Pertandingan Penutup 2014 dan Pembuka 2015 Jan06

Kongsi

Pertandingan Penutup 2014 dan Pembuka 2015

Terdapat 2 Pertandingan besar yang diadakan di Malaysia baru-baru ini, iaitu Mr ACT di Stadium Badminton Cheras pada 27 dan 28 Disember 2014, dan juga Mr Isagenix pada 1 January 2015 di Stadium Titiwangsa. Mr Isagenix digelar sebagai pertandingan termahal di Malaysia setakat ini. Syabas kepada penganjur-penganjurnya. Ia merupakan antara pertandingan bina badan yang dapat coverage TV sehingga masuk Astro Arena dan keluar dalam pelbagai surat khabar.

Mr ACT, 3 ahli bina badan terbaik negara, Sazali Samad, Syukri, dan Kumar.

Mr ACT, 3 ahli bina badan terbaik negara, Sazali Samad, Syukri, dan Kumar.

Ramai juga yang melatah apabila saya mengeluarkan 1 isu berkenaan Mr ACT, di mana saya kritik kekalahan Syukri pada Sazali Samad yang tidak sepatutnya. Di luar Malaysia, seperti di US, kritikan adalah benda biasa dan diterima dengan positif. Pengadil tidak sepatutnya bias di atas keputusan pertandingan yang lain.

Mr ACT dalam Astro Arena

Mr ACT dalam Astro Arena

NASC 2015

Tahniah saya ucapkan kepada Mr Noor Syukri Nasir atau lebih dikenali sebagai Syukri the Wheel yang telah memenangi dua kategori di Mr Isagenix. Adat berlawan, ada menang ada kalah. Tahniah pada yang lain juga.

Mr Isagenix, liputan Utusan Malaysia

Mr Isagenix, liputan Utusan Malaysia

Syukri tempat Pertama, Sazali tempat Kedua.

Syukri tempat Pertama, Sazali tempat Kedua.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini