Puasa Ohh Puasa Aug07

Kongsi

Puasa Ohh Puasa

(Sambungan dari entri Diet dan Latihan di Bulan Ramadhan)

Paras kolesterol dan asid urik kekadang meningkat pada bulan Ramadhan. Menurut kajian, diet tinggi lemak menghalang kenaikan paras kolesterol dan asid urik. Lemak diperlukan untuk menyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,K) dan karotenoid. Asid lemak perlu (essential fatty acid) adalah satu komponen penting membran sel. Ianya juga diperlukan untuk sintesis hormon prostaglandin. Asid-keto daripada lemak berfaedah pada bulan Ramadhan untuk memenuhi keperluan tenaga sel-sel otak dan saraf. Asid-keto juga berguna dalam sintesis glukosa melalui metabolik gluconeogenesis. Ia mengurangkan pecahan protein badan untuk sintesis glukosa.

Lemak yang saya maksudkan disini adalah lemak baik. Jangan lepas ini, ada pula yang makan kulit ayam ketika bersahur dan berbuka. Antara sumber lemak baik macam ikan salmon, kacang almond dan sebagainya. Saya mencadangkan pengambilan minyak flaxseed.

Semasa berpuasa, peningkatan keasidan gastrik sering berlaku lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya ada gastrik sebelum ini. Pengambilan makanan berserat tinggi mencetuskan tindakan otot, memecahkan makanan menjadi partikel kecil, mengikat asid hempedu, membuka kawasan antara perut, deudenum, dan usus kecil. Oleh itu, makanan berserat membantu mengurangkan keasidan gastrik dan asid hempedu yang berlebihan.

Ramadhan Puasa Kecergasan

Elakkan makanan pedas untuk pesakit ulser peptik. Jadi tiada alasan untuk seseorang yang menghidap gastrik atau ulser untuk tidak berpuasa kecuali kes-kes kritikal, dapatkan nasihat doktor. Penghidap kencing manis jenis 1 (bergantung pada insulin) dan jenis 2 (tidak bergantung pada insulin) yang teruk, juga dinasihatkan supaya berunding dengan doktor bagi jenis dan dos ubat. Kebiasaanya, diabetis mellitus jenis 2 boleh dikawal menerusi diet yang betul ketika berpuasa.

 

Perempuan mengandung dan menyusukan anak memerlukan tenaga dan nutrisi yang lebih daripada keperluan lelaki biasa. Terdapat kemungkinan komplikasi kesihatan pada wanita mengandung dan janin atau ibu menyusu dan kanak-kanak yang menyusu jika keperluan tenaga dan nutrisi tidak dipenuhi. Kumpulan ini adalah antara golongan yang diberi kelonggaran dalam berpuasa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube