Produk Makanan Tambahan Tiruan Sep27

Kongsi

Produk Makanan Tambahan Tiruan

Saya terbaca satu cerita tentang makanan tambahan bina badan tiruan di pasaran. FDA memberi amaran kepada pengguna tentang produk makanan tambahan bina badan tiruan yang terdapat di pasaran sekarang. Produk-produk tersebut mungkin boleh mencetuskan kesan-kesan yang tidak diingini atau mungkin tidak memberi kesan yang dikehendaki.

NASC 2015


FDA mengesan terdapat produk yang menggunakan label tidak betul dan terdapat juga yang meniru serupa dengan yang sebenar, dengan hologram, nama yang serupa. Penemuan FDA mendapati hampir 300 produk-produk palsu yang digunakan dalam bina badan, menurunkan berat badan dan peningkatan seksual. Produk-produk ini memaparkan kelulusan FDA yang palsu.

Jika minta saya ulas tentang produk mana benar dan tiruan, saya tak dapat nak ulas kerana bukan dalam bidang saya, cuma saya ada sedikit garis panduan bagaimana ingin membeli. Pertama sekali, periksa pendaftaran perniagaannya, saya lihat terlalu ramai yang menjual sekarang dan sebahagian mendaftarkan perniagaan. Ada kemungkinan mereka yang tidak berani mendaftar kerana menjual produk tiruan. Mungkin terkecuali pada yang buat dropship tetapi bagaimana yang menjual secara meluas? Daftar perniagaan tak mahal, rm60 sahaja tetapi kenapa ada yang tidak mendaftar. Amat dicurigai.

Ada juga yang letak pelbagai claim. Ada yang kata produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi bila saya lihat balik dalam senarai produk, ada pelbagai jenis fat burner. Ada ke pembakar lemak yang dapat kelulusan. Dulu mungkin ada, Hydroxycut yang biasa, botol putih. Selepas kes seorang mati menggunakannya, saya tak pasti, masih ada ke kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia itu? Bagaimana dengan produk yang lain? Mungkin ramai tak tahu, majoriti fat burner tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tak percaya, cuba cari di kedai makanan tambahan di Malaysia seperti GNC, ada ke dijual di sana?

Antara Sumber:

http://www.bodybuildingnewsarticles.com/bodybuilding-news/fda-warns-consumers-against-fake-supplements.html

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini