Pertandingan Orang Kuat Papar 2016 Oct11

Kongsi

Pertandingan Orang Kuat Papar 2016

Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, saya (Zaki Khan) telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan Orang Kuat atau Strongestman terbesar di Malaysia buat masa ini, iaitu Pertandingan Orang Kuat Papar 2016 pada 8 dan 9 Oktober 2016. Pertandingan ini menampilkan 13 atlet terkuat di Malaysia. Saya rasa macam saya antara teringan. :D.

orang-kuat-papar-2016

8 Rutin dipertandingkan:
1. Truck Pull 14 tonnes 20 meter
2. Log Press 120kg for reps
3. Yoke Walk 250kg
4. Farmer Walk 125kg each hand
5. Tire Flip 450kg
6. Hercules Bear Hug 120kg
7. Van Deadlift
8. Atlas Stone 100, 120, 130, 140, 150kg

Keputusan
1. Zarol Nizam (Selangor)
2. Firdaus Jamen (Perlis)
3. Francis Abi (Sabah)
4. Andy Gerald (Sabah)
5. Zaki Khan (Selangor)
6. Goldie James (Sabah)
7. Rudy Melvin (Selangor)
8. Andoro Bandang (Sabah)
9. Bob Junior (Sabah)
10. Marcus Ak Emggai (Sarawak)
11. Ricky Poh (Sarawak)
12. Awangku Sulaiman (Sabah)
13. Majid b. Maidin (Sarawak)

keputusan-papar-strongestman-2016

Pertandingan ini merupakan pertandingan pertama saya di Malaysia pada tahun ini. Banyak sebenarnya peningkatan saya jika dibandingkan dengan tahun lepas. Kali pertama dapat mengangkat 3 biji batu atlas. Cuma agak kecewa pada hari pertama yang tidak seberapa. Mungkin kerana kesilapan masa rehat yang panjang sebelum perlawanan.

Saya ingin ucapkan syabas kepada penganjur, Roger Frederick atas penganjuran. Tahniah Dato Rosnah Rashid, Ahli Parlimen Papar, seorang yang menyokong perkembangan sukan Orang Kuat. Katanya insyAllah ada lagi tahun hadapan. Terima kasih pada penaja utama kejohanan, Minuman Tritonic dan K2. Dah 2 kejohanan Orang Kuat di Sabah mereka beri sokongan termasuk Siok Bah Orang Kuat di Kota Kinabalu pada bulan lepas.

Paling penting, jutaan terima kasih kepada penaja saya, Mesotropin Sdn Bhd yang banyak membantu saya. Dah 5 bulan saya menggunakan produk Mesotropin. InsyAllah, jika berterusan, kekuatan saya akan bertambah dari masa ke masa. Saya meletakkan sasaran deadlift 300kg dalam jangka masa 2 bulan daripada sekarang.

atlet-tajaan-mesotropin-zaki-khan

Ke mana lagi? InsyAllah, jika diizinkan, saya akan bertanding dalam Asia Pacific Championship 2016 di Manila pada bulan Disember ini. Pertandingan ini pada peringkat awal dijadualkan pada bulan Oktober, akan tetapi berubah ke bulan Disember. Sehingga kini belum ada pengesahan tarikh lagi, akan ditetapi dijangka pada 9 hingga 11 Disember ini. Ia bakal merupakan pertandingan terberat pernah saya sertai dengan deadlift sekitar 300kg, Yoke sekitar 400kg dan lain-lain. Berpeluh juga sebenarnya tengok beban angkatan. :D. Doakan saya yang terbaik.

asia-pacific-championship-2016papar-sabah-strongestman-orang-kuat

Saya bawa ke atas stage Keluarga saya yang banyak beri sokongan pada saya sepanjang karier dalam sukan ini.

Saya bawa ke atas stage Keluarga saya yang banyak beri sokongan pada saya sepanjang karier dalam sukan ini.

NASC 2015

 

 

 

 

 

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini