Piala Dunia Strongman 2016 Apr29

Kongsi

Piala Dunia Strongman 2016

Satu pengalaman yang begitu mengujakan di Varanasi, India pada 9 dan 10 April yang lepas. Saya bertanding dalam Strongman Worldcup mewakili Malaysia. 13 atlet daripada 12 negara bertanding.

Strongman Worldcup Varanasi

Tarmo Mitt ESTONIA
Rolands Gulbis LATVIA
Dalius Ziminskas LITHUANIA
Sergey Trubicin UZBEKISTAN
Mikhail Shivliakov RUSSIA
Mark Felix UK
Sergei Vachinski BELARUS
Tomasz Kowal POLAND
Matthew Mc Coy IRELAND
Tim Enersen NORWAY
Jarek Novacki POLAND
Zaki Khan MALAYSIA
Vostan Gevorgyan ARMENIA

Rutin Dipertanding

1. Max Rep Log Press (125kg)
2. Arm over Arm Truck Pull (5 tonnes)
3. Truck Loading Medley (120-150kg)
4. Farmers Walk (135kg)
5. 20 meter Bus Pull (16 tonnes)
6. Jeep Dead Lift (Hold)

Keputusan

1. Mark Felix
2. Tarmo Mitt
3. Mikhail Shvlyakov
4. Rolands Gulbis
5. Tomasz Kowal

NASC 2015

Walaupun saya gagal mendapat tempat yang baik. Tapi satu pengalaman yang menarik dan memuaskan. Saya gagal pada rutin pertama seperti diduga disebabkan log press maksima saya cuma 120kg. Saya mengalami kecederaan pada rutin kedua dan menyebabkan tapak tangan koyak dan tarikan pada otot bisep. Berjaya habiskan dalam 46 saat. Rutin kedua, terasa pada bisep.

Masuk hari kedua, rutin kegemaran saya, farmer walk, cuma dapat 7 meter disebabkan tapak tangan dah pecah. Kecewa sedikit di situ. Rutin seterusnya, tarik bas 16 tan. Berjaya habiskan dalam 43 saat. Tapak sangat licin. Rutin terakhir, deadlift jeep, berjaya buat 35 saat. Secara keseluruhan, saya boleh buat hampir semua rutin kecuali bahagian atas badan yang masih merupakan kelemahan saya.

Pertandingan kali ini dimenangi oleh Mark Felix yang berusia 50 tahun. Ya, 50 tahun. Jadi masih ada ruang untuk saya memperbaik diri, menjadi lebih kuat untuk pertandingan akan datang. InsyAllah, saya akan bertanding dalam Static MonsterSingapore pada 7 Mei 2016 ini.

Terima kasih pada World Strongman Federation WSF atas layanan baik mereka sepanjang kejohanan. Jutaan terima kasih kepada Presiden, Baba Madhok, Naib Presiden, Khaizad dan paling utama Setiausaha, Vladislav Redkin. Terima kasih tak terhingga kepada penaja utama saya ke kejohanan ini, Mesotropin Sdn Bhd. Tanpa Mesotropin, kemungkinan saya tak sampai ke sini. Belanja yang diperlukan untuk ke sini agak besar.

Nota: Maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan.

Gambar Lebih Banyak di
https://www.facebook.com/groups/219022224821229/

Saya dalam Harian Metro selepas pertandingan.

Saya dalam Harian Metro selepas pertandingan.

Barisan atlet bertanding. Saya yang paling comel.

Barisan atlet bertanding. Saya yang paling comel.

Daripada kiri Mikhail Shivlyakov, atlet daripada Russia, Magnus Ver Magnusson (4 kali juara dunia), dan di kanan Glenn Ross, salah seorang atlet yang terkenal. Magnum dan Glenn merupakan pengadil pertandingan.

Daripada kiri, Mathew MacCoy daripada Ireland, dan sebelah saya, Tim Enersen daripada Norway dan Mark Felix daripada England. Mereka bertiga atlet yang fasih berbahasa English. Atlet lain berbahasa Russia. Agak sukar nak bergaul rapat. :D

Atlet daripada Poland, Tomasz Kowal dan Jarek Nowacki.

Atlet daripada Poland, Tomasz Kowal dan Jarek Nowacki.

Gambar ketika Atlet bersiar-siar di Sungai Gangga yang terkenal.

Gambar ketika Atlet bersiar-siar di Sungai Gangga yang terkenal.

Bendera Malaysia berkibar di Varanasi, India.

Bendera Malaysia berkibar di Varanasi, India.

Bendera Malaysia berkibar ketika mengambil saguhati. Terasa bangga di sini walaupun belum menang. InsyAllah, akan datang menang. Kena ada impian besar.

Bendera Malaysia berkibar ketika mengambil saguhati. Terasa bangga di sini walaupun belum menang. InsyAllah, akan datang menang. Kena ada impian besar.

Bersama Atlet dan Persatuan Strongman India. Rekod Bench Press Raw mereka terbaik 325kg, kedua 300kg. Dasyat mereka bench.

Bersama Atlet dan Persatuan Strongman India. Rekod Bench Press Raw mereka terbaik 325kg, kedua 300kg. Dasyat mereka bench.

Bersama Maris Sveiduks, host event kali ini.

Bersama Maris Sveiduks, host event kali ini.

Anak kesayangan, Dhia Adriana Salsabila bergambar dengan Juara Dunia, Mark Felix.

Anak kesayangan, Dhia Adriana Salsabila bergambar dengan Juara Dunia, Mark Felix.

Bersama atlet Armenia, Vostan Gevorgyan. Beliau agak rapat dengan saya ketika pertandingan. Berdebat pelbagai isu.

Bersama atlet Armenia, Vostan Gevorgyan. Beliau agak rapat dengan saya ketika pertandingan. Berdebat pelbagai isu.

Bersama Presiden WSF yang baru, mr Baba Madhok. Beliau memberi sokongan penuh kepada Malaysia Strongestman Association yang baru ditubuhkan pada bulan 7 tahun lepas.

Bersama Presiden WSF yang baru, mr Baba Madhok. Beliau memberi sokongan penuh kepada Malaysia Strongestman Association yang baru ditubuhkan pada bulan 7 tahun lepas.

Bersama Vice President WSF, mr Khaizad. Beliau buat perniagaan yang sama dengan saya, dalam bidang pendidikan. Beliau pengasas kepada K2 Akademi di India.

Bersama Vice President WSF, mr Khaizad. Beliau buat perniagaan yang sama dengan saya, dalam bidang pendidikan. Beliau pengasas kepada K2 Akademi di India.

Bersama Setiusaha WSF, mr Vladislav Redkin. Beliau orang penting yang menjayakan event kali ini. Tanpa usia beliau, rasanya pertandingan kali ini tak berjalan dengan lancar.

Bersama Setiusaha WSF, mr Vladislav Redkin. Beliau orang penting yang menjayakan event kali ini. Tanpa usia beliau, rasanya pertandingan kali ini tak berjalan dengan lancar.

Terima kasih tak terhingga diucapkan pada Mesotropin Sdn Bhd terutama Hafiz Wasa yang merupakan penaja utama saya ke kejohanan dunia ini. Tanpa Mesotropin, rasanya saya tak sampai ke sini. Produk yang dihasilkan Mesotropin sangat berkualiti walaupun mungkin harganya sedikit mahal berbanding produk lain. Ianya dijamin halal.

Inilah orang yang bersama saya, susah dan senang sepanjang kareer saya dalam sukan Strongman. Isteri saya Diane Sera Farhanah dan anak saya Dhia Adriana Salsabila. Jutaan terima kasih pada mereka yang ikut saya ke sini memberi sokongan.

Saya ingat bila kalah, tak dapat apa. Tapi dapat saguhati, 300 USD. Alhamdullilah. Nasib baik tiada penglibatan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan kali ini. Kalau ada KJ, mungkin rm 30. Hmm...

Saya ingat bila kalah, tak dapat apa. Tapi dapat saguhati, 300 USD. Alhamdullilah. Nasib baik tiada penglibatan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan kali ini. Kalau ada KJ, mungkin rm 30. Hmm…

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini