Pusingan Akhir Singapore Strongman Challenge 2015 Nov14

Kongsi

Pusingan Akhir Singapore Strongman Challenge 2015

12 Atlet Malaysia akan bertanding Singapore Strongman Challenge 2015 Pusingan Akhir pada 15 November ini. Mereka boleh dikatakan yang terkuat antara yang terkuat di Malaysia.

1. Andy Gerald – Sabah
2. Fialatty @ Francis Abi – Sabah
3. Junior Garangdye Justine @ Bob – Sabah
4. Rudy Mohd Melvyn – Selangor
5. Nor Zailan Akma b. Zainal Abidin – Perak
6. Mohamad Faizal bin Mohamad Najib – Kedah
7. Syzefril bin Mat Noor (Don) – Selangor
8. Mohd Nazrin bin Nasser – Perlis
9. Mohd Asri Abd Kadir – Johor
10. Abd Rashid Abd Rahman (Achik) – Johor
11. Abdul Mukmin Abd Aziz – Johor
12. Zaki Khan – Selangor

NASC 2015

5 rutin akan dipertandingkan untuk pusingan akhir ini:

1. Tire Flip 350kg
2. Truck Pull 4 tan
3. Log Walk 120kg sebelah
4. Deadlift kereta
5. Drag Race

Pertandingan akan diadakan di Singapore Expo, Hall 2 bermula jam 12pm, 15 November ini. Dijemput sesiapa berdekatan untuk sama-sama memeriahkan. Ada acara untuk penonton juga. Doakan yang terbaik untuk kami.

Singapore Strongman Challenge 2015

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini