Program Terbaik Jun21

Kongsi

Program Terbaik

Apakah program latihan yang terbaik?
Mana yang lebih baik, menambah bebanan, menurun bebanan atau mempertahankan bebanan?
Yang mana lebih baik, FST-7? Tabata? X-Rep?
Latihan siapa yang berkesan? Arnold Schwarzenegger? Ronnie Coleman?

NASC 2015

Bila keluar soalan-soalan begitu yang mana kebiasaannya daripada seorang yang baru bermula tetapi banyak membaca, macam-macam hujah kita boleh dapat. Ada yang kata A bagus, ada yang kata B bagus, ada yang kata C bagus. Saya pernah berdepan dengan seseorang ketika saya menjadi jurulatih di Royal Selangor, siap bawa Kamus Arnold Scwarchzenegger untuk tunjuk apa saya ajar salah, tetapi bila tengok dia buat berpandukan buku, saya sendiri nak tergelak di belakang. Apa boleh buat, pelanggan adalah raja, jadi saya iyakan sajalah apa dia buat, cuma bila dia buat secara berbahaya yang boleh mengundang kecederaan itu, saya tegurlah.

Jika tanya saya, apa program latihan terbaik? Tidak kira lah itu membina otot, membakar lemak, saya akan jawab, yang mana berkesan untuk dia, itulah terbaik. Jika sesuatu program itu direka oleh seorang pakar mereka program sekalipun, jika ianya tidak berkesan, ada kemungkinan ianya tidak sesuai ataupun anda sendiri yang menjadikannya tidak berkesan. Mungkin ada bahagian tidak dibuat atau bahagian pemakanan tidak dijaga atau rehat tidak cukup, setiap hari balik jam 4 pagi, cucuk langit dulu. Jika anda melakukan latihan di luar tabii manusia tetapi ternyata berkesan walaupun ramai membantah, tetapi terbukti latihan itu berkesan, teruskan selagi ianya tidak membahayakan. Bidang kecergasan, bina badan terlalu luas dan tidak ada kesimpulan atau pintu tertutup, jika anda ada cara baru yang berkesan, silap-silap boleh tulis 1 jurnal dan persembahkan dalam international conference. Letakkan nama ada sebagai nama program itu. Maka wujudlah satu lagi program baru.

Apa-apa pun kembali ke asas (back to basic), jika anda sudah tersesat jauh dan program itu tidak memberi kesan positif kepada anda. Kembali ke pangkal jalan. Jangan hari ini baca program Dexter Jackson, hari ini buat program dia, esok baca pula program Phil Heath, ikut program dia. Setelah 365 hari, dah ikut 365 ahli bina badan, tetapi badan anda tidak menyamai bahkan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan 365 ahli bina badan ini, dengan saiz perut bertambah dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini