Push Pull Klasik Nov30

Kongsi

Push Pull Klasik

Senaman push pull klasik ini agak mudah tapi effektif. Anda boleh rasa pam yang maksima. Rutin ini boleh dilakukan 3 kali seminggu. Boleh buat Workout 1 pada hari Isnin dan Jumaat dan Workout 2 pada hari Rabu. Pada minggu ke dua boleh lakukan Workout 2 pada hari Isnin dan Jumaat dan Workout 1 pada hari Rabu. Bermakna anda melakukan push dan pull ini sebanyak 3 kali dalam 2 minggu. Jadual boleh diubah mengikut kesesuaian masa anda. Push pull klasik ini amat sesuai untuk mereka yang sibuk dengan hanya 3 kali seminggu.

NASC 2015

Sasaran: Membina otot
Kekerapan: 3 kali seminggu
Masa rehat: 10 saat ke 1 minit antara set
Berat: 65-80% daripada 1RM
Tahap: Sekurang-kurang untuk mereka yang sudah ada asas latihan bebanan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini