Produk Kelakar Turunkan Berat Jan30

Kongsi

Produk Kelakar Turunkan Berat

Bila bercerita pasal bersenam dan menjaga pemakanan, ramai yang cuba lari daripada fakta mengatakan senaman dan penjagaan makanan kaedah terbaik untuk turunkan berat badan. Di dalam dunia yang serba membangun ini, wujud banyak produk merapu yang kalau tengok tak dapat diterima akal akan tetapi masih buat keuntungan besar. Turunkan berat badan adalah perniagaan yang menguntungkan. Apa kata kita tengok top produk turunkan berat badan yang boleh dikategorikan sebagai produk yang …

NASC 2015

Cermin Mata Turunkan Berat

Cermin mata ini seperti cermin mata biasa. Cuma dikatakan revolusi daripada cermin mata biasa. Teknologinya mengatakan, warna makanan mempengaruhi selera makan. Warna makanan juga menjauhkan kita daripada sakit. Teori warna ini menunjukkan, warna biru adalah warna yang tidak menyelerakan. Kalau fikir balik, macam betul. Apa makanan warna biru? Mengikut teori ini, cermin mata berwarna biru direka. Makanan dilihat berwarna biru dan mengurangkan selera makan.

Tiada kajian lengkap menunjukkan warna biru mengurangkan selera makan. Ada kajian menunjukkan warna biru menenangkan. Disebabkan itu, timbul pendapat mengatakan bila seseorang tenang dia cenderung untuk makan lebih banyak. Produk ini belum ada di Malaysia rasanya tapi mungkin lepas baca ini, ada yang akan menjualnya.

Cermin-Mata-Turun-Berat

 

Makanan-Biru

http://inventorspot.com/articles/dieters_sunglasses_turn_your_appetite_12115

Sudu Diet

Sudu ini dicipta untuk mendisiplinkan penggunanya. Ia berkonsep seperti lampu trafik. Setiap 40 saat hingga 60 saat lampu dihujungnya bertukar hijau bermaksud boleh makan dan masa lain lampu merah. Nampak kelakar tapi produk ini ada di pasaran.

Sudu-Diet

 

http://mydietdinnerware.com/

Pinggan Pintar

Pinggan ini diletakkan sensor berat diatasnya yang disambung pada speaker kecil. Setiap kali berlebihan berat di atas pinggan, ia akan berbunyi. Ada yang berbunyi beep, ada yang berbunyi, “Stop righ there!, do you want excess weight?“. Ke mana-mana perlu bawa pinggan.

http://www.iol.co.za/scitech/technology/smart-plate-keeps-weight-in-check-1.305193

Subang

Subang pun boleh kawal berat badan? Menurut apa yang dikatakan, ada titik-titik tertentu yang boleh mengawal selera makan. Akan tetapi ia bukan menggunakan subang tetapi menggunakan staple. Staple-nya dimasukkan pada tempat yang menyakitkan. Jangan cuba. Tiada bukti sainstifik mengenainya. Mungkin tujuannya supaya yang di-staple tadi ingat kesakitan staple itu dan mengurangkan makanannya.

Staple-Turun-Berat

 

http://science.howstuffworks.com/life/human-biology/ear-staple.htm

Cincin di Jari Kaki (Slim Ring)

Cincin ini dikatakan membantu wanita turunkan berat badan. Teorinya, setiap kali berjalan, akan menyebabkan rasa tak selasa dan mengubah cara berjalan. Seperti berjalan di atas batu-batu refleksologi. Dikatakan otot tidak biasa berjalan begitu menyebabkan banyak otot bergerak dan membakar lebihan kalori.

Slim-Ring

 

Slim-Ring-Turun-Berat

 

http://inventorspot.com/articles/slim_rings_make_you_toe_line_lose_weight_24544

Flava Spray

Spray kurus? Ada banyak versi spray kurus, ada yang spray di mulut. Spray ini 0 kalori dan bertujuan memberi rasa enak pada makanan diet yang kurang enak. Ada 25 perasa kesemuanya. Ada rasa kacang, rasa root beer float, ada rasa masam, rasa ayam, rasa keju dan sebagainya. Spray ini boleh diterima akal sedikit disebabkan masih mengurangkan jumlah kalori yang diperlukan cuma adakah bahan kimianya selamat?

Singlet Cegah Boroi

Saya dah pernah certia dalam entri sebelum ini. Konsepnya memaksa badan membentuk postur badan yang diingini. Ia lebih kepada pengalihan lemak. Boleh baca lebih lanjut di entri Singlet Cegah Boroi, Realiti atau Sampah?

Apa lagi produk anda rasa kelakar di Malaysia? Bengkung Ajaib, Spray Kurus dan banyak lagi sebenarnya. Adakah mereka berkesan? Tiada kajian jelas menunjukkan keberkesanannya. Majoriti menunjukkan kajian pihak sendiri bukan kajian pihak ketiga. Mungkin ianya berkesan akan tetapi senaman dan pergerakan adalah yang terbaik untuk badan kita. Badan perlu bergerak. Jantung perlu dipam.

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini