Produk Guna Halal JAKIM Palsu
Saya sering kali diajukan soalan, adakah produk MXT memiliki Sijil Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia, JAKIM dan memiliki kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM seperti yang diwarwarkan?
Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem atau direktori halal. Anda semua boleh buat carian di:
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
Penyalahgunaan logo halal boleh disabit salah bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.
Bila periksa di bawah KKM juga, tiada. Boleh periksa di:
http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm
Demi tujuan pengesahan, satu sesi perbualan telah berlaku di laman sosial dengan pemilik produk ini.
Daripada perbualan, apa yang saya faham adalah, produk ini tiada sijil halal JAKIM tetapi diyakini halal oleh pemiliknya. Manakala yang dikatakan KKMnya dah bertukar kepada USM. Akan tetapi melalui promosinya, dilabelkan Berkelulusan KKM. Untuk pengetahuan semua, KKM dan USM tak sama. Pemilik pusing sana sini untuk elak menjawab persoalan yang diutarakan.
Adakah disebabkan ingin melariskan produk? Sanggup menipu orang ramai menggunakan logo halal JAKIM secara tidak sah?
Jika tanya dari segi keberkesanan, elok tanya pengguna.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=615076721898586&set=o.357324995202&type=3&theater
Adakah produk ini menggunakan hype marketing semata-mata? Indah khabar daripada rupa? Bahagian itu, tiada komen daripada saya. Saya bukan pengguna produk.
Kenyataan saya disambut oleh seorang peniaga MXT. Apabila dia melihat saya flip tire, terkeluar soalan ini daripadanya.
Hmm, apa jawapan anda?
Berikutan isu ini, saya ditanya pula tentang produk Height Up. Produk yang dipopularkan untuk tinggikan badan. Ia juga menggunakan halal JAKIM dalam promosinya. Apabila periksa dalam direktori halal. Ia tidak mempunyai halal JAKIM juga. Kenapa mereka perlu menipu untuk melariskan produk? Adakah anda percaya peniaga yang sanggup menipu sebegini?
Height Up juga dilaporkan oleh Sahabat Halal.
Bukan niat saya untuk menutupkan periuk nasi seseorang. Tapi pengguna berhak tahu. Minta maaf jika entri saya menyinggung perasaan sesiapa.
jawab jela ada sijil halal ke tak. ni nak putar belit pulak. pengguna ada hak ape. klu pengguna rasa tertipu, tak salah pengguna la kaji produk ni. penipu nk doakan yg tak baik plak kt orang lain.
wow
xsangke plak dua bende ni guna logo palsu
hampir terbeli plak
btw knpny agaknya ramai kes mcm ni
suddenly rasa was-was plak nak beli ape2 keperluan
Haha…kerja yg bagus dato.. Sy dah agak produk MXT xde sijil halal…sy pun dh check kt website jakim memang xde.. nama company pun xder… sy rasa dato bukan nk menutup priuk nasi org.. cume pengguna perlu tahu tahu status halal brg yg dibeli.. klu betul lum dapat sijil halal kenape letak logo halal? x ke menipu namenyer.. bukan seorg yg ditipu.. semua pembeli tertipu.. byk dosa tu.. pengeluar modal lak cakap putar alam..hahaha.. ini kes same mcm double stemcell..nk kaye cpt sanggup jd penipu…
pusing2 ke situ gak. tak menjawab persoalan ada halal ke tidak. kalau ada halal, apa salahnya tunjukkan halal tu
berniaga barang halal lagi berkat pengguna kena selidik dulu barang yg hendak dibeli,bulan ramadan nak Allah reda pada kita
Ada tyre guna kulit binatang ke? Cuba tanya sikit dekat yang tanya tu?
aduh promosi menggila-gila. sekali pakail logo palsu! buat malu orang melayu! lagi lagi islam! nak sekolahkan orang tapi diri sendiri tak sekolah! peegeeeyyyydahhhh! berniaga nk kaya mmg tak akan kaya!
Height up ni memang menipu! Kawan member saya memang sudah ditipu Dan berbelanja hampir seribu untuk terus beli supplement ni. I nasihat dia pergi jabatan kesihatan, jabatan perniagaan Dan balai polis lapor muslihat penjpuan ni. Kerana iklan mereka mengesyor jaminan ketinggian. Ini memang merupakan satu penipuan kerana kata kosong.
1st time tgk ada org bagi feedback height up. kalau ramai yang komplein, boleh ulas sikit kut. kalau ada ramai yg terkena, tak jadi, minta hubungi saya.
Mxt teruk…sy minum jd naik jerawat n eczema gatal yg slama ni sy xpnh knl pnyakit kulit tu…sy xpnh ada jerawat tiba2 naik besar gajah..malu jatuh saham..kihkihkih… sbln kmudian seller mtk feedback testimony la..sy bgtau semua.. slumber dia jwb, mmg ada kndungan yg bikin elergik n ada jgk org lain yg kena mcm sy..dia suruh sy stop..skurang2nya bgus dia jujur.. skrg dh masuk 3thun sy jd seorg penjerawat tegar n excema bru nk sembuh…
I have noticed you don’t monetize your blog, but you can earn additional
bucks every day. It is very easy even for noobs, if you are interested simply search in gooogle: pandatsor’s tools
Hi! Thanks for this nice post. I follow your blog posts quite often and you always come up with great ideas!
🙂
Kalau haram tunjuk bukti kalau gatal kulit tunjuk bukti jgn
cakap ikut hati aku br nak beli tp tp tunjuk bukti dulu jgn main hantam keromoh
Apa dah jadi semua laman web tak blh chek ke