Produk Diarah Tarik Balik

US Food and Drug Administration (FDA) mengeluarkan surat amaran kepada pengilang dan pengedar bagi makanan tambahan yang mengandungi dimethylamylamine atau lebih dikenali sebagai DMAA. Ia juga dirujuk sebagai 1,3-dimethylamylamine, methylhexanamine, atau ekstrak geranium.

Kursus Kecergasan 2024Bahan ini merupakan perangsang. Ia diarahkan ditarik balik berikutan kekurangan bukti keselamatan. FDA menyatakan bahawa DMAA boleh menyempitkan salur darah dan arteri yang mana boleh meningkatkan tekanan darah dan boleh membawa kepada masalah kardiovaskular seperti sesak nafas dan serangan jantung. Beberapa laporan menunjukkan gangguan jantung, gangguan sistem saraf, penyakit jiwa dan kematian. Syarikat terlibat dalam pembekalan diberi masa 15 hari untuk bertindak balas, dari tarikh 27 April 2012.

Produk-produk terlibat diharamkan di Malaysia, dan dibawa secara tidak sah. Antara produk yang berada dalam pasaran gelap di Malaysia termasuk;

Nutrex Hemo Rage Black
Nutrex Lipo-6 Black Ultra Concentrate
Nutrex Lipo-6 Black
Nutrex Lipo-6 Black Hers Ultra Concentrate
Nutrex Lipo-6 Black Hers
USP Labs Oxy Elite Pro
USP Labs Jack3D

Sumber

http://www.fda.gov/NewsEvents/Newsroom/PressAnnouncements/ucm302133.htm

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

99 thoughts on “Produk Diarah Tarik Balik

  1. ala..pasni xda dahla..lipo 6 & jacked..nsib baik stok masih ada..

  2. kat US ada FDA nak monitor bendalah mcm ni, kat malaysia pihak berwajib sibuk nak buat citer porn kat suratkhabar. Bila kat US n europe ubatan ni dah di ban, pengeluar akan edar ke negara2 ke 3 mcm malaysia ni dengan harga2 yg cukup rendah, no wonder ada promotion giler2 fat2 burner ni sekarang

    1. kat malaysia, ada birofarmasi-seutikal, dibawah kementerian kesihatan. dan di malaysia mmg diharamkan, tetapi ada pihak2 yg bawa masuk secara illegal, jd salah siapa?

      1. Kat shopee pon ade jual la bangang.. Harey mende mu..

    2. jinkazama says:

      xyah nak masuk kan isu politik sgt dude.kat surat khabar tu jgn bukak muka depan je bro.bukak bhgn kesihatan jgk.Kat Malaysia mmg dah diharamkan pon benda ni. brg ni masuk secara haram bukan secara halal.so ape kene mengene brg ni dgn surat khabar tunjuk porn??(btw kau pernah tgk porn x??aku tgk gambar 2 ekor tu xde lucah mana pon…porn lah sgt).

    3. Anti poltikus says:

      Inilah salah satu contoh terhebat. Semua benda nak relate dgn politik. Tapi akal takda.. Politik sempit otak sempit. Ayoo malu nya ak nk ngaku sebangsa…. Hidup PAS. Mati la politik sempit haha

    1. baru beli semenjak dgr criter…x tau bila nk mkn lagi.. oxylite tebukti pada badan turun 8kg dlm 1bln 1/2….kena plak awek yg men gym tu pn blasah oxylite gak.

  3. farhansopri says:

    Thanks for info dato… bahaya ni dari x der sakit jantung trus ada,
    Kalo Product API fat burner bagaimana dato?

  4. che temah says:

    aah la produk API FAT BURNER ok ke? sy guna yg itu.

    1. farhansopri says:

      balik umah kena baca label ni…

  5. emmm…da xleh pkai la hemo rage cmni

  6. muscular-gurl says:

    tgh sedap pakai oxylite ni

  7. hbs tu dato nk pakai produk ape?

  8. dah tgk kat api fat berner..takd..sbb api base dia mcm herbal kan

  9. Lipo 6 black ultra concentrate tak sampai 10 biji saya da telan, tak sesuai, asal ambil, kepala mesti pening. Apa benda yang boleh buat pening tu ah?? Sekarang ni saya simpan begitu je..

      1. betul..saya dah amik slama sbotol…stp kali mkn lipo 6 ultra tu..mesti rasa mcm loya dan pening..jantung rasa degup kencang smacam je…dan rasa mcm nak sesak nafas…skrg bla terbca ttg ni..bru tawu..so skrg klu saya tinggalkn mkn ubat tu..kesan2 dia ttap ade ke or akan kekal…??

    1. bro…kalau makan….kendian baring terbongkang depan tv…mmg la rasa pening…p la work out…u will fill the result….

  10. Neurocore ade x dato’ coz sy bace dia punye kandungan ade estrak geranium

  11. faridbawall says:

    x pki suppliment bdn xbole jdk ke?

    1. arelong363 says:

      xpyh pkai suppliment….bdk2 ak duk dlm pnjara 2 ok je jadi bdn dia lg cntik dr yg gunakn suppliment…..kepak pn bersirip…..

      1. Bro, sory menyangkal..Mmg laa dok pnjara badan cantek sbb apa jaa kita bole buat kt dlm tuu slain workout..Mkan pn apa yg ada jee, hidup kt dalam tu ada prinsip 2 jee bro luu nk jadi fighter @ balaci..Tuu dorang badan cantek smpai kepak brsirip mcm brader cakap..Tpi hdp kat luar ni lain bro, smangat hdup xsama mcm dok dalam, mkan nk sedap jee, pstu badan nk cntek pi beli suppliment bagai tpi workout malas..

  12. shafi kafly says:

    salam datok protin Inner Armour Anabolic-Peak Gainer bagus x?
    saya ingt nk cuba protin ni tp tkt nnt sesuai pulak.
    protin apa yg plg cpt napak kesan utk gainer nya?

    1. kena cuba dulu, mungkin berkesan utk sesetengah org, mungkin tidak.

  13. Dato…
    ada maklumat tentang POLYTHERMEX HARDCORE?
    ..produk utk fat burner….
    kawan introduce…tapi tak berani cuba sblm dpt maklumat dari yang banyak pengetahuan…
    Harap dato dpt bagi maklumat jika ada…
    trima kasih dato…

      1. trima kasih Dato… stakat ni saya nak train n makan secara natural dan teratur… kalau lemak d perut ni degil sangat barulah saya try fat burner ni…

  14. dato… fat burner nie banyak menolong tak dalam membakar lemak? bagaimana utk lemak2 yang degil (belly fat)? adakah dia berkesan?

  15. dato, lagi satu kalau kita nak membakar lemak… selepas selesai aktiviti kardio or workout, apakah cara untuk membuat bakar lemak itu menjadi lebih efisyen dan berterusan. adakah kita tak perlu ambil makanan selepas itu untuk memastikan lemak terus digunakan sebagai tenaga… atau perlu ambil makanan (detailkan apa yang perlu diambil) supaya pembakaran menjadi lebih baik?

    1. wajib menggantikan carbohidrate yg hilang dan kemudian disertai dgn protein, utk membina apa2 yg rosak ketika latihan.

      1. maksudnya… (utk bakar lemak)
        1. lepas aktiviti kardio (waktu petang), kita ambil buah-buah2an, putih telur n protein shake? betul tak…

        2. perlu tak masuk karbo sekali (roti whole grain) ke dalam menu?

        saya dalam proses bakar lemak… jadi penerangan dato amat membantu saya dan followers yang lain. jika dato boleh buat 1 entri berkenaan pasca (selepas) latihan untuk bakar lemak saya rasa ia amat2 membantu… saya dan yang lain. saya ada gak baca danlam entri dato yang lain, tapi saya tak jumpa kaedah dan cara spesifik selepas latihan untuk membakar lemak terima kasih million2 🙂

        1. 1. ok. tp mulakan dgn carb dulu, buah ok, kemudian protein

          2. boleh nak masukkan. digalakkan.

          kalau berkesempatan, insyAllah, akan cuba karang cara n time loading

  16. Kalau xsilap GNC jual lipo6 secara terang terangan..

  17. insan yang keliru says:

    nak tanya kat dato` saya dah makan lipo 6 black kat dua mggu mmg ada perubahan banyak berpeluh…tapi napa diharam kan???tapi ada gak kadang2 sakit kat dada xtau napa???mgkin sebab latihan ke ubat tu???

    1. rasa mcm dah crita dlm entri kat atas, kenapa diarah tarik balik
      byk possibility sakit dada. mungkin supplement jd punca, mungkin makanan harian dll

  18. Apa kesan baik dan sampingan horman tambahan mngunakan injection…seperti sustenon,chymponix,depod….????

  19. Apakh kbaikan atau kesan sampingan mengambil horman tambahan,mengunakan injection..seperti a
    Testeron,sustenon,chymponix,deapod..?????

  20. muhammad azuan says:

    produk muscle tech djual oleh GNC utk fat bunner hydroxycut hardcore bahaya tak..sah tak??

  21. insan yang keliru says:

    kalau saya ambil sebiji je waktu pagi untuk ke gym xpe ke??tapi diarah kan makan ubat tu sebelum makan pastu work out btul ke cara nye??

    1. apa yg sebiji? kalau fat burner, sbelum workout dgn perut kosong

  22. penin kepala says:

    apa cara untuk menurunkan berat badan & cara pemakanan yang betul???sila beri tunjuk ajar….

  23. MAN BUGIS says:

    salam dato…Lipo 6 black ultra concentrate ada yg kata x halal, betul ke? ade bahan khinzir, mintak penjelasan dato, drpd MAN BUGIS

  24. MAN BUGIS says:

    salam rakyat m’sia sihat, saya berteima kasih atas laman wed ZAKIKHAN ini, kerana banyak maklumat yang saya dapat belajar dgn betul utk kesihatan dan membuat otot2 yg baik. saya mohon pendapat dato, aturan utk mengambil protien, waktu2 yg sepatutnya yg perlu di ambil, sehari berapa byk perlu diambil? waktu senaman sepatutnya ambil selepas workout atau sebelum? dan ada jgk kata, sebaiknya protein diblend dgn sendikit ais, btulkah?

    cara yg saya ambik skrg adalah…pagi 2 scop dgn dicmpr dgn nestum diblend, putih telur 6biji dan roti bijirin 2keping dgn salad dan cheese, tengahari 2 scop protein dgn nestum diblend, ptg selepas workout 2 scop diblend dgn nestum dan mknan daging rebus. adakah aturan permakanan yg betul?

    saya ingin membesarkan otot2 saya, berat badan saya 85-90kg…keadaan badan saya sudah agak besar tapi belum cukup ketat, maka apa yg patut saya ambil? whey protein atau true mass? mtk penjelasan dato..dan tlg bagi tahu apayg patut saya ambil makanan tambahan yg terbaik, terima kasih.

    1. amik kata tambah lg 1 menu, time malam.
      selepas workout, protein jgn campur dgn nestum.
      fiber akan delay protein absorbtion

  25. salam,.dato, nk tnye,prempuan sesuai x consume API fat burner?sy da constant bsnam,.5-6 hri smggu bsenam..tp lmk n brt mcm sush lg nk turun..senaman joging,tabata,bodyweight,swimmg..ok x agak2 kalau sy consume API fat burner?

  26. supliment nie biasanya berapa ringgit satu?

  27. kl product kt gnc 2 sume yg selamat n lulus kkm ke?

  28. salam,
    saya sdg mngunakan lipo6 blck uc ni n tak hbs lgi. bg sy mmg serasi dgn sy. so, saya nak tnya if mybe ada produk yg mngkin blh menggantikan produk line dri nutrex ni. trima kasih ya! =)

  29. salam ,

    baru jek lepas habis hemo rage uc…da 2 botol da hbs…br baca entri ni..berbeza mmg berbeza…best jek kalo work out,,badminton…cycling… tp nmpk nye mnde alah ni masih lagi jual..hum..kalo nk menggantikan hemorage…ape lg ek? tq

    1. sy x menggalakkan sgt NO product ni. bg sy buang duit. elok lg amik kopi O. :D. ada lg yg belum diharamkan, NO xplode dll.

  30. Salammm…berat saya 58kg. Saya baru 2minggu start training kat gym, Apakah jenama atau produk weight gainer yang sesuai untuk saya.

  31. Kalau Lipo-6X ok tak Dato? Ok dari segi kelulusan FDA dan kehalalannya. Botol yg warna putih tu.

  32. Adoiyay;

    Kenapa website ini baru laa ni kawan nampak;

    dah beli Lipo 6 Black USD42 untuk 240Caps;

    Adoiyayyyy

    1. same;-( baru je dapat parcel pg nih…hampanyaaa

  33. nak kurus says:

    dato,sy telan oxyelite ni mmg best..berat pun skejap je trn..tpi kadang2 2 bile mkn mesti skit dada atau pingang
    .knape erk???

    1. Ada masalah kesihatan yang lain? darah tinggi? sakit jantung? bila last buat medical check-up?

  34. nk tanye lipo-6 black tuh halal ke x??

    1. xde halal, tp ada clarification daripada company, kata guna gelatin tumbuhan.

  35. Eqwan Wronggeng says:

    API FAT BURNER ape fungsinya ??? n berapa satu ??

  36. Salam dato…. Terima ksih dengan info lipo 6 tu ingat baru nak beli …. Saya perempuan dengan berat 95kg, nak turunkan berat kepada 60kg kerana memikir kesihatan yang perlu dijaga …. Now saya dah pergi gym 4 kali seminggu buat cardio 30 minit n amin weight untuk kaki perut n tangan …. Saya juga ade ambil susu alpha lipid sdii dimana saya tidak dibenarkan langsung untuk mengambil makanan yang ade karbo …. So saya fokuskan kepada makanan berprotein n sayur sayuran serta air tanpa gula …. Selepas 2 minggu ke gym berat saya tak juga turun tapi org nampak saya susut n bentuk badan mula berubah nampak fit n stamina mula bagus …. Kenapa berat tak turun? Adakah saya boleh ambil apa2 suppliment seperti fat burner atau carbo blocker untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya ni ? Minta jasa baik dato untuk membantu masalah saya ni …..

      1. hafiz yusoff says:

        baru beli lipo 6.. botol silver penutup biru.. sama ka dengan lipo 6 black.. camana ni

  37. tidaaakkkkk..baru je terima parcel lipo6 black pg td..seriusly???info ni tepat ke…sy beli dr musclemaniaclub secara online..

  38. korang nk loss weight ke nk mampos? igt tu je hahaha

    1. ayat anda sgt kurang hajar..

  39. dato.. btl ke lipo 6 ultra cocentrate ada mengandungi lemak babi?

  40. Salam kepada dato’… Sy br sj beli lipo6 black ultra concentrate…n baru je mkn…after mkn sy br jumpa web side dato ni…jd risau pon ada lps bc…sy ada tya pada penjual…dia kata ok produk nie…biasalh org niaga..jd sy rs nk stop je…apa pendapat dato.tq.

  41. dato’….antara lipo6X ngan hydrocut yg mana lg baguss….

      1. Alamak bru igt nk try.. Selain ni ape yg ok ye?

  42. Anti poltikus says:

    Tq mr zakikhan.. Share info yg sgt penting… Especially bila related to health dn keselamatan pengguna.

  43. salam..
    aagghh,,baru je beli Lipo 6 Black semalam..ingat nk makan pagi ni terbaca lak blog tuan..hati sudah confiuss…
    ingat kata2 bro Milie kat atas tu..”korang nk loss weight ke nk mampos? igt tu je hahaha”..
    Tq,,tuan.

  44. Inner Armour Anabolic Peak Mass Gainer halal ke tak?dgr kata tak ada sijil halal

Leave a Reply to milie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: