Pertandingan Orang Kuat 2013 Feb16

Kongsi

Pertandingan Orang Kuat 2013

Pertandingan Orang Kuat Singapura atau Singapore Strongman Challenge 2013 peringkat saingan akan berlansung pada 24 Februari 2013 di Toa Payoh HDB Hub Atrium, Singapura. Jumlah hadiah keseluruhan mencecah 35 ribu Singapore Dollar.

SMC Registration poster 2013

Kursus Kecergasan 2017Acara saringan Lelaki;

Flip Tyre 350kg 4 flips
Farmer Walk 135kg/side20 meters
Red Rhino pull 6 tonnes 15 meters

Acara saringan Perempuan;

Flip Tyre 170kg 4 flips
Farmer Walk 50kg/side 20 meters

Manakala peringkat akhir akan diadakan pada 23 Mac 2013 dimana 10 peserta lelaki dan 6 peserta wanita akan bersaing. Terdapat juga kategori berkumpulan. ZK Team akan menghantar 5 wakil terdiri daripada 3 lelaki dan 2 wanita.

Acara seterusnya untuk tahun ini adalah Orang Kuat Sabah 2013 pada 13 dan 14 April 2013 dan IOI Mall Strongman Challange 2013 pada 14 April 2013. Tarikhnya sama. Agak dilemma nak masuk yang mana.

sabah

johor

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube