Petua Kesihatan Orang Dulu-dulu Sep10

Kongsi

Petua Kesihatan Orang Dulu-dulu

Ada diantara kita yang kurang berminat dengan perubatan kontemporari dan lebih berminat dengan perubatan alternatif. Saya masukkan sedikit petua kesihatan orang dulu-dulu.

NASC 2015


Menghilangkan Jerawat

Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan selama satu jam tanpa dilap. Kemudian cuci dengan air sejuk.

Menghilangkan Kesan Strecth Mark

Ambil satu sudu kecil air limau nipis, campur 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan calar tersebut.

Mulut Berbau

Ambil beberapa helai daun sireh dan diramaskan ke dalam air. Kumur dengan air tersebut selama beberapa hari.

Resdung

Ambil isi terung kemal dan amalkan makannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat seperti hisap rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah.

Rabun

Sediakan 20 helai daun sireh dan satu ketul kunyit dan keduanya dihancurkan sekali. Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas setiap hari.

Perut Masuk Angin

Setiap kali minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil. Amalkan.

Kencing Manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru. Cara rebus rebung buluh kuning adalah menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Rebus sehingga air rebusan tinggal suku dan sejukkan. Amalkan minum air rebusan tersebut.

Cirit Birit

Bawang merah dibersihkan dan dikupas tanpa dibasuh. Biji kopi dikisar halus. Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa cirit.

Kencing Tidak Lawas

Limau diperah dan diambil airnya dan dicampur dengan madu dan air panas dan minum. Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di bahagian atas buah pinggang dan pundi kencing.

Susah Tidur

Dapatkan buah pala. Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini