Pertandingan Orang Kuat Kuala Penyu 2015

Lambat mengemaskinikan blog pertandingan terakhirku sebelum puasa hari itu. Pada 13 Jun yang lepas, saya telah menyertai Pertandingan Orang Kuat di Kuala Penyu, Sabah iaitu sekitar 2 jam perjalanan daripada Kota Kinabalu. Kebetulan ada kursus Bodyweight Fitness Instructor di Kota Kinabalu bermula 12 hingga 14 Jun, saya ambil peluang untuk sertai Pertandingan Orang Kuat Sabah di Kuala Penyu sekali.Kursus Kecergasan 2024

Malam 12 Jun, saya dijangkiti demam selsema. Rasa macam nak tarik diri pun ada. Berusaha juga telan penadol, ubat selsema dan ubat sakit kepala. Terima kasih diucapkan pada Azmin, kenalan di laman sosialku yang membantu membawa ke Kuala Penyu dalam keadaan masih mamai.

Alhamdullilah, walaupun bermain dalam keadaan mamai, mendapat tempat kedua daripada 8 peserta hebat-hebat. Tempat pertama masih lagi Francis Abi. Perbezaan mata antara kami tak jauh dah. Francis 68 mata, saya 64.5 mata.

Paper2

Paper1

Rutin dipertandingkan:

Farmer Walk 100kg sebelah.
Truck Pull 12 tan.
Tire Flip 450kg.
Deadlift Myvi.
Atlas Stone.
Yoke Walk 230kg.

Jumpa di Labuan Strongestman pada 22 dan 23 Ogos 2015. Labuan, Ini Kalilah!. 😀

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: