Produk Pembakar Lemak

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok terlalu banyak produk fat burner di pasaran. Bila bercerita pasal diet, perkara pertama di tanya, ‘ko pakai fat burner apa?’. Jarang saya dengar, ‘macam mana ko diet?’. Pembakar lemak adalah ‘makanan tambahan’ yang direka untuk memberi tenaga tambahan yang membantu dalam proses membakar lemak. Mereka bukan pil ajaib yang mana telan terus kurus.

Kursus Kecergasan 2024

1. Diet Penting Dalam Proses Bakar Lemak

Salah satu kesilapan besar, ramai yang fikir bahawa dengan telan produk pembakar lemak, mereka tidak perlu jaga makan. Sebelum makan pizza telan pembakar lemak, sebelum makan kfc telan pembakar lemak dan sebagainya. Pembakar lemak tidak bekerja begitu. 80 hingga 90 peratus bergantung pada diet dan latihan. Mungkin sekitar 5 hingga 10 peratus sahaja daripada produk pembakar lemak.

Pembakar lemak bekerja dalam pelbagai cara seperti meningkatkan tenaga, membantu mengawal selera makan, menggalakkan lemak digunakan sebagai tenaga, membantu meningkatkan kadar metabolisme sementara, meningkatkan suhu dan seterusnya membantu meningkatkan pembakaran seharian. Pembakar lemak hanya membantu jika diet anda betul.

2. Harapan Terlalu Tinggi

Adakalanya, harapan terlalu tinggi diletakkan. Menyasarkan hilang 10 kg dalam masa seminggu. Dengan pelbagai kata-kata yang dijanjikan pada produk tersebut atau oleh penjualnya, menyebabkan semua bercita-cita mendapatkan 6 ketul di perut dalam masa yang sangat singkat. Kadar selamat pembakaran lemak adalah sekitar 1 hingga 3 lbs seminggu atau mungkin lebih sedikit bergantung pada faktor-faktor lain. Jika anda kehilangan berat yang terlalu cepat, ada kemungkinan anda kehilangan otot. Tetapkan sasaran yang munasabah.

3. Lebih Bukan Lebih Baik

Ada yang beranggapan, dos yang lebih menyebabkan lebih pembakaran. Saya pernah jumpa seorang yang ambil 4 botol pembakar lemak sebulan. Kalau ikut dosnya, patut boleh tahan sebulan tetapi dihabiskan dalam masa seminggu. Anda tidak akan kelihatan seperti model dalam masa seminggu bahkan akan menambah tekanan pada buah pinggang, hati, tambah dengupan jantung, tambah tekanan darah dan dalam masa sama akan menyebabkan badan menyesuaikan diri dengan dos diambil.

4. Terlalu Banyak Kafein

Ada juga yang mengambil pembakar lemak dan dalam masa sama minum terlalu banyak kopi. Kebanyakan produk pembakar lemak terdapat kandungan kafein begitu juga kopi. Kafein terlalu banyak akan memberi tenaga dan menambah kadar pembakaran lemak tetapi dalam masa sama, jika pemakanan tidak seimbang, anda akan cepat rasa lemah dan sukar untuk pulih selepas latihan. Tahukah anda, kafein menyekat selera makan? Sedangkan pengguna kafein memerlukan glukosa.

5. Ukur Keputusan

Bukan semua produk pembakar lemak sesuai dengan semua. Anda perlu menilai perubahan pada badan anda. Ada sesetengah orang bertindak balas dengan baik pada bahan-bahan tertentu dalam pembakar lemak, ada juga tidak.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

34 thoughts on “Produk Pembakar Lemak

  1. no 3 tu dh kira tahap parah. tq n syabas Dato, info ini berguna tuk masa akan dtg.

  2. muscular-girl says:

    i x pernah pakai supplement2 ni

  3. cube usaha kn dgn diet yg semula jadi kwal permakanan tambah kn senaman dn jike semua tu dh d buat n tiada kesan jgk pasti kn btl2 mane silap nye dn jike semua dh btl tp msih tk jd jgk bru la ambik fat burner, tu pn ambil atas nasihat doktor atau pakar seprti dato’ zaki khan ni…. 🙂

    1. btul, cuba usaha dgn 3 point tu dulu, diet yg betul, senaman yg betul dan rehat yg cukup

  4. bagaimana pula yang menggunakan teh orang kampung Dato?

    1. cirit birit ko nnt hahaha

  5. sila tanya kepada pakar klu nk guna FB ni

  6. i kena makan jugak fat burner ni.. kalo x, mmg selera makan tu melampau… kul1 pg pon makan nasi lg.. ergh… nasib ler i ni bkn jenis kaki minum kopi, teh n etc.. huhu

    1. semua tu mindset sebenarnya. cuba tambahkan makanan high fibre dlm diet

  7. takde kesan yg buruk ke makan fat burner ni(kesan sampingan)

    1. kesan, mungkin ada, bergantung pada individu. kesan serius, kematian dilaporkan pada mereka yg ada high blood pressure, sakit jantung dan sakit yg sewaktu dgnnya. Kes-kes overdose tu dah jd biasa juga.
      jika ingin gunakan, dptkan pemeriksaan kesihatan dan guna dlm dose yg dibenarkan

  8. dato’, betul ke fat burner bole hilangkan perut buncit kalu wat sit up hari2?

  9. USP OxyElite Pro tidak halal kerana menurut pihak USP Labs semua produk mereka menggunakkan Gelatin BOVINE dari Khinzir (Babi)

  10. Insan Bingung says:

    Salam Dato’

    Bagaimana dgn acai beri yg makin popular skg? Ada yg ckp itu hyalah supplement. Tp ia myekat selera mkn, menaikkn metobolisme.

    Apakah bpeluh, jantung bdegup laju, pening dan haus slps pgambilan Acai beri itu kesan xelok?

    Sy social smoker, tp sejak mkn Acai Beri sy kurg merokok. Xde rase dan juga akn pening sekiranye merokok.

    Sy juga ada ambil pakej pgurusan berat badan – PLT . So far hasil mberangsangkn tetapi sy risau sbb fat sy menurun tp muscle sy naik. Ada kah itu elok? Berat bdn bkurangan dgn cepat. 2kg setiap kali sesi PLT.

    Sy xamalkn diet sihat cume mkn dlm kuantiti kecil n kerap. Senaman 3x smgu. Kayuh basikal, main layang2 or jogging di tmn

    1. byk product yg membantu, mungkin secara langsung atau tidak langsung. sama seperti kes fat burner dll. nanti sy cuba tulis pasal acai beri jika berkesempatan. sy ada masalah dgn internet buat masa ni. agak sukar utk on9. sedang cuba selesaikan.

      1. Insan Bingung says:

        Owh… terima kasih.. looking forward for that 😉

  11. salam. dato nk tnye. sy tgk tk farmasi ade jual fat burner nme dia zenoctil. yg jual tu kate xyah exercise pn xpe. yg pnting krg kn karbo n lbh kn protein. ape pndpt dato?

    1. Kandungan dia sedikit sebanyak lebih kurang fat burner biasa. Berapa harga?

  12. Sy dah guna fat burner x abis lg sebotol dah turun 4kg,sy mkn 2 biji sehari dan 4biji jika sy melakukan senaman ;D

  13. salam dato..saya nak tanya berkenaan fatburner lipo 6 black…adakah iainya membantu dalam proses untuk menguruskan badan sekira nya saya melakukan senaman yang betul dan pemakanan yang seimbang???

    1. membantu tp bukan jaminan. kena sertakan dgn makanan yg baik dan senaman.

  14. syg dato zaki khan… info2 yg berguna… hehe

  15. diet secara alami sepertinya sangat susah, apalgi untuk kaum perempuan yang ada memakai KB atau pencegah kehamilan.

  16. I-carnitene 2 pembakar lemak ke.sy pg farmasi tnya psl fat burner dn pmbantu jualan 2 cdangkn l carnitine.brape biji nk mkn pil fat burner ni?1 biji,2 biji,3 biji.thanks dato

  17. Dato sy baru beli fat burner lipo 6 td kt gym.ok ke penggunaannya.katanya pagi baru bgn mkn 2 biji sebelum mkn dan 2 biji lgi sblum mkn tengah hari.jumlahnya 4 biji utk satu hari.soalannya:-1)ada tak bezanya klu sy mkn kurang daripada 4 biji sehari atau pun kita kna ikut peraturan mknnya.2)apa efecct mkn lbh daripada 4 biji.3)klu tak workout langsung, tak pg gym,cara mknnya masih sama ke.4)perempuan blh mkn ke.klu blh,dos pengambilannya tetap sama ke.5)klu ada pilihan lain fat burner, dato sarankan jenama apa.sbb kn bhn2 buatannya bkn smuanya sama.

    1. 1. seeloknya ikut aturannya. tp nak kurang xde masalah.
      2. max 6 biji
      3. cara sama, cuma 2 biji lg tu sebelum lunch.
      4. boleh. dose sama. atau boleh try lipo 6 hers, mmg utk prempuan.
      5. lipo 6 antara yg selamat. kalau ikut kuat, byk yg lebih kuat seperti roxylean.

  18. Kalo amik fatburner ni,keadaan yg bagaimana akan menjejaskan jisim otot?

Leave a Reply to azie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: