Puasa Ohh Puasa

(Sambungan dari entri Diet dan Latihan di Bulan Ramadhan)

Paras kolesterol dan asid urik kekadang meningkat pada bulan Ramadhan. Menurut kajian, diet tinggi lemak menghalang kenaikan paras kolesterol dan asid urik. Lemak diperlukan untuk menyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,K) dan karotenoid. Asid lemak perlu (essential fatty acid) adalah satu komponen penting membran sel. Ianya juga diperlukan untuk sintesis hormon prostaglandin. Asid-keto daripada lemak berfaedah pada bulan Ramadhan untuk memenuhi keperluan tenaga sel-sel otak dan saraf. Asid-keto juga berguna dalam sintesis glukosa melalui metabolik gluconeogenesis. Ia mengurangkan pecahan protein badan untuk sintesis glukosa.

Kursus Kecergasan 2024

Lemak yang saya maksudkan disini adalah lemak baik. Jangan lepas ini, ada pula yang makan kulit ayam ketika bersahur dan berbuka. Antara sumber lemak baik macam ikan salmon, kacang almond dan sebagainya. Saya mencadangkan pengambilan minyak flaxseed.

Semasa berpuasa, peningkatan keasidan gastrik sering berlaku lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya ada gastrik sebelum ini. Pengambilan makanan berserat tinggi mencetuskan tindakan otot, memecahkan makanan menjadi partikel kecil, mengikat asid hempedu, membuka kawasan antara perut, deudenum, dan usus kecil. Oleh itu, makanan berserat membantu mengurangkan keasidan gastrik dan asid hempedu yang berlebihan.

Ramadhan Puasa Kecergasan

Elakkan makanan pedas untuk pesakit ulser peptik. Jadi tiada alasan untuk seseorang yang menghidap gastrik atau ulser untuk tidak berpuasa kecuali kes-kes kritikal, dapatkan nasihat doktor. Penghidap kencing manis jenis 1 (bergantung pada insulin) dan jenis 2 (tidak bergantung pada insulin) yang teruk, juga dinasihatkan supaya berunding dengan doktor bagi jenis dan dos ubat. Kebiasaanya, diabetis mellitus jenis 2 boleh dikawal menerusi diet yang betul ketika berpuasa.

 

Perempuan mengandung dan menyusukan anak memerlukan tenaga dan nutrisi yang lebih daripada keperluan lelaki biasa. Terdapat kemungkinan komplikasi kesihatan pada wanita mengandung dan janin atau ibu menyusu dan kanak-kanak yang menyusu jika keperluan tenaga dan nutrisi tidak dipenuhi. Kumpulan ini adalah antara golongan yang diberi kelonggaran dalam berpuasa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Puasa Ohh Puasa

  1. Gambar sekadar hiburan, jangan terpengaruh g makan beriani kambing plak. nantikan episod seterusnya, pemilihan makanan di bazaar

  2. Slm,
    Saya tak pasti jika alami alahan kerana jika ambik oat,milo(sebarang minuman malt sewaktu dgnnya),holick adalah penyebab angin yg lebih pada perut. maka utk sahur sy ambil nasi.
    apakah daging kambin sesuai utk lemak baik?sudah 2 kali mkn mggu ni..

    1. salam,
      jenis darah apa?
      rasa mcm pernah tgk soalan ni sbelum ni
      kambing bukan lemak baik. lemak baik drpd sumber tumbuhan, bijirin, ikan, tp x semua.

  3. Salam, sy ingin tahu adakah latihan bina badan kurang efektif ketika bulan puasa berbanding bulan2 yg lain?? Sebab ada dinyatakan bahawa badan mula membakar otot ketika kita dalam keadaan berlapar.. Dan sy ingin tahu bagaimana hendak mengetahui jumlah whey protein yg perlu diambil oleh saya, adakah sama bg semua individu ataupun mengikut berat badan?? Dan apakah waktu yg benar2 sesuai untuk mengambil whey protein, terlalu byk pendapat di internet dan sy agak keliru..

    1. masa latihan seeloknya diubah. kalau dpt malam lg baik pada bulan puasa ni.

      keperluan protein adalah mengikut berat badan. x sama utk setiap individu. masa sesuai between meal. jika meal kul 12, next meal kul 6, amik kul 3. dah kira cam makan setiap 3 jam. tp x semestinya between meal. cuma bahagiakan meal ke 6-8 meal sehari

      1. Salam, ada formula tertentu utk nisbah whey protein kepada berat badan ke?? Dan whey protein perlu diambil sebelum atau selepas gym?? Dan perlu kah utk menganbil whey protein setiap hari atau pd hari yg sy pergi ke gym sahaja?

        1. nisbah protein ada, at least 1g utk 1lbs berat badan.

          protein boleh diambil mengikut masa meal. x semestinya terikat ngan masa sebelum dan selepas training. katakan dah mkn ayam 2 jam sbelum training, x semestinya kena amik whey sbelum training. elok save lepas training.

          amik setiap hari, otot membesar semasa rehat, jd supply makanan tu ketika rehat

  4. kata org senior asid amino baik d masa bulan puase, sejauh mne kah kebenaran itu dato? adakah sekadar gimik atau andaian sendiri?

    1. asid amino= protein. protein baik di semua masa. x kira puasa ke tak. saya mmg cuma pakai asid amino. jd amik asid amino je selepas training. tu pun kalau sakit sgt, cam ari training kaki. 🙂 . ari2 lain mkn secara natural

      1. ye ke , tp ada yg kate segala masalah di bulan puase cnth tkut berat badan kurus atau otot down n mcm2 lg la jike ambik asid amino ni dia boleh atasi segala masalah td…. btl ke?

        1. asid amino ni protein, tambah protein bermaksud tambah nitrogen, jd nitrogen menjadi positif, di mana akan bantu prevent drpd drop. tp seeloknya tinggikan intake lemak skali, lemak yg baik utk prevent muscle loss.

          bukan ckp mengatasi, cuma membantu.

          1. contoh lemak tu dato? dlm nutral food ada dk lemak yg d maksud kn oleh dato? kalu dlm mknan tmabahan pulak (brand ape?)

          2. lemak yg baik, contoh drpd sumber ikan salmon, sardin, tuna, drpd sayuran, dari kaca cam almond, dari minyak zaitun, minyak flaxseed. makanan tambahan minyak flaxseed, murah dan senang.

  5. Ucu Peroz says:

    nak beli nasi beriani gam kambing utk buka posa hari nih…. ni semua salah dato.. HAhahahahaha….

  6. Salam.bila waktu yang sesuai untuk minum whey protein ketika berpuasa.ketika waktu berbuka atau ketika sahur?atau sebelum tdo?

  7. salam Dato..
    bln ramadhan nk dtg xlm lg nie..xdk entri tbaru psl bln puasa nie ke?
    pemilihan makanan di bazaar ke?

  8. Muhammad Maulid says:

    Boleh tak kalau saya buat HIIT dan weight lifting dengan intensiti yg sama seperti sekarang masa bulan puasa? Saya plan nak pergi gym dlm pukul 6.30pm so bila org azan ngam2 je habis workout. Adakah tidak baik utk kesihatan? Saya pernah dgr kalau buat cardio lebih2 HIIT lebih effektif kalau waktu pagi on empty stomach tapi ni dah empty stomach sepanjang hari.

    1. boleh. tp saya x galakkan sgt train dgn perut kosong begitu. tp kalau xde choice disebabkan masa lain gym x buka atau tutup awal. better train drpd x train. empty utk 1 jangka masa lama possible menyebabkan catabolisme.

  9. nak tnya… susu menggemukkan tak?? macam susu nespray…sebab sekarang dah giler minum susu lak.. ..

    1. boleh jd gemok kalau berlebihan kalori. kalau dlm kalori intake takde masalah

  10. assalamualaikum bro. nak mintak tips workout masa ramadhan. nak main before berbuka bolah tak? tq

    1. wkum. boleh tu boleh, tp sy x brapa galakkan disebabkan ramai akan over workout sebelum berbuka.

  11. mie besibaru says:

    setakat hari ni puasa, brt bdn dh susut 59kg, sblm puasa 61kg..cuma train utk stamina n power je, lps puasa target nk up dlm 10kg, planing dh buat..whey n natural food, no weight gain

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: