Persoalan Diet 1 Jun10

Kongsi

Persoalan Diet 1

‘Rendah lemak, rendah gula, rendah kalori, segala macam rendah, jangan makan itu, jangan makan ini, diet protein, atkin, …’

Apabila bercerita bab diet, ada pelbagai cerita, pelbagai versi, pelbagai jenis diet di luar sana. Saya cuba kumpulkan dan bincangkan secara ringkas, berdasarkan soalan-soalan yang kerap saya terima.

NASC 2015

Soalan: Adakah pemilihan makanan penting dalam diet rendah kalori untuk menurunkan berat badan? Bagaimana jika makan makanan berlemak tetapi masih rendah kalori?

ZK: Berat badan masih boleh turun jika buat diet rendah kalori daripada pemilihan makanan yang berminyak. Sebagai contoh, seseorang dengan keperluan 2000 kalori, dan dia makan 2 snack plate KFC sehari dengan anggaran kalori sekitar 1500 kalori. Bermakna di situ ada pengurangan kalori. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat 3 makro nutrien iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak.

Saya pernah bincang sebelum ini, karbohidrat sebagai sumber tenaga pertama. Protein boleh ditukarkan ke karbohidrat. Begitu juga lemak boleh digunakan sebagai tenaga. Tetapi karbohidrat tidak bertukar kepada protein. Membentuk otot perlukan protein. Secara ringkasnya, protein adalah ‘makanan otot’. Ia diperlukan jika anda ingin meningkatkan peratusan otot. Otot meningkat bermakna kadar metabolisme meningkat. Begitu juga minyak. Minyak tidak bertukar kepada protein. Jadi berbalik kepada persoalan, anda ingin semata-mata turunkan berat atau memiliki badan cantik dan kesihatan yang baik?

Jika hanya menyasarkan turunkan berat badan, elok lagi melayan amphetamines, ais dan sebagainya. Ia boleh menjadikan anda hiper aktif dan menari berjam-jam tanpa rasa lapar. Adakah ia sihat? Konsep turunkan berat badan mudah, kalori masuk kurang daripada kalori keluar. Dengan ‘hanya’ menggunakan pendekatan itu tanpa diet yang seimbang, badan kita akan cepat ‘bosan’ merasa lapar dan akan kembali tambah berat badan jika kembali ke diet yang biasa. Ini biasanya disebabkan, peratusan lemak yang tinggi berbanding otot, kadar metabolisme merosot.

Soalan: Apakah makanan tambahan yang diperlukan untuk besarkan badan? atau untuk kecilkan badan? weight gainer atau whey?

ZK: Berbalik kepada badan anda. Berapa berat, berapa sasaran kalori? Sebagai contoh, jika anda ingin besarkan badan, dan berdasarkan kiraan perlukan 200g protein. Jika daripada sumber semulajadi boleh dapatkan 120g protein. Jadi anda perlukan lagi 80g yang boleh didapati daripada makanan tambahan. Secara purata 1 hidangan weight gainer boleh dapat sekitar 50g protein. Secara purata juga, 1 weight gainer yang besar hanya ada 16 hidangan. Jika anda ambil dengan ‘berjimat’, 1 kotak untuk sebulan atau berbulan-bulan, lupakanlah. Tak perlulah buang duit. Bertahun ambil weight gainer pun belum tentu badan naik.

Nak besarkan badan, jika mampu ambillah weight gainer. Sebulan mungkin perlu berkotak-kotak. Jika tidak pun, cukupkan daripada sumber makanan semulajadi. Bolehlah juga berjimat. Senario yang paling teruk, jika tidak mampu menggunakan weight gainer, pakailah protein whey. Hidangannya lebih tinggi, sekitar 80 hidangan. Tingkatkan kalori daripada makanan semulajadi. Cukupkan karbohidrat daripada sumber semulajadi seperti kentang, nasi dan sebagainya.

Begitu juga jika ingin mengecilkan badan. Berbalik kepada berat badan anda dan sasaran kalori. Protein whey paling jimat. Ada orang yang menyalahkan jurujual apabila dah ambil berkotak-kotak weight gainer tapi berat tak naik-naik. Bila tanya macam mana dia minum produk itu? 1 sudu bancuh milo sehari jawapnya.

Soalan: Bolehkah tambah berat badan dengan hanya mengambil makanan tambahan weight gainer tanpa senaman?

ZK: Boleh. Akan tetapi disebabkan badan tidak perlukan kalori tambahan, jadi beban yang tambah adalah di perut. Kalori berlebihan disimpan dalam bentuk lemak.

Bersambung…

Lihat juga Entri

Pelan Pemakanan
Diet Sihat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini