…semoga dato berjaya dalam pertandingan tu nanti…

      1. FIRDAUS MAULA says:

        insyaallah… 🙂

  13. salam sejahtera tuan punya web.. saya amat berminat dengan pertandingan ini.. mcm mana untuk menyertainya?

    1. sepatutnya borang dah kluar, tp pihak jbs blum upload lg. tgh tunggu feedback tuan syed. nanti apa2, saya info

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: