Kanser Prostat

Kita sering berfikir tentang kesihatan fizikal dan emosional, tapi bagaimana dengan kesihatan seksual kita? Kali ini saya akan bercerita tentang penyakit menular seksual dan bagaimana melindungi diri darinya. Kanser prostat antara penyakit biasa dikaitkan dengan lelaki dan merupakan penyebab kedua kematian disebabkan kanser pada lelaki. Satu fakta yang menakutkan dan apa yang lebih menakutkan adalah kebanyakan lelaki tidak tahu di mana prostat mereka. 😀

Prostat adalah adalah satu kelenjar kecil berbentuk telur burung puyuh yang menghasilkan salah satu daripada cecair yang membentuk air mani. Prostat adalah salah satu daripada bahagian tubuh yang terus berkembang sepanjang hidup seorang lelaki. Kadang-kadang pembesaran prostat boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Dengan kanser prostat di kedudukan kedua kematian disebabkan kanser pada lelaki, rasa sudah cukup alasan untuk lelaki menjalankan medical check-up untuk memeriksa saiz prostat, tekstur, dan fungsi umum.Kursus Kecergasan 2024

Kanser Prostat dan Pengesanan Awal

Untuk pelbagai jenis kanser, lebih mudah merawat dan mengubati kanser jika ditemui awal. Doktor akan memeriksa prostat dengan cara menggunakan jari dengan sarung beberapa inci ke dalam anus untuk merasakan kelenjar prostat. Ini disebut ujian rektal digital. Prostat yang normal berasa kenyal. Jika ada bintik-bintik keras pada prostat, doktor mungkin mengesyaki kanser.

Satu lagi cara adalah dengan melakukan ujian darah yang dipanggil ujian Prostate Specific Antigen (PSA). Lelaki yang mengalami kanser prostat mempunyai tahap yang lebih tinggi dalam ujian PSA tetapi jangkitan juga boleh meningkatkan paras PSA. Seeloknya dapat kedua-dua ujian setiap tahun mulai usia 50 dan sebagian perlu mendapatkan ujian PSA pada usia 40.

Punca utama kanser prostat belum diketahui. Kajian menunjukkan bahawa genetik memainkan peranan yang kuat. Bukti juga menunjukkan bahawa diet dan gaya hidup juga jadi menyumbang kepada kanser prostat.

Kajian

Kumpulan kajian Harvard The Health Professionals Follow-Up telah mengumpulkan sukarelawan sejak 1986. Pada tahun 1992, 29 342 lelaki yang berusia antara 46 hingga 81 memberikan maklumat tentang jumlah ejakulasi dalam sebulan ketika usia 20-30, 40-49 dan tahun-tahun berikutnya. Ejakulasi termasuk hubungan seksual, mimpi dan masturbasi. Para sukarelawan memberikan data kesihatan yang komprehensif dan gaya hidup setiap dua tahun sehingga penelitian disimpulkan pada tahun 2000.

Kajian menunjukkan tiada bukti mengaitkan ejakulasi dengan peningkatan kanser prostat. Bahkan kekerapan ejakulasi dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat. Kajian menunjukkan perbandingan mereka yang melaporkan 4-7 kali ejakulasi sebulan di seluruh hidup mereka dengan lelaki yang ejakulasi 21 kali atau lebih sebulan 31% lebih rendah risiko kena kanser prostat.

Penyelidikan terkini yang dilakukan di Australia menunjukkan bahawa lelaki yang kerap melakukan masturbasi ketika berusia 20-an, mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengelakkan kanser prostat di kemudian hari. Tetapi perlu diingatkan ini bukan lesen untuk bermasturbasi. Lepas ni ramai la pulak yang buat. 😀

Kajian nyata menunjukkan bahawa kesan perlindungan dari ejakulasi sangat besar bila lelaki dalam usia dua puluhan ejakulasi pada purata tujuh atau lebih seminggu. Kumpulan ini satu pertiga lebih rendah untuk mengembangkan kanser prostat bila dibandingkan dengan lelaki yang ejakulasi kurang dari 3 kali seminggu pada usia ini. Dari kajian Harvard, lelaki yang ejakulasi 6-7 kali seminggu adalah 36% kurang di diagnosis dengan kanser prostat sebelum usia 70 berbanding lelaki yang ejakulasi kurang dari 2,3 kali seminggu.

Pencegahan

Buat masa ini belum ada cara yang pasti untuk mencegah kanser prostat tetapi anda boleh membuat pilihan diet dan gaya hidup yang mungkin membantu dalam pencegahan kanser prostat.

* Pemilihan Makanan – Makan hidangan bersaiz sederhana dan menjaga kemasukan kalori. Apa-apa yang berlebihan tak elok untuk badan.
* Makanan Seimbang – Diet tinggi lemak tepu seperti lemak haiwan boleh meningkatkan risiko kanser prostat
* Buah-buahan dan Sayur-sayuran – Diet tinggi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada pelbagai kanser. Makanan tinggi vitamin B folat yang ditemui di sayur bayam, asparagus dan beberapa kacang juga membantu. Sayuran tinggi diindolylmethane yang ditemui dalam brokoli, kale, kobis juga dapat melindungi diri dari sakit kanser prostat. Juga makanan tinggi lycopene, antioksida yang ditemui di dalam tomato.
* Alkohol – Minum berlebihan meningkatkan risiko kanser prostat.
* Makanan Kaya Omega-3 – Omega-3 adalah sejenis lemak yang ditemui pada ikan air sejuk seperti salmon, mackerel yang mana menurut kajian dapat mengurangkan risiko pelbagai kanser.
* Soya – Soya dan kacang lain mengandungi phytoestrogen yang merupakan bahan kimia yang bertindak seperti hormon estrogen dalam badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa lelaki Asia lebih rendah berisiko kena kanser prostat disebabkan banyak makan protein soya.
* Teh Hijau – Teh hijau mengandungi antioksidan seperti polifenol yang dapat mencegah kanser-kanser tertentu.
* Vitamin D – Tidak banyak makanan mengandungi vitamin D tetapi minyak hati ikan, keju dan telur kuning ada sedikit. Juga boleh didapati dari sumber semulajadi dengan berjemur di awal pagi.

Tidak ada kesimpulan lagi, bagaimana boleh mencegah kanser prostat ini. Seeloknya kita menjalani gaya hidup sihat bermula sekarang. Gaya hidup salah satu usaha kita untuk mengelak daripada pelbagai penyakit. Kesihatan yang baik itu tidak datang sendiri, kita kena usaha untuknya. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

7 thoughts on “Kanser Prostat

  1. Dengar cerita dari farmasi,seseorang yang mengalami kencing tidak tus atau pun sesudah membuang air kecil masih lagi terasa ada lebihan air kecil yang mengalir keluar dengan jumlah yang sedikit itu ialah tanda frostat membesar . Mereka mencadangkan makanan tambahan seperti Saw palmetto . Benarkah ?

  2. A tough lesson in life that one has to learn is that not everybody wishes you well.

  3. sayataknakkenakanser says:

    jika kita bermastubasi pada usia muda contoh nya umur 12 atau 13 apakah kesannya adakah boleh kena kanser…tolong jawab dgn lengkap secepatnya kerana ini penting..sekian terima kasih..

    1. tak.
      jgn amalkan masturbasi. ia akan effect benda lain termasuk PE

  4. rakankepadarakan says:

    tq kerana sudi berkongsi maklumat.
    kawan saya berumur 25tahun telah disahkan menghidap kanser ini setelah dilakukan ujian (peringkat pertama). saya nak tanya, adakah kemungkinan akan berlaku kepadanya masalah mati pucuk?

Leave a Reply to rakankepadarakan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: