Petua Kesihatan Orang Dulu-dulu
Ada diantara kita yang kurang berminat dengan perubatan kontemporari dan lebih berminat dengan perubatan alternatif. Saya masukkan sedikit petua kesihatan orang dulu-dulu.
Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan selama satu jam tanpa dilap. Kemudian cuci dengan air sejuk.
Menghilangkan Kesan Strecth Mark
Ambil satu sudu kecil air limau nipis, campur 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan calar tersebut.
Mulut Berbau
Ambil beberapa helai daun sireh dan diramaskan ke dalam air. Kumur dengan air tersebut selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan makannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat seperti hisap rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah.
Rabun
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu ketul kunyit dan keduanya dihancurkan sekali. Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas setiap hari.
Perut Masuk Angin
Setiap kali minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil. Amalkan.
Kencing Manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru. Cara rebus rebung buluh kuning adalah menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Rebus sehingga air rebusan tinggal suku dan sejukkan. Amalkan minum air rebusan tersebut.
Cirit Birit
Bawang merah dibersihkan dan dikupas tanpa dibasuh. Biji kopi dikisar halus. Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa cirit.
Kencing Tidak Lawas
Limau diperah dan diambil airnya dan dicampur dengan madu dan air panas dan minum. Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di bahagian atas buah pinggang dan pundi kencing.
Susah Tidur
Dapatkan buah pala. Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.
wahhh..terbaik=)
salam dato…sy nk buat diet rendah karbohidrat, boleh tunjukkn tak bagaimana?
sbb bdn sy sudah terlebey gemokxxxx…. bmi sy 31…
x perlu buat rendah karbohidrat. cukupkan keperluan karbohidrat. boleh mulakan dgn diet 40 carb 40 protein 20 lemak. boleh cuba rujuk http://www.strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
jika ada apa2 yg tidak difahami dari sana, boleh utarakan
dato nk tanyer…pasal kalori intake tu sy kira utk bdn sy (RMR = 1809.212) jd maknanya sy kena kurangkn lagi jumlah kalori yg sy mkn supaya bawah dari 1809.212 ke bro?
umur sy 25, berat 86kg ngn tinggi 171cm…
x abis baca lg ke will smith? 😀
jgn kira dari resting metabolic rate. up lg utk workout dll.
will smith tu teknik mcmana tu dato? sy serch x jumpa dlm entry
will smith kan nama lama. apsal main tukar2 nama? 😀
bila sy guna nm tu dato?
just for ur info, kat dashboard ni boleh check sapa org sama. 🙂
oh sy pun x sure lh dato coz dlm ofis ni ada banyak sgt pc yg guna link yg sama…sy x pernah pula guna nama willsmith tu sebenarnya
ip dan sub ip sama. kalau ip sama tp sub ip lain, mungkin boleh ckp pc lain2. tp detail yg lain pun sama. adakah mungkin seseorang ngan split personaliti? :D. tp gaya penulisan ngan soalan pun cam sama. 😀
x tau la dato, sy pun blur gak bila disebut ttg willsmith ni.. sy cuma nk tau diet rendah korbahidrat ni sbb diofis sy sgt popular diet jenis ni iaitu x ambik nasi dan manisan
aa kantoi, kalau saya ada berapa nick encik zaki?
haha. dorang ni nak guna 2/3 nick, tp ip sama. 100% sama.
x perasan plak. malas nak check. check yg komen kat atkin je. 😀
betul,hahaha.